assalamualaikum...
part 2 ~ ni kali nak citer pasal kisah raya pertama di Aidil Adha ari tu.
throwback lagi uolls. raya pertama punyer kisah plak.
raya kedua da citer dah kan. 😄 the very special part is raya pertama...
alhamdulillah dimurahkan rezeki kami adik beradik.
dari awal tahun dah plan utk korban tahun ni. dari awal tahun ngumpul duit masing-masing.
almaklum... tahun ni kos utk korban sekor lembu / kerbau memang mahal!
agak terkujat lah bila dgr kos nyer.
dipendekkan citer... settle seko kerbau.
hamboi pak uda... bukan main berpura-pura ye 😆
kerbau ni disembelih dahulu kat ladang. lepas solat raya pagi tu, org lelaki semua ke ladang.
saksikan proses sembelihan. then, skit skit, da dipotong ke smaller pieces baru la dibawa balik ke rumah mak.
before and after solat jumaat, sepanjang hari kami sekeluarga bergelumang dgn proses potong dan membungkus kerbau.
tempat kerja pertama...
tempat kerja kedua...
timbang... bungkus...
ni team kerja ptg skit ~ kepala kerbau.
saya dan adik bongsu, Pak Uda amik tugas membahagikan kesemua bungkusan daging kpd jiran setaman.
jalan kaki tau 😅😅😅
a marveles experience. tak pernah lg before this, saya jadik gadis daging di Aidil Adha (gadis la sssaaaanngaaat 😆).
selain daripada team potong daging, bungkus daging, deliver daging... ada team yg masak la kan.
hi hi hi team emak ler tu. di dapur...
masak pe ekk on the first day of raya Aidil Adha tu?
kari daging...
sup tulang 😋
korang tgk la. korang saksikan la. rupa masakan tu tak melambangkan kesedapan nyer tau.
sebab ia sgt sedap hingga tak boleh nak imagine dgn mata 😄. especially sup tu. hadoi lah...
seharian... semalaman... makan, makan, makan dan makan... alhamdulillah 😊.
pengalaman jadik gadis deliver daging adalah sesuatu yg best.
sesuatu yg sgt beri 1001 pengajaran. sgt beri pengalaman yg tak dpt kalau tak jadik gadis daging. bwk daging satu taman.
sampai depan pintu pagar and beri salam. "assalamualaikum..."
- KISAH 1 : memang lambat la nak dpt reply salam. and bila da dpt reply salam, tuan rumah jengah, muka tuan rumah masam mencuka. terus la saya senyum dan inform cepat-cepat, "maaf. nak deliver daging korban"... baru la tuan rumah senyum sampai ke telinga, "oh, terima kasih ye".
- KISAH 2 : 3 kali beri salam. nampak ada org dlm rumah di sebalik langsir. ada jugak tu yg saya terperasan ada yg menjengah dari tingkap. no reply no respon 😄. saya tak tunggu lama. terus proceed to next house.
- KISAH 3 : pintu sliding rumah terbuka. dgr bunyi siaran tv la. tapi no reply salam. nothing hingga salam ketiga. then terdgr suara lelaki memanggil isterinya di dapur. suruh tgk kan sape di pagar rumah. si isteri keluar. terus la saya senyum dan inform cepat-cepat, "maaf. nak deliver daging korban"... baru la si ister tu senyum sampai ke telinga, "oh, terima kasih ye". 😆😆😆
- KISAH 4 : ada tu tuan rumah ada di luar. nampak aje kami dok beri salam rumah ke rumah, kelam-kabut tuan rumah tu masuk dlm rumah. saya pun laju lah ke rumah dia. terus la saya senyum dan inform cepat-cepat, "maaf. nak deliver daging korban"... baru la tuan rumah tu senyum sampai ke telinga, "oh, terima kasih ye".
aduhai... saya dan adik saya, senyum sesama sendiri dgn pe'el org ramai.
"takpe la, dik. kita bukan nak minta derma. dia tolak rezeki lah kalau tak reply salam kita"...
moral of the my sharing is... jwb la salam. sebab menjawab salam tu wajib, kan?
dan kita tak tahu, ntah-ntah org yg dtg di pagar rumah kita tu bwk rezeki.
saya faham, kekadang tuan rumah malas nak jwb salam dan jengah ke luar rumah dek kerana kekadang ada salesman jual brg.
yes, sama la dgn saya. memang saya sentiasa kunci mangga pagar rumah tau.
tapi... i tell uolls, kalau saya ada rumah saya akan jwb salam. then tanya la apa kan.
kalau saya tgh kat dapur ke, dlm tandas ke, memang saya akan paksa anak saya mana-mana jwb salam.
memang standard org nak jual brg. kekadang bangladesh nak jual kalendar, ayat Quran. kat area umah saya ni kekadang ada makcik2 ibu tunggal nak jual kerepek.
just respon "NO". then say good bye.
ntah la. kekadang nak aje saya ignore. tapi kesian... penat-penat diorang jalan, mencari pelanggan utk jual brg diorang. berpanas. berhujan bagai kan...
setakat menjwb salam diorang, saya tak rasa ia berat. kita jwb salam tu aje, dah buat hari diorang senang... kan?
ni plak ada tu yg memang confirm ada kat ruang tamu, pintu rumah terbuka, still tak nak jwb salam.
Allahu Akbar...
ok la tu jer... a great Aidil Adha for me 😍😍😍.
4 Comments
Macam-macam perangai manusia sekarang.. Bukan susah pun jawab salam..
ReplyDeleteitu la Sha.
Deletekita amik iktibar.
diri kita pun tak perfect :)
Saya kalau tengok orang jual kerepek (biasanya orang tua la kan) dari rumah ke rumah, rasa tak sampai hati tak beli... kesian.
ReplyDeleteSo beli jugalah sikit, ringankan beban dia angkut barang tu...
itu la. aida ni kekadang reply salam. tapi beli lom lagi la.
Deleteseram jugak kekadang nak buka pintu!
kalau ramai org kat luar rumah ketika tu, jiran sebelah menyebelah ada, ok.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.