assalamualaikum...
sakit tekak saya ni dah 3-4 hari tak elok-elok lagi.
skit skit aje sakit nyer, tapi agak lama 😢. telinga pun dah ikut berdengung semcm.
air asam. gula-gula. air suam. ubat. semua nyer masih saya amalkan utk baik kan sakit tekak dan sakit telinga ni hu hu hu.
bila bangun pagi, adoi! tu yg time sgt perit tekak ni. terasa mcm nak gi amik MC kat klinik aje.
tapi, malas lah plak... byk keje. terasa nanti byk akan tertangguh...
nak la dijadikan cerita, mlm tadi, saya berjaya unboxing sugawa multifunction microcomputer pressure cooker saya.
brg baru tapi dah lama ia dok dlm box. lebih 2 thn rasa nyer 😄.
beli sugawa smart cooker and dpt free pressure cooker ni.
nape baru unboxing???! saya tiada jawapan 😎 ha ha ha...
gini la rupanya...
tu antara auto-setting yg da siap. tekan aje button menu.
kalau nak d.i.y masa sendiri, boleh juga. tekan aje button pressure setting.
sama aje fungsi tu dgn pressure cooker brand lain.
mlm tadi started with masak nasi goreng aje. first try la katakan.
dari semlm pagi, seharian menggoogle camne nak masak guna pressure cooker.
and mostly, saya google dpt idea from brand amway noxxa dan brand philips.
ok la. ada la tips dan cara yg boleh saya ikut.
brand sugawa ni tak glamer sgt. so memang saya terpaksa try sendiri la function tu.
saya adopt tips from philips all-in-one cooker. tgh trending juga philips punyer tu.
noxxa jgn ckp la kan. memang la ramai yg dah milikinya. termasuk la adik saya.
saya gerrrrrraaammmm ajer tgk noxxa tu. mengingatkan yg saya memang dah ada brand sugawa ni, tu lah yg menghalang saya dari join kutu noxxa tau uolls.
maka nasi goreng pressure cooker gaya saya, saya tumis asing dulu bahannya.
masih lom gagah nak stir fry kat pressure cooker tu.
takde function stir fry mcm noxxa. tapi saya tgk youtube, boleh aje kita stir fry sebelum timing high pressure tu start. dlm masa lebih kurang 1-3 minit gitu.
kemudian-kemudian la saya test stir fry situ hi hihi. kali ni saya tumis asing dlm kuali aje.
- bwg merah 5 biji
- bwg putih 5 ulas
- segenggam ikan bilis
semuanya saya kisar halus. bila saya dah tumis kat kuali, settle, baru lah saya masukkan bahan tumis tu ke dlm pressure cooker.
then masukkan beras yg da bersih. air dimasukkan ikut dosage biasa.
tekan menu = rice function. dah ada auto-setting 12 minit.
buat lubang di tgh nasi yg da siap masak dan masukkan 2 biji telur yg dah dikocak dulu.
tutup dan saya tukar pressure setting kpd 1 minit aje. bagi telur tu masak.
bila dah berbunyi bib bib bib... buka penutup and saya gaulkan nasi agar mesra dgn telur.
anak-anak dara saya... wajiblah disediakan telur goreng utk diorang.
alhamdulillah. eksperimen pertama dgn sugawa pressure cooker saya berjaya.
ligat dlm kepala ni fikir nak eksperimen apa lepas ni hi hi hi....
baru la saya dpt rasa kegembiraan frens yg before this byk share memasak dgn pressure cooker.
cepat! contoh nyer mcm nasi goreng saya ni, tak perlu nak masak nasi terlebih dahulu.
nak menumis tu bukan lah lama sgt pon kan.
lama tu kekadang nak tunggu nasi masak. then nak menggoreng nasi lagi... hu hu hu...
yg ni, 12 minit aje terus siap sebagai nasi goreng uolls 😄. jimat masa.
uolls sape-sape yg sudi nak share experience 👀 memasak dgn pressure cooker, share resepi ke, tips ke... please la komen ekk. much appreciated ❤.
😎
7 Comments
alaaaa...bestnya kalau ada periuk macm ni haaa...eh..Sapa sudi hadiahkan i noxxa
ReplyDeletebest SA. kalau aida tahu la sgt best, time dpt tu terus aida guna.
Deletesian piuk tu diperam bertahun kat umah aida ha ha ha...
Nampaknya beli gak benda ni hihihihi.. Kak aida sory lambat bagitaw barang akak bagi dah sampai.. Terima kasih gift yang banyak tu..
ReplyDeletebeli ekin.
Deletekalau x mampu beli noxxa, beli aje brand lain yg lebih murah.
kat lazada pun ada.
fungsi seakan-akan. utube kan ada.
Tak de pressure cookerlah Aida....malaslah nak beli mahei haha....
ReplyDeleteOrang orang bekerja mcm awak mmg patut adalah.... mencepatkan ye dak. Balik eje dah penat takkan nak berlama lama kat dapur...
Nyumm nyumm.. ramai betul skrg ni guna pressure cooker...
ReplyDeleteWah.. Menarik sangat nie..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.