assalamualaikum...
pagi selasa = 24 Syawal.
semlm ada jamuan raya di dept saya. ari ni pun, jap lagi nak gi jamuan raya dept lain.
makan.... makan.... makan.... alhamdulillah di beri nikmat gini.
berjumpa kawan-kawan se ofis dlm keadaan yg berbeza.
jamuan makan, uolls tau la kan... makan sama-sama, cerita-cerita pasal raya, gelak ketawa sama-sama.
memang best. selain masa ni, kalau jumpa mesti hal keje aje.
muka masing-masing pun ketat semacam 😄😄😄.
time beraya ni adalah time kita eratkan sillaturrahim. sharing cerita yg gembira... 👍
jiran tetangga kita ni adalah dikatakan 40 sebelah menyebelah umah kita.
dan ada yg tambah 40 ke depan dan ke belakang umah kita.
pendek kata = 40 jiran tetangga keliling umah kita la kan. semua ni wajib kita berbuat baik.
elakkan diri kita dari melakukan perkara-perkara yg boleh menggugat keharmonian jiran tinggal di situ.
dlm tak sedar kekadang tindakan kita tu sebeno nyer menyakiti jiran dlm senyap.
iye la. ada jenis jiran yg pendam. sebab dia tak nak cari gaduh dgn jiran yg lain.
pada saya, kalau jiran jenis gini, dia sabar dan dia maafkan jiran yg buat tak betol tu.
selagi dia boleh sabar... selagi tu dia boleh memaafkan.
tapi, bila mana kesabaran dia dah di tahap maksima, normally jiran ni akan bersuara.
bila dia bersuara, masa tu la kita ni kena amik perhatian. kita kah yg telah menyakiti dia?
sabda Rasulullah s.a.w. : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya."
ada juga jiran yg langsung takde sabar, takde timbangrasa, takde tolak ansur.
sekali kita buat (tak sengaja) terus dia sembur kita dgn kata-kata yg kasar... adoihai 😡.
tak sempat kita nak explain kenapa bagaimana apa... dia dah naik hangin dah.
nak buat camne, kita mengalah ajer la... marah + marah = gaduh nanti!
paling susah = jiran yg da kena tegur tapi tak berubah. sebaliknya kita pula yg dipersalahkan.
zaman sekarang, dah ada wasap group. hadoi! dlm tu la jiran ni share kata-kata pedoman, kata-kata hikmah.
semua menjurus kpd nak perli kita 😔.
kalau tak nak perli pun, kita sendiri terasa... sape makan cili, dia la terasa pedas nyer kan.
tak tegur, kita yg serba salah, da tegur, kita plak yg nampak bersalah! Allahu Akbar...
and cara nak menegur, tegur la dgn sopan dan berhikmah.
tegur la cara personal, kalau boleh. jgn la terang-terangan dlm group wasap.
tak ke jiran yg berkenaan tu terasa malu dan segan???
tak ke jiran yg berkenaan tu naik marah jugak kerana malu ditegur??? lelebih plak, sebeno nyer perkara tu tak salah pun, tapi jiran yg marah tu yg senget!!!
ni semua bakal mengundang ketidakharmonian sesama jiran tetangga...
bakal rosakkan hubungan sillaturrahim akhirnya....
sabda Rasulullah s.a.w : "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka sambunglah tali sillaturrahim."
mcm2 masalah yg memungkinkan jiran sesama jiran tidak sehaluan :
- parking kereta tanpa izin
- bunyi bising di tgh malam
- buang sampah merata-rata
- bela kucing dan tak reti jaga kucing
- anak-anak masuk keluar rumah jiran tanpa izin
- menghalang kebebasan jiran kuar masuk rumah
kita tak boleh anggap semua jiran adalah sama.
kita tak boleh anggap jiran terima apa pun yg kita buat sebab tu rumah kita, bukan rumah dia.
kalau gitu, dok aje la kat hutan! boleh buat apa pun yg disukai.
harimau... gajah... singa... beruang... semua tu tak tahu camne nak komplen 😒.
aduhai... jiran oh jiran.
saya syg kejiranan saya. best. kami buat family day few times.
dah lebih 10 thn dah dok umah skang ni. anak-anak yg dulu baby, now semua dah bujang / dara.
kami dah mcm keluarga.
but tu la... manusia ni berubah ikot angin. sedangkan adik-beradik pun bergaduh selisih faham, inikan pulak sesama jiran, yg bersaudara atas nama Islam saje, tiada pertalian darah pun.
ok. tu jer la nak sembang pagi ni. peruntukan 15 minit utk blogging dah tamat.
mau gi makan-makan jamuan raya 😄.
bye 👋👋.
7 Comments
salam singgah hihi...happy blogging!
ReplyDeleteHidup berjiran kena sama-sama sabar..kalau sabar inshaAllah yang lain akan baik-baik sahaja..
ReplyDeleteMrs. A pun sama jugak baru je balik open office semalam office sendiri yang open office hehehe. Selagi Syawal masih ada katanya.
ReplyDeleteBab jiran tu setuju kalau nak harmoni kenalah saling bertolak ansur. Jiran Mrs. A sekarang 1 Malaysia semua bangsa ada. So far oklah boleh je lagi senyum-senyum kalau berjumpa walaupun tingkah laku kekadang tak mencerminkan begitu. Mrs. A okay jer tak tahulah mereka
Alhamdulillah setakat ni jiran2 semua baik2 je...akan datang taktau lah pulak kann..sebab jiran bertukar2, rata2 semuanya penyewa..termasuklah diri sendiri..hehehe
ReplyDeleteadab menegur kslhn seseorang, tegur secara personal utk elak dr memalukan org tu
ReplyDeleteSaya pun bersependapat dengan kak Aida..
ReplyDeleteBetul.. macam2 jiran sekarang, sabar je lah kan... geram tu geram jugak, kadang mulut pun terlepas.. 😓😓😓
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.