assalamualaikum...

pagi jumaat nan indah... pagi ni Melaka tak hujan.
da 4-5 hari, menjelang subuh aje, hujan lebat selebat-lebatnya!
berposak jugak la sebab nak cepat kuar rumah pepagi anto anak-anak ke skola.
bila hujan, trafik memang heavy dari hari biasa.
memasing nak anto anak-anak bwh bumbung kan... takkan nak biar anak-anak kebasahan 😃.

ari ni nak settle kan hal dokumentasi sambung belajar nanti.
baru ada masa nak membelek dokumen satu-persatu.
alhamdulillah, medical check up . gambo passport . submit accept offer UKM .
today nak isi borang JPA. naik pengurusan mintak sign. in shaa Allah. 
minta-minta la bosses available. then nak arrange bila nak naik Putrajaya, submit dokumen JPA.

Sambung Belajar | Cita-Cita Yang Tersimpan Lama

less than a month jer lagi nak start cuti belajar... nerves uolls.
15 tahun meninggalkan dunia universiti. kembali belajar dgn status yg berbeza.
pelajar tua yang beranak tiga 😄. aduhai... sememangnya, 2013 ari tu saya da submit application HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) ni.
tapi masa tu usia perkhidmatan dgn jabatan lom matang, maka application tak dimajukan ke JPA.
then, tunggu time yg sesuai. kebetulan ada kenaikan pangkat, tunggu lagi hingga tempoh pemangkuan tamat.
itu yg tahun lepas barulah saya apply HLP.

kenapa nak sambung belajar? semestinya nak upgrade ilmu. nak asah balik ilmu yg tumpul ni.
ada peluang, ada upaya, ada sokongan dari mr.asben... kita proceed. moreover, dpt biasiswa.
cita-cita yg lama pendam ni, akhirnya, in shaa Allah dipanjangkan umur, bakal jadi kenyataan.

persediaan? 😃 nerves uolls! tak sedia pe pun.
kat opis masih lagi buat keje mcm biasa. tiada perubahan... tak tau nak buat persediaan apa.
buku rujukan time degree dulu memang dah outdated lah kan. confirm beli buku baru.
hmmmm... nerves uolls!
anak-anak mcm biasa. tiada perubahan. saya akan berulang dari rumah ke universiti.
jika perlu, overnight rumah adik-beradik di kajang / cheras, in shaa Allah.

one thing yg saya sgt excited is... cuti dari bekerja 😄😄😄. lari kejap dari urusan ofis.
hi hi hi tu yg best. keje ofis is so so so so memeningkan kepala. sebab kita deal dgn public, kan.
Allahu Akbar. masalah tak abis-abis!
bagi peluang la kat officer lain plak buat keje saya sementara 20 bulan ni hua hua hua...

orait. need to go. tempoh utk update blog sudah mau abis. till then, uolls do take care ye.
bye 👋