assalamualaikum...
11 syawal hari ni. alhamdulillah...
semlm kat opis ada buat makan-makan. dari pagi membawa ke petang, makan aje keje nyer hi hi hi.
memang la menggemok kan 😭.
hari ni pun ada makan-makan jugak, sebab ada lawatan dari HQ.
bekerja dan makan... bekerja dan makan lagi... hadoi lah.
baru la mlm tadi ada masa upload gambo ke. pilih gambo yg senonoh.
edit masukkan watermark... baru la selesa nak up kan citer raya.
tahun ni beraya umah mak dulu, melaka.
meskipun dekat sesgt dgn umah mak, tapi tetap balik awal uolls. hari khamis dah ada umah mak.
anak pertama yang balik tau... punyer lah excited! 😄
turn beraya dgn adik pompuan. dia jumaat baru tiba dari KL.
nak dijadikan cerita, seminggu sebelum weekend raya tu, kakak saya da balik kg, merendang.
saya balik juga umah mak, membantu sikit aje.
ada 3 raya dishes yg mak dan kakak prepare in advanced = rendang daging, rendang hati dan kari itik.
kakak dan mak buat untuk 6kg daging!
itik yg dah siap salai dlm proses pembersihan oleh emak.
semua 3 main dishes ni dah masak menjelang mlm, dibiarkan ke suhu bilik.
then terus di pack kpd plastik-plastik kecil dan di frozen kan utk raya nanti.
memudahkan mak la nanti. tetamu dtg, rendang dan kari ni dikeluarkan skit demi skit. defrost dan hangat dlm microwave.
hingga 7 syawal stok masih available tau uolls.
1 syawal tiba dgn penuh gembira...
pepagi biasa lah, ayahanda-ayahanda semua ke masjid tunaikan solat sunat Aidilfitri.
saya, adik & emak kat rumah = siapkan anak-anak...
then bermula lah ronda raya kami anak-beranak. pagi raya beraya ke pantai dulu, kg abah.
wajib la menggayakan atok uwan dan cucu-cucu tahun ni.
ijat dan ain (anak adik saya).
dua anak bertuah ni lah yg bikin suasana gamat 😄.
selesai beraya di kg abah, menjengah mak sedara, dlm jam 11 pagi kami terus berangkat ke kg emak.
emak saya masih ada emak 😍. alhamdulillah... maka, wajib la kami bwk mak ziarah nenek.
nenek saya masih sihat dlm erti kata org tua-tua.
just lemah lutut, mostly dok atas wheelchair. ingatan dah tak kuat. lupa byk perkara!
hari raya kan... everywhere anytime selfie la.
ini gambo snap oleh abg ipar saya. love it!!
keluarga besar nenek saya... emak anak sulung.
adik-adik mak 5 orang ada dlm gambar.
lagi 2 org lom sampai, beraya dgn anak-anak dulu.
dan lagi 2 org adik lelaki emak, da tiada... al-fatihah.
sebeno nyer, tema baju kami di pagi raya adalah warna maroon.
namun, apakan daya, baju melayu mr.asben tak siap. sib baik baju melayu byk elok-elok lagi.
baju izzat, mlm raya beli kat pekan masjid tanah, RM45 dgn sampin.
😁 ha ha ha memcm... saya dan kakak-kakak memang byk tempah baju.
boleh aje mix and match dgn tudung...
bak kata sepahtu = raya sedondon... bukan wajib, tapi cuba utk sedondon. something done once a year 😎.
okeh sekian kisah cinonet kami di 1 syawal...
share utk tambah meriah blogger beraya hi hi hi...
bye ❤
24 Comments
Seronok tengok keluarga besar ni...ehem..muka u ngan hubby seiras la....hehehe
ReplyDeleteiye SA. sejak bercinta dulu member2 da kata muka kami seiras.
Deletealhamdulillah jodoh hingga ari ni :)
suka... suka...
wow seronoknyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteindah...
Deletememang seronok!
sdapnya rendang..:)
ReplyDeletealhamdulillah :)
Deletewajib ni time raya...
Meriahnya suasana hari raya, Selamat Hari Raya kak Aida sekeluarga.. Maaf zahir dan batin.. =)
ReplyDeleteselamat hari raya, shikin :)
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Aida. Maaf Zahir Batin. Ada hutang lagi. Bila nak jumpa? Hehe...Marilah datang ke rumah.
ReplyDeleteSalam manis dari Bukit Katil Melaka.
a'ah la.
Deletebila kita nak jumpa ni ?
hadoi lah :) hi hi hi
selamat hari raya kak
ReplyDeletetq :)
DeleteSelamat hari raya =)
ReplyDeletesalam syawal sis... :)
ReplyDeletetq :)
DeleteSuka corak baju tu, cantik 😍
ReplyDeletebaju anak2 aida tu ekk :)
Deletetq.
beli kat nagoya. puci puci gitu.
Meriahnya raya! Ramai-ramai macam tu memang seronok sangat-sangatlah kan!
ReplyDeleteit is time utk gathering.
Deleteutara selatan timur barat semua bersatu :)
Memang seronok berhari raya sambil kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi cenggini "barulah raya...." hiks!
ReplyDeleteMrs. A pun tema caca-marba jadinya baju Aryssa dan Mrs. A yang tak siap.
kan :)
DeleteMuka Aida dgn suami sama kan.... serasa bersama tu kata orang!
ReplyDeleteKuali periuk mcm baru beli je Aida....masih dara lagi tu nampaknya hihi...
Cantiknya rumah nenek. Nenek duduk dgn sapa Aida?
Minta maaf lah aida.. Itik tu lebih mengancam dari gambar yang lain.. Adoi.. Rindu pula nak makan rendang itik yang dimasak arwah ibu..
ReplyDeleteSyoknya beraya di kampung.. MZ kampung pun gak rupa kampung..... anyway kari itik tu.... nyummm
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.