assalamualaikum...
😄😄😄 citer pasal pressure cooker lagi hi hi hi...
benda baru ler kata kan. tu yg dok ngejas tiap hari.
mau kasik try tiap hari. iye ke menjadik? iye ke best? iye ke cepat? 😁
isnin tu kan saya da test buat nasi goreng dlm pressure cooker.
selasa saya test masak nasi putih. beras & air ikut sukatan biasa.
adakah akan jadi spt biasa? cepat tak?
kejadian nyer sempurna. as usual.
tekan menu RICE yg da di auto-setting 12 minit 😃.
try masak nasi putih ni bukan nyer apa... kalau-kalau kemudian hari nanti ada tetamu. ramai plak tu.
tetiba kehabisan nasitime tgh makan-makan 😓. tak ke haru???!!!
so memang mudah la ada pressure cooker ni hah. 12 minit, kira cepat lah tu kan.
ada yg saya baca review pressure cooker lain, 8 minit aje masak nasi. lagi cepat 👍.
semlm ptg, saya try plak masak kari ayam. bahan tumis semuanya spt biasa :-
- bahan tumis 3 beradik
- 3 bwg kecil dihiris
- 4 bwg putih dihiris
- halia 1 cm dihiris
- serai diketuk (dlm peti ais ada 1 btg serai aje)
lain-lain bahan ialah 2 biji kentang (medium size), ayam 1/2 ekor, santan 1 kotak, asam keping 2 dan garam secukup rasa 👌.
saya guna menu MEAT yg da di auto-setting kpd 21 minit.
2-3 minit yg pertama, tanpa tutup periuk, saya tumis bahan semua tu dulu sampai naik bau.
then masukkan serbuk kari faiza 2 peket (da jadikan pes). goreng garing.
saya tak campur dgn ciliboh tau. tak nak pedas.
da garing, baru la saya masukkan ayam, santan 1 kotak, kentang dan asam keping 2.
kacau kasik rata and terus tutup periuk tu. then baru la saya peratikan 21 minit tu mula.
yes. telah terbukti, meskipun takde button STIR-FRY mcm noxxa or button BAKE mcm philips, saya boleh menumis juga kat sugawa pressure cooker. tq youtube 😄.
after 21 minit, bib bib bib berbunyi tanda siap. kuarkan pressure dulu.
siap...
boleh la test rasa. tambah garam jika perlu. tutup and KEEP WARM.
resepi dan cara mudah masak kari ayam guna pressure cooker 👍.
mesti uolls kata kan, "ek'eleh, sama je mcm masak kat piuk biasa, tumis jugak."
iye. sama je cara masak nyer uolls. and mungkin ayam ni, tanpa pressure cooker pon, boleh aje cepat masak.
saya pun time tgk youtube, saya komen yg sama. but satu sudut yg saya terasa beza skit ialah utk jangkamasa lebih kurang 20 minit tu, kita boleh biarkan kari kita tu masak sendiri.
ayam & kentang empuk sempurna.
tak perlu standby tepi periuk kacau kacau. peratikan api kecik ke besar ke.
after 20 minit tu pun if kita tak buka pressure cooker, takde masalah. ia akan keep warm.
hingga la time nak makan nanti 😄. jgn la risau kuah kering ke hangus ke...
kita amik angle yg positif. terutama kat kita-kita yg bekerja ni.
benda yg memudahkan ada, buat pe kita nak susah-susahkan diri? tak gitu?
ok la. masa dah time. perlu pen off kat sini. bye ❤.
14 Comments
owh..sdap tu..:)
ReplyDeletebiasa biasa aje cik nor :-)
Deletepelbagai guna yer pressure cooker ni
ReplyDeletetu la ccl.
Deletepatot la ramai yg beli.
ramai yg guna.
memang byk guna! 😀
seronok ada pressure cooker.. masak jadi mudah ^^
ReplyDeleteyes.
Deleteyg mudah tu la yg kita cari kan.
wow semudah abc nie
ReplyDeletehi hi hi...
Deleteyg penting, cepat.
multipurpose ni..buat kita yg bekerja ni mmg harus ada periuk ni..
ReplyDeleteitu la pasal. sebab kita kejar masa sentiasa.
Deletebila memudahkan, alhamdulillah.
Mudah guna pressure cooker ni.. Tapi suka lagik guna dapur gas.. hahaha
ReplyDeleteMemang mudah ada pressure cooker!!
ReplyDeleteSaya ada pressure cooker patern lama, setakat ni guna untuk rebus tulang jer.. 😆
ReplyDeleteMemang sangat mudah nie.. Dalam 20 minit tu boleh buat mende lain.. Kalau baca buku 1/2 buku habis.. Kalau. Lipat kain condorm siap.. Memudahkan..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.