assalamualaikum...
entry di lewat mlm. dah agak lama tak menaip kat laptop kat umah.
camne? dok layan izzat yg cerdik pintar. layan dia main. layan dia ngaji (ikot mood). layan dia menulis.
takkan dpt on laptop la.
mlm ni x dpt nak buat jagung rebus susu. uruskan hal-hal kek besday ijat. sampai umah lewat.
in shaa Allah, jumaat ni (lusa) izzat akan genap usia 5 tahun.
saya da tempat sebiji kek coklat moist ber edible image boboiboy galaxy.
memang permintaan izzat. nak kek boboiboy galaxy 😉😉😉.
edible image ni saya tempah dari member di seremban.
sebab member di sini yg nak buatkan kek izzat tu, tak dpt nak cari edible image boboiboy galaxy.
tak sabar nak tgk kejadian nyer esok ptg.
al kisah ahad yang lepas. dinner tu saya memang plan nak air fry ikan keli 6 ekor.
dan masak sambal daging ulam dgn timun.
nak dijadikan citer, lepas masak sambal daging tu, saya tinggalkan dapur la jap.
menguruskan perkara lain kan sementara saya perapkan ikan keli dgn air asam jawa nak bagi ilang hanyir nyer...
lepas beberapa minit, saya peratikan mr.asben dok kat dapur... potong-memotong. which is a very good sign 😍.
and yes... mr.asben celur terung, potong timun dan prepare budu ❤
memang terbaik la. ikan keli goreng, ulam-ulaman & budu = dinner ala pantai timur gitu, kan?
sebab kalu kami makan-makan di nasi ulam cikgu, kota bharu, ikan keli wajib amik, budu wajib amik, ulam-ulaman.... then add skit skit kuah singgang.
bertambah-tambah kami anak-beranak makan mlm tu. alhamdulillah.
👍 👌
❤
11 Comments
uuuish cenggini makan puas hati..
ReplyDeleteHappy bufday izzat . Moga jadi anak yg soleh
ReplyDeleteSedapnya ulam tue, budu pun nampak sedap walaupun saya hanya boleh makan sikit jea..
ReplyDeletemasak simple je tapi tengok je pun dah menyelerakan. Menu akak ni fav saya jugak :D
ReplyDeleteHappy birthday izzat =) semoga menjadi anak yang soleh =)
ReplyDeleteMenu yang simple tapi menyelerakan.. Ohsem..
ReplyDeleteWah! air tangan suami tu yang mahal
ReplyDeletewah, terliur tengok hidangan ni, simple tapi sedap boleh bertambah nasi berkali2
ReplyDeleteNEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger
menu yang sedap, tambah2 ada budu memang mabelles
ReplyDeleteAduh sedapnya lauk pauk tu Aida....i pun loike ikan keli tau. Tapi kalau nak beli dan masak sendiri sedikit malas hihi...
ReplyDeleteRajin suami Aida ke dapur yer...
Jagung susu memang sedap, makan tak leh benti... hahahaha...
ReplyDeleteBy the way, keli dengan ulam memang ngam habissss
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.