assalamualaikum...
salam dihulur di hujung minggu. hari sabtu nan sejuk 😌. hujan rahmat...
plan nak bwk anak2 bertiga ke mydin. top up brg dapur. penuhkan peti ais utk 3-4 hari.
kebetulan, semlm salesperson Isomil Plus ada wasap, harga runtuh RM69 setin uolls 😄.
nak gi beli 2-3 tin stock sementara harga murah hampir RM10 setin dari family store tau.
sabtu kan...
hari ibu-ibu memasak dari pagi hingga lah ke mlm kan...
so santai-santai share resipi jer la ye. resipi simple yg amat. tu saya la tu. tak pandai nak masak yg byk2 sgt bahan.
bahan-bahan :
- bendi - saya guna sepaket beli dari family store, ada la dlm berbelas btg bendi. lumayan!
- cili merah - dlm 7-8 tangkai. saya siap-siap buang biji nyer. tak elok kan. dan kurangkan pedas.
- bwg kecil - saya guna dlm 5-6 biji.
- bwg putih - ni confirm, saya guna 7 ulas.
- udang kering - ni saya ceduk dlm 2 sudu besar.
- garam secukup rasa.
cara-cara nak masak sgt la simple :
- bahan no. 2 hingga no. 5 - kisar sederhana halus.
- then, kita tumis bahan kisar sampai naik bau, cantik warna dia...
- bendi potong serong. masukkan dlm kuali. ratakan.
- perisa lah dgn garam pastu.
siap uolls. anak-anak dara saya memang kena paksa makan semua lauk yg saya masak.
terutama sayur. so now, pe aje sayur, diorang ngap sampai licin.
tak mau la jadik mcm saya ni hah. dah beranak sorang, baru belajar-belajar makan sayur tau.
hi hi hi mak saya dulu bukan jenis ibu kejam mcm saya. nak makan, makan. tak nak, sudah!
tu yg sampai besar panjang tak suka makan sayur... ha ha ha...
memang simple. uolls semua confirm dah tau resepi cenggini. di hujung jari.
saje jer suka-suka taip pepanjang hi hi hi... and matlamat utama nyer, beri uolls idea masak pe ari ni 😋.
have a nice weekend uolls. in shaa Allah to friends blogger, ptg2 skit saya blogwalking ekk. rindu!!!
11 Comments
Adoi. Pagi-pagi dah ada resepi sayuq kesukaan kami nih. Sedap nya
ReplyDeletehi hi kongsi idea simple :)
Deletebest kan bendi? feveret anak2 aida tau.
nampak sedap , kalau CCL tak pandai sangat nak makan bendi ni kalau goreng , kalau direbus baru CCL makan
ReplyDeleteboleh buat ni!bendi pun ada lam peti tu..hehe
ReplyDeleteok tak?
Deletedah try tak?
:)
Sejak kebelakangan ni entah apa sawan, saya suka betul beli bendi Aida. Saya celur je selalunya. Tengok respi Aida ni mcm menarik jugak. Nanti nak try jugaklah. Buh ikan bilis pun ok jugakkan Aida selain udang kering tu....
ReplyDeleteada jugak kadang kalau aida celur aje, Nom
Deletesambal belacan atau budu :) hu hu sodap!
yes. ikan bilis pon ok.
aida ni memang sentiasa available udang kering.
antara benda yg selalu guna.
Salah satu resipi bendi yg selalu di masak dekat rumah ni. Tak pun celur jadikan ulam. Makan dengan sambal belacan. Sedapnya.
ReplyDeleteNampak sedap pula kak. belum pernah cuba lagi haha~
ReplyDeleteThanks for sharing resepi :)
Sedap nampak bendi akak ni...
ReplyDeleteTpi kalau saya buat jdi berlendir teruk pulak.. Terus xlalu makan.. Ada tips tak nak bagi tak berlendir sangat kak?
Mantap !!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.