assalamualaikum.
jumaat. 20 syawal.
alhamdulillah. bangun pagi tadi, anak-anak bertiga semua sihat.
ibu ayah nyer pun sihat. maka, weekend ni menjadik la kot plan beraya lagi 😎.
tengahari jumaat ni nak la bercerita santai-santai. pasal puteri sulung saya yg cantik jelita sorang ni.
23 feb lepas = 12 tahun. dah pun ada kad pengenalan.
tahun ni nak amik UPSR in shaa Allah.
tahun 2016, darjah 5, UPKK nurin sukses grab 8A.
punyer la happy sekeluarga. berbaloi usaha nurin belajar dan belajar dan belajar.
tak pernah share kat fesbuk dan blog hal 8A ni pun. now baru dedahkan 😄.
diakui, nurin ni adalah seorang pelajar yg sederhana saje.
result sederhana. bila gitu, pada saya, proses pembelajaran kena berterusan.
tak la mcm anak-anak yg genius. boleh lepak main games 1-2 hari before exam.
anak saya tak begitu. sama mcm saya la dulu. like mother, like daughter.
jenis yg kena belajar dan belajar dan belajar dan belajar... selagi hayat dikandung badan.
saya sbg ibu standard lah kan, dok pressure anak belajar dan belajar dan belajar.
bagi dia tekanan... but dlm pada beri tekanan, saya selitkan ruang dia bersukaria.
pastu, standard lah kan, bagi dia tekanan lagi...
pernah inform sebelum ni kot, kat entri mana ntah, saya ni ibu yg exam-oriented.
no matter what. no matter how. "ibu nak tgk result. dari situ ibu kasik ukuran prestasi awak."
tapi... tu la. keras camne pun seorang ibu tu, at the end lembut jugak.
anak tu tgh belajar.... "kakak, dah tu. tutup buku tu. jom dok depan ni tgk tv dgn ibu..."
sebab satu sudut hati saya kata, kalau dah takat tu aje anak tu boleh terima, terima ajer la.
lagi kita tekan. lagi kita paksa. takut anak tu meletops nanti time nak exam! lagi bahaya.
❤ gambar last weekend kami berdua ❤
dari pengamatan saya, nurin kuat bab menghafal. very good.
terutama bab-bab pelajaran agama. alhamdulillah...
sgt teringin nurin masuk skola agama... tapi tu la. takde plak skola agama dekat-dekat sini.
memang tak lah izinkan nurin masok asrama, jauh dari ibu. a BIG no lah!
"ibu need you, kakak. selama mana kakak boleh ada depan mata ibu, selama tu la ibu nak jaga kakak."
dan one thing yg saya kekadang terasa sgt sayu dgn anak sulung saya ni, kalau saya suruh dia buat apa-apa (termasuklah baca buku), dia takkan bantah.
dia akan follow aje. tak bersuara. sunyi aje. meskipun sometimes saya nampak riak muka dia lain mcm (tak puas hati ler tu).
kalau saya kata, "kakak baca dan faham kan mukasurat ni hingga yg ni. ibu bagi masa 30 minit. apa-apa nanti tanya ibu."
selama 30 minit tu la dia akan akur. takkan tertido. tak minum air. tak berganjak dari meja.
deep dlm hati saya, alhamdulillah...
now, dah tiba hari-hari akhir menjelang UPSR 2017.
saya dah detect pon subjek apa yg nurin perlu lagi latihan. saya akan bantu nurin hingga ke tahap yg nurin perlukan saya.
now bukan lagi time saya biarkan dia membaca sorang diri.
now bukan lagi time nyer saya beri tekanan pada nurin.
saya ada cara baru = ulangkaji bersama. kita ronda topik yg agak susah / kurang faham.
santai... lepak... ceria... meskipun saya ni sebeno nyer bukan begitu, cara saya keras 😠.
but... kita boleh berubah ikot keadaan kan 😍😍😍. in shaa Allah...
ok bye. tu jer la nak citer. luahan perasaan gitu 👌👌👌
15 Comments
dah sama besar dgn mama dia dah
ReplyDeleteiye btol hi hi hi ...
DeleteTahniah utk 8A tu...
ReplyDeleteGood luck utk UPSR nanti. Insyaallah Nurin boleh buat
tq :-)
Deletein shaa Allah.
Moga nurin mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti...
ReplyDeleteGood luck girl for your UPSR !
ReplyDeleteAssalamualaikummm
ReplyDeleteSubhanallah.... untungnya nurin dapat ibu mcm gini... semoga nurin membesar mnajdi anak yang solehah n kebanggaan ibu... =D aminnn
bagus kalau dia kuat hafal .
ReplyDeleteAll the best Nurin ...
ReplyDeleteSemoga sentiasa jadi anak yg baik dan solehah....
Cute muka Nurin ni, sedap mata memandang...
Cheers.
Insya Allah Nurin berjaya, pasti akan membanggakan keluarga, aamiin...
ReplyDeleteCantik Nurin.. 😀
ReplyDeletebagusnya akak pantau tapi akak, dalam masa 30 minit tu bagi la dia minum air. kesian dia dehydrated. anyway, good luck ye nurin! :D
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga Nurin terus sukses..
ReplyDeleteWahhhhhh tahniah Nurin....8A....Banyaknya "A" dia...semoga terus berjaya dimasa akan datang yer..
ReplyDeleteAll the best Nurin. Terharu nya baca. Saya salute cara akak begini. Parenting nih kan pelbagai cara. kita yang betul2 faham anak kita macamana. Hannah juga anak sulong saya begitu. Kena constantly BELAJAR. Sket pun takper. Kalau nak exam baru nak buat semua memang I tarik rambut lah jawabnya. HAHAHAH! Hannah good in language. Tapi menghafal seksa sket. Anak2 ini ujian utk ibu bapa juga. Alhamdulillah..dapat anak juga satu rezeki kan? Saya juga selalu remind diri saya. Push juga anak..tapi ada masa kita kena slow down sket. Tahniah Nurin di atas kejayaan 8A and good luck dear for UPSR. Try your best yer... :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.