assalamualaikum...
pagi ni diserang penyakit elergi lagi uolls 😓...
dari selepas sahur pagi tadi. kegatalan hidung yg melampau! hadoi lah...
tapi tu la, normally by 11 pagi karang akan ok la.
gejala pagi yg memang terjadi kekadang. kalau tak puasa, da telan da suplemen.
tapi takpe... hidup mesti diteruskan. keje mesti dihabiskan 😃.
baru senang ati beraya seminggu nanti... in shaa Allah. moga dipanjangkan umur aminnn...
ada satu hari, minggu lepas, saya buat menu ni... bersama-sama dgn 1-2 menu yg lain.
Sotong Bakar Simple
BAHAN A - dikisar
- bwg kecil 3 ketul
- bwg putih 6 ketul
- cili padi 10 batang
- kunyit 1 inci
- halia 1/2 inci
BAHAN B
serai 2 btg diketuk
sos tiram
kicap manis
garam & gula sesedap rasa
BAHAN A yg dikisar tu gaul rata dgn BAHAN B tanpa ragu-ragu.
then perapkan sotong dgn semua bahan tu 2-3 jam.
bakar selamat dgn suhu 180'C dlm tempoh masa 20 minit, or sehingga masak sesuka hati kita.
da terasa bosan buat sotong sambal & sotong sos tiram.
the power of google, jumpa idea ni. resepi tu kita alter la sesedap rasa.
ok bye!
19 Comments
Woww.. sedap. Sotong kering bakar pun sedap. Hehe
ReplyDeletexleh tgk lama2..terliur..hehe
ReplyDeletep/s:saya ada dapat barang..xingat sebab apa..huhu..apa pun terima kasih banyak2..banyak pulak tu dapat.. :D
sama-sama :)
Deletesdapnya..:)
ReplyDeletesimple je buat sotong bakar ni,nak buat jugaklah nanti
ReplyDeleteyg byk bahan aida ni kurang suka buat. time takde!
Deletemana2 resepi simple, aida buat la. mudah.
bahan pun mudah nak prepare.
aaa sedap nyerrr dah la tak sahur ni !
ReplyDeletesedapnya..ni nak raya ni kena beli stok sotong ni...senang nak buat mee goreng ke apa kan...kang dah raya ke 3 dah boring nak makan rendang
ReplyDeleteyg ni betol.
Deletemasuk raya ke 3 tu org da carik lain kan.
2 hari dari pagi ke mlm makan rendang ketupat lemang, hadoi lah.
boring tekak menerima nyer :)
Thanks for the recipe, kak.. Nanti boleh buat kat rumah.. =)
ReplyDeletesama-sama
Deletealamak ...nampak sedap nii
ReplyDeleteThanks for the recipi aida. Nanti sy nak buat la menu ni. Semalam dah beli sotong besar2 tapi tak tahu nak masak apa lagi. So, boleh la saya ceduk idea ni untuk masak esok.. Hehe
ReplyDeletesama-sama :)
Deletetak pernah buat lagi sotong bakar.nanti boleh cuba :)
ReplyDeletewah...nampak sgt menariks. tq for sharing
ReplyDeleteMenariklah menu nie..
ReplyDeleteBuat sahur pun sedap nie Aida..
menarik nampak menunya tu
ReplyDeleteSedapnya sotong bakar. Ni boleh try buat nanti ni
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.