assalamualaikum...
weekend 2 minggu yg lepas, nak dijadikan cerita, kirim aneka pau viral dgn bos dari JB.
kat melaka ada satu tempat menjual. di depan family store Bukit Ramai.
aduhai! ntah bila tahun nak ke sana...
lelebih bulan puasa ni kan. tak kuasa nak melalui arus trafik jem melaka ni.
tetiba bos tersayang share dlm grup wasap, terus lah saya kirim bos beli kan.
setiap pau, sepeket ada 4 ketul berharga RM10. alhamdulillah...
sedap inti nyer... tapi tu la. da kukus lebih 30 minit, tapi kurang kembang kurang gebu pau nyer...
ni memang la yg paling glamer kan di kalangan pau-pau viral. memang sedap inti nyer. pau pun lembut gebu. tapi tu la. pau cendawan yg saya beli di MAHA ari tu lebih sedap! inti lebih byk...
inti nyer agak kasar. rasa nyer plak seakan-akan peanut butter. since saya ni memang kurang minat kacang, yg ni saya ok ok jer la. janji dpt merasa... sama jugak dgn pau seekor ayam tadi, bila kukus, kurang kembang dan gebu. frust !!!
apapun, saya bangga la dgn rakyat malaysia nowadays.
kreatif.
inovatif.
bukan 3 jenis ni aje tau pau yg da wujud sekarang.
pau bentuk cili.
pau bentuk epal.
just lom jumpa org menjual 😍.
sedap ke tak, tu nombor 2. pelanggan boleh beri feedback, kan.
yg penting usaha utk create produk baru, tu yg paling utama!
uolls da pernah rasa pau viral?
👌
14 Comments
Comel-cinel pau ni ..semakin kreatif orang kita kan .. CCL pernah merasa pau cendawan ..sedap ... pau bentuk ayam & peanut ni belum lagi .. kreatifnya diorang nk promosikan makanan
ReplyDeleteyes. kreatif inovatif, ccl.
Deletemenarik perhatian. mempelbagaikan makanan :)
Hahaha. Kelakar tengok gambar pau2 tu.. Tapi saya tak sanggup nak makan dengan shape pau mcm tu.. Huhu
ReplyDeleteaida ni pantang org kata sedap.
Deletetak kisah ler bentuk pe (janji jgn yg menggelikan), teruja nak cuba makan.
pernah beli cendawan viral tu. Isi seciput je. Dahlah first time beli nak merasa. kecewa sungguh. teringin nak rasa yang ayam sekor tu
ReplyDeletemesti kecewa kalu gitu, fiza.
Deleteteringin sgt, tetiba gitu kejadian nyer.
aida plak, first time rasa sgt marbeles.
yg ni kali, sejemput jer. tapi masih sedap la. alhamdulillah.
yup, ada nampak kat bazaar ramadan bangi. tapi tak beli pun..
ReplyDeleteWowwww...Nampak sedaplah aida.
ReplyDeletemcm2 pau plak sekarang ni yer.. emm, nanti balik nak try gak..
ReplyDeleteBagus sebenarnya.. Menarik untuk dicuba.. Hehehe..
ReplyDeleteSha baru makan pau cendawan je..
pau cendawan tu glamer, byk tempat dah ada.
Deletelagi 2 tu baru lagi.
saya tak pernah cuba lagi, dah pernah jumpa tapi belum rasa nak mencuba
ReplyDeletenanti cuba la.
Deletelain tempat, lain rasa nyer kot :)
Wah dah macam macam pattern pau ni...kreatip betul la dorang ni..ehehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.