assalamualaikum...
pagi yg basah di Melaka. hujan lebat dari tgh mlm tadi.
harap maklum, tiada banjir berlaku ye mcm minggu lepas. alhamdulillah.
pagi ni, mcm biasa, ada ke tak blues, masuk ofis dgn perasaan amat gembira.
tiada apapun special nak berlaku. but cuba ajar diri, masuk ofis dgn gembira.
menggembirakan org lain.
keluar rumah pagi tadi pun dgn gembira.
anak-anak semua gembira. kebetulan mak mertua ada rumah minggu ni, dia pun gembira.
alhamdulillah...
sesungguhnya hari yg gembira gini mesti kita syukuri, kan.
minit-minit yg gembira tu berlalu, takkan boleh kita ulang tayang lagi.
terutama bila bersama anak-anak dan parents.
image indah yg saya copy dari fb & paste di sini.
betapa si ayah tidak mahu melepaskan baby girl nyer ❤❤❤
sementara anak itu masih boleh kita dakap... cium... gomol... pegang...
selama itu la si ayah mahu bersama anak itu. kerana si ayah sedar, one sweet day, anak itu harus dilepaskan pergi.
akan dewasa baby girl ayah. akan mula hidup berdikari dan bersosial dlm dunianya sendiri.
berkahwin...
(sebak pulak tang sini 😠terkenang kan my beloved abah)
💓💓💓
hairan... sgt hairan! kenapa la ada ayah yg sanggup merogol anak perempuan sendiri?
last week penuh dgn berita tentang sumbang mahram.moga Allahu jauhilah kita semua ni perkara sebegini. muhasabah diri. sedar diri.
ayah, atok, pakcik merogol 2 anak perempuan...
ayah merogol & meliwat anak perempuan 631 kali!
abang 16 thn merogol adik perempuan 13 thn yg kini mengandung 7 bulan.
sudah ilang ke perikemanusiaan diorang ni? Allahu Akbar. sebak dada mendgr berita gini.
anak perempuan selamanya baby girl ayah.
seperti saya sendiri. hingga kini, abah masih lagi call just utk tanya, "buat pe tu?"
seolah-olah nak spotcheck anak pompuan dia ni keje ke, cuti ke, ngular ke 😄😄.
ari tu time nak interviu HLP, tiap hari abah call, "fail sijil-sijil semua da update?"
pagi nak interviu, abah siap pesan ,"pakai blazer, baju elok-elok, kemas..."
alolololo abah oh abah. tau la, bah 😂. dah tua bangka dah anak abah ni hah 😄.
latest is abah siap-siap tanya dah, "nurin peksa bila?". concern abah tu dah menurun ke cucu nyer plak. rezeki abah, cucu nyer majoriti perempuan.
hadoi! tak sabar nyer lah nak jumpa omak abah den...
kalau la mak mertua takde umah, rasa nyer weekend ni berdesup kot naik cheras hi hi hi...
takpe, pastu raya haji, beraya umah abah. kami adik-beradik buat qurban tahun ni, in shaa Allah.
my small family.
mr.asben pun ada 2 baby girl.
anugerah Allah paling indah.
izzat sibuk la dgn kecomotan nyer tu hah. hadoi lah...
okeh. takat ni ajer la ye borak di blog ni.
sambil menaip dokumen, sambil tu la taip entry ha ha ha ha...
tu yg selepas 2 jam baru lah boleh publish.
bye for now uolls. tq for reading my luahan perasaan pagi ni 😄
10 Comments
sama lah kita, kalau baca cerita pasal parents ni mesti teringat dekat parents sendiri & bersyukur dapat parents yang baik sanggup susah payah korban banyak benda untuk besarkan kita. Alhamdulillah
ReplyDeletebetul tu kan...sekejap je masa rasa nanti..ni pun dah rasa kejap je Adam dah besar..aisya pulak dah nak masuk sebulan..hehe..jap lg dah nak kena msuk keje balik..huhu T_T
ReplyDeleteBetul tu, Aida. Masa berlalu terlalu pantas. Tahu-tahu aje semua dah berubah; dari muda ke tua, dari kecil ke besar, hidup pun banyak dah berubah dari dulu sampai sekarang. Kena hargai setiap detik yang menggembirakan kerana detik-detik itulah yang akan kita ingati suatu masa nanti.
ReplyDeleteAnak-anak belum cukup besar pun dah mula rindu zaman mereka kecil-kecil dulu :(
comelnya izzat makan aiskrim..hihihi ...
ReplyDeletesedihkan orang skrg macam dah hilang perikemanusiaan sampai dah tak boleh beza apa yang kejam ....
singgah baca entri
ReplyDeleteHa a...tak boleh terpikir langsung mcm mana ayah kandung boleh merosakkan anak dia sendiri. Mungkin ceteknya ilmu agama kan Aida. Tp ada jugak berlaku imam pun buat hal. Tak tau nak cakap....
ReplyDeleteGitulah Aida....kasih sayang seorang ayah tiada penghujungnya. Mereka tetap anggap kita ni kecil dimata mereka.
Alhamdulillah Aida masih ada Abah.
ReplyDeleteAbah Mrs. A dah meninggal sobs..sobss..sobss.. [Al-Fatihah]
Yes happy selalu sebab tu kot ada quote 'orang yang selalu ketawa nampak awet muda' ngeh! ngeh! ngeh!
Treasure every moments while they are still alive. This entry is making me sad... rindu parents!
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
Pelikkan ada manusia camtu... Apa ntah perasaan dorang... Tu la bila takde iman kat dada... Seram...
ReplyDeleteJemput jalan ke blog saya...
https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/27/vitamin-untuk-bantu-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/
Adoi.. Sentap betullah bila baca kes-kes jenayah macam itu.. Semoga lelaki-lelkai kita bukan dari golongan itu..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.