assalamualaikum...
setiap hari...
pasti ada sesuatu yang baru kita hadapi.
kalau tak pekerjaan, fail mesti bertukar baru, kan?
fail yg sama, tapi mesti bertukar helaian kertas, kan?
kalau tak kereta, jalan raya yg kita lalu tu mesti berubah kepada sesuatu yg lain. berlubang ke, ada pokok di tepi ke, ada accident ke, ...
kalau tak hujan pagi tu, awan yg berada di langit kita pasti bukan awan yg semalam.
"I am not afraid of storms !
For I am learning how to sail my ship..."
maka, kalau da semuanya baru, pasti kita tak boleh buat apa yg biasanya kita buat.
pasti ada pembaharuan terhadap pelaksanaan kita yg seterusnya.
hidup ni adalah satu proses pembelajaran yang takkan ada penghujungnya.
apa nak ditakutkan?
apa nak dihairankan?
apa nak dikelirukan?
sedangkan pelaut yg dah biasa ke laut pun, takkan berhadapan dgn ombak yg sama meskipun di lokasi yg sama setiap hari.
maka, perbetulkan je la. yes, memang kekadang perkara tu tak adil pun.
tapi nak buat camne. kita hidup di dunia bukan sorang diri. bukan kepentingan kita saje yg diutamakan.
dan hidup ni perlu ada toleransi. perlu ada undang-undang. perlu ada terma dan syaratnya.
bukan nyer nak menyeksa. bukan nyer nak menyisihkan.
tapi tatacara hidup memang begitu.
sedangkan solat dan puasa pun, Allah letakkan syarat-syarat sah nya.
nampak mudah, tapi kalau dicungkil bebetul, sah ke solat dan puasa kita??!
kita kena belajar. kita kena tanya org yg lebih arif. kita kena baca buku.
maka... begitu juga hidup ni. nampak simple.
tapi ada cara nyer. ada gaya nyer. ada tak boleh nyer. kita kena amik peduli.
akur.
ikut.
tunduk.
terima.
pasrah!
selagi ia tidak menyalahi hukum syariat Allah dan ia sememangnya berniat aman dan mententeramkan.
tak bagus utk kita. tapi mungkin bagus utk sebahagian besar yg lain.
dan mesti ada bagusnya utk kita, tapi pada waktu tu, kita belum sedar diri.
undang-undang dunia ciptaan manusia. pasti ada berat sebelahnya. pasti ada tidak adilnya.
sebab lumrah manusia tu sendiri tidak sempurna. akal nyer terbatas.
bila dah namanya undang-undang ciptaan manusia, ia boleh berubah.
faktor masa.
faktor cuaca.
faktor pangkat seseorang.
faktor politik.
faktor agama.
sebab apa? sebab ia ciptaan manusia. manusia tu ada perasaan dan nafsu. tidak sempurna.
dunia semata-mata.
rezeki. jodoh. hidup. mati. di tgn Allah.
usaha. ikhtiar. doa. tawakal.
😍
11 Comments
terima kasih akak share kata motivasi ni. Rasa semangat sikit :)
ReplyDeleteSetiap hari adalah hari baru
ReplyDeleteSetiap apa yang kita jumpa adalah ilmu baru =)
betul tue.. kita hidup di dunia bukan sorang2 .. kena ada sifat toleransi sesama insan :)
ReplyDeletenice sharing
inilah namanya kehidupan...
ReplyDeletepsstttt jemput join http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html
betul tue , setiap hari ada juga kesalahan kita,cuma kita saja yang kadang-kadang nampak , kadang telepas pandang
ReplyDeleteBetul tu... hari2 ada ja benda baru dalam hidup ni.. sedar tak sedar.. dengan orang pun hehari kita belajar kan
ReplyDeleteBetul Aida walaupun kita rasa diri dah sempurna tapi harus belajar lagi dan lagi .
ReplyDeleteNice sharing kak...
ReplyDeleteKena terbuka hati terima apapun yang terjadi setiap hari. Janji yang kita jalani dapat RidhaNya kan sis.. Belajar lebih baik setiap hari.
ReplyDeleteHidup kan satu ujian. Dia berhak menguji kita kerana kita ni hambanya. Letakkan ajelah sepenuh keberganyungan kita kepadaNya. Insyaallah semuanya akan baik baik aje
ReplyDeleteSetuju dengan perkongsian Aida ini..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.