assalamualaikum 😄

moga hari ini semua org dlm dunia berbahagia dan ceria hendaknya.
as for saya, alhamdulillah.
diberi kesempatan pepagi ni utk update blog dgn perkara yg saya suka update.
perkara yg sesuai di share 😋. makan... makan... makan...
memandangkan lom lagi sempat gi holiday memana, makan-makan kat melaka ajer la ye.
weekend ni sebeno nyer da reserve pon hotel di JB, jjcm time lah kan.
tapi tu la, kita merancang, Allah yg menentukan... pepagi semlm dah cancel reservation.
ahad pagi Izzat ada sukan PASTI. maka, program skola Izzat terpaksi didahulukan lah.
kesian dia if tak join sukan skola. his first experience. 
"sabar ye bu, cari lagi masa sesuai gi holiday ye..." ibu Izzat pujuk hati sendiri 😖.

nampak simple kan?
nampak sejemput, kan?
tapi nikmatnya Ya Allah 😋  syukur alhamdulillah...
cendol nyer lembut slurp slurp... cukup rasa santan & gula melaka...
then, the best part, pes durian tu bila kita campurkan, ia melt perfectly di dalam liang-liang cendol tu.
💥💥💥 meletup-letup rasa nyer di dalam mulut!
terbaik i tell uolls! memang kalau yg mengidam nak rasa cendol durian, di sini lah...
recommended 👍

durian yg digunakan ni ialah pes durian D24 frozen. ni disediakan di FAMA kalau saya tak silap.
ia mcm satu scoop ais krim. so memang dia melt tu sesuai la sgt. slurp slurp masok mulut.




di sini... rasa nyer org melaka memang sgt familiar cendol durian ni.
ingat lagi saya dtg sini dlm akhir tahun 2016, takde disediakan khemah kecik tu and meja & kerusi yg proper.
kena makan sambil pegang mangkuk di bwh pokok aje. tak selesa...

kebetulan, before balik rumah mak ari tu, nak raya Aidil Adha, mr.asben ajak singgah.
persinggahan yg berbaloi!
sebelum tu ada few times nak gi sini, sejak hot sana sini borak pasal durian yg mahal giler, uolls.
masa tak mengizinkan... peluang tiada.
alang-alang balik rumah mak memang lalu sini, marilah terjah.... again, terjahan yg berbaloi!

ada byk lagi menu nyer. one of yg famous, laksa tulang gajah.
rasa nyer jumaat ni nak gi ajak mr.asben minum ptg sini la, in shaa Allah.
kalau cendol, selain dari cendol durian... ada cendol biasa, cendol pulut, cendol ais krim, cendol mangga... byk uolls. dari nama dah buat kita tertarik nak cuba kan.
then ada jugak abc, ais jagung, ais durian dan ais mangga.
so, saya dan mr.asben menikmati cendol durian marveles ptg tu, anak-anak plak order ais mangga.
harga = RM18 semuanya.
cendol durian RM5 dan ais mangga RM4 semangkuk masing2.

ais mangga 😋   👍  recommended!

yg ni tertarik btol dgn botol nyer uolls. lenkali kita rasa sebotol dua botol 😄

orait. alang-alang citer pasal cendol durian. nak gak citer pasal satu lagi cendol durian kat melaka ni.
ahad ptg baru ni, mr.asben ajak gi merasa semangkuk.
not recommended 👎.
lokasi. simpang tiga trafik lights bukit katil - semabok. area situ lah.

semangkuk RM10 uolls. before dtg, mr.asben da inform harga nyer...
so tak la brape terkejut... after all, kalau dah namanya ada durian, memang le mahal, kan 😄😍.
but, kalau sedap, apa salahnya merasa sesekali.

durian nyer adalah seketul durian frozen yg berbiji. bukan pes durian tau.
just compare gambar cendol durian yg kedua ni dgn cendol durian yg pertama. dari situ rasanya uolls boleh tau mana satu yg lebih menjemput kita utk slurpp 😋.
nisbah ais dan santannya mcm x brape orait. santannya sendiri kurang pekat. gula melaka tak berasa sgt.
bila ada biji, isi duriannya adalah sikit. then, ia keras! dia tak melt masuk ke liang-liang santan, cendol dan gula melaka. rasa tak bersatu.
cendol ni memang la feveret saya. prefer cendol daripada abc, ais kepal, ... cendol memang best!!! tu yg boleh la skit-skit komen tentang cendol 😍
utk nilai harga RM10 dgn apa yg kami dpt, sgt tak berbaloi. sib baik cerdik, order semangkuk aje.
cendol biasa yg anak-anak order pun tak kick rasanya 😓😓😓.

ok la. sekian saje entri pasal cendol durian sedap and tak sedap 😎.