assalamualaikum...
semlm hot tentang issue di atas.
ye la kan. bila brg makanan tu da berGST, confirm la naik harga!!!
😒 skang ni pun harga brg makanan dah melampau...
- nasi ambeng | RM7.50
- nasi kerabu | RM5.50
- laksam | RM5.00
- murtabak BAWANG sekeping | RM5.00
- ayam goreng seketul | RM4.00
- pau cendawan seketul | RM4.50
- lauk-pauk sesenduk | RM5.00
- nasi putih | RM3.00
tu contoh-contoh yg saya lalui sendiri lah... lain tempat lain harga, kan.
alasan nyer, brg makanan asas memang dah mahal!
memang iye pun uolls... saya biasa ke family store beli skit-skit.
tgk harga sotong, udang... tgk harga ikan kembung, ikan selar kuning... tgk harga ikan tenggiri.
serrrrraammm!
tu yg saya prefer beli ayam. save bajet hi hi hi.
but selit-selit la seafood...
pe pon, kita tetap kena membeli meskipun harga mahal...
just kuasa membeli kita tu da berkurang... ikut keperluan kecemasan.
kalau tak kecemasan, kena la balik rumah and masak... muai skit anak-anak makan.
air... beli jer la kordial kat family store bebyk. bancuh ajer la kat rumah kan.
elak kan la dari dok komplen and komplen kedai makan tu mahal!
makanan minuman tu semua dia punyer... duit, kita yg punyer.
antara nak dgn tak nak aje bagi kat dia. pilihan di tgn kita...
jgn pergi... abis citer. itu cara saya la. komplen komplen pun penat sendiri...
sesekali akhir bulan dpt gaji, baru la bwk anak-anak makan luar. gi terus kedai yg selesa & mahal.
puas hati membayar nyer.
berbalik kpd issue hot semlm...
saya sendiri bila dpt tau hal ni... terus terbayangkan betapa mahalnya makana di kedai makan nanti.
aduhai...
sekarang ni gst berkadar sifar pun dah melampau mahal nyer!!!
apatah lagi bila da berkadar 6%.
alasan kenapa semua brg makanan tu dipinda kpd kadar 6% mungkin kerana semuanya bukanlah brg makanan asas.
no further comments 😶...
alasan kenapa semua brg makanan tu dipinda kpd kadar 6% mungkin kerana semuanya bukanlah brg makanan asas.
no further comments 😶...
tapi....
tapi...
tapi...
DIBATALKAN
rasa nya semua tahu kan proses penggubalan undang-undang camne.
warta kerajaan disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara.
and subjected to pembentangan di parlimen.
maka, anything everthing bukanlah dlm kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
JKDM hanyalah jabatan pelaksana | tukang kutip saje 👌.
kena baca semula perenggan 4 kenyataan akhbar di atas :
"JKDM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) DIBATALKAN."
👍 JKDM juga tukang nasihat... demi kesejahteraan rakyat.
warga JKDM pun rakyat biasa, byr gst tanpa apa-apa pengecualian...
tiada supermarket diarahkan dibuka utk warga JKDM saje.
jgn lah kita ni kecam warga JKDM tu. diorang tu keje sebagaimana diperintahkan saje.
... sekian pencerahan di hari yg cerah ini 😎.
apa yg boleh kita sbg rakyat buat, guna kuasa yg ada pada kita.
mahal, jgn beli.
mahal, jgn pergi.
syarikat naik harga, report ke KPDNKK dan JKDM.
syarikat tak kuar kan resit, report ke JKDM.
syarikat yg tak daftar gst tapi caj gst, report ke JKDM.
kuatkuasakan undang-undang. dgn cara tu kita boleh ajar perompak hasil negara ni.
bila rajin, klik la 1001 kisah GST ni. pe pon boleh carik and baca.
ilmu tiada sempadan...
bye.
14 Comments
Betul la, Kak Aida..Sekarang nie bukan aje makanan naik harga, baju raya pun sekarang paling murah RM200, huhuhu.. Kena ambik kursus jahit dan jahit sendiri baju.. Memang zaman kita nie barangan menjadi mahal...
ReplyDeletesemua ni faktor ekonomi juga, shikin.
Deletedari kilang kpd pemborong kpd pembekal kpd peruncit, masing-masing nak untung lebih dan lebih dan lebih.
da le RM kita skang da paras yg menakotkan.
kalau makanan basah pun nak kena GST mmg stress la..dahla skang nak membeli pun dah mahal..ni baru anak sorang ni..huuhu.. T_T
ReplyDeletetu la pasal :(
Deletesian kat kita ni rakyat marhaen...
dulunya nasi putih hanya rm1.50 je ..sekarang mana nak cari makanan yang murah kn
ReplyDeletesgt la betul, ccl.
Deletetak kurang rm2.
amik separuh ke, penuh ke, sama aje harga nyer.
apatah lagi lauk-pauk yg lain, kan.
sepinggan nasi berlauk takkan dpt murah drpd RM5 dah zaman ni.
Huhuhu... Kat malaysia ni, cukai. Cukai. Cukai. Lepas ni tengok je,apa pulak cukai baru yang akan diperkenalkan.. Kononnya bagi pengecualian cukai bagi barang makanan terpilih. Diaorang ni licik. Just wait & see
ReplyDeletesgt licik. perlahan-lahan diubahnya status % cukai.
Deletehadoi. tak terkata...
mcm2 syarat!
semua pun dah mahal sekarang ni..huhuh
ReplyDelete:(
Deletesetuju dengan Aida.. Mahal jangan beli..
ReplyDeleteSha pun buat macam tu sekarang nie..
Kuasa membeli di tangan kita..
tu aje senjata yg kita ada.
Deletekomplen byk2 tak guna. tetap mahal!
boikot aje.
belilah mengikut keperluan saja, kadang nak makan pun takut sebab dekat ofis ni lepas raya ni makanan semua mahal rupanya campur dengan gst, kena terus bertabah bawa bekal lah saya pergi kerja
ReplyDeletesepatut nyer x boleh jadik mahal.
Deleteada formula nyer kenapa sebeno nyer gst ni brg lebih murah.
tapi tu la. kuasa di tgn penjual kan.
dia jugak la yg manipulasikan konsep gst ni :(
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.