assalamualaikum...
planning utk mengemas beberapa tempat di rumah and gosok beberapa lai baju...
rumah kecik, brg byk... gitu la jadik nyer. nak kena sentiasa kemas skit skit.
sudah settle memikirkan apa nak prepare utk lunch. perlu buat terjahan ke family store jap lagi.
but, sementara family store lom bukak, on lappy jap. mau tgk pekabo la blog kecik ni.
ha ha ha 😃 matlamat nak selalu update blog dan tiap hari blogwalking, masih lom tercapai.
meskipun sudah tak keje hu hu hu 😅... uolls tau lah, kalau da dok umah, byk perkara nak dibuat.
ditambah plak ada hari-hari yg izzat tak nak ke tadika.
bila dia nampak ibu dia tak pakai baju keje, it is a signal that "ibu tak keje, yahoooo" bagi izzat.
normally isnin lah, memang saya sacrifice kat tadika dia.
bila dia terkebil-kebil minta belas kasihan utk "jgn la anta ijat gi skola", memang hati kita cair tgk drama dia.
maka, bila izzat ada rumah, separuh masa tu kena spend kat dia. mana bleh buat keje!
mandi, suap makan, kencing berak, layan kartun jap few minutes dgn dia. ada kala di ajak nyer kita main sep sep lah, menari-nari lah... tak kurang jugak, bila kita tgh masak, dia amik kerusi and diri sebelah 😅 hadoi lah.
ok dah dah le tu pendahuluan ha ha ha... bila jari-jemari dah mula menaip, memang terus idea dtg mencurah-curah. baru pendahuluan tu uolls hi hi hi...
nak le citer, kelmarin (ahad), separuh hari di padang utk sukan tadika PASTI izzat.
dek krn ni lah punah harapan ibu izzat nak holiday jjcm ke JB uolls.
berkorban demi anak nan seorang... aktiviti tadika lebih penting. pengalaman utk dia kenangan hari depan.
as early as 7.30 pagi dah kuar rumah menghala ke padang yg ditetapkan.
cikgu dah pesan, dtg before 8 pagi. anak-anak dijangka mula perarakan kul 8 pagi.
nak pakaikan aksesori lagi... tau la kan.
masih bad mood... tak nak join kawan-kawan 😒.
dari rumah bersemangat. sampai aje kat parking area, mula la muhammad izzat ni bikin pe'el.
dtg la pe'el tak sporting dia tu. terkepit-kepit lah kat kaki ibu. tak mau letgo.
anak-anak yg lain semua dah beratur, nak bersiap utk perarakan rumah sukan. izzat? hadoi lah...
izzat rumah sukan biru.
tak sporting. amik gambo pun tak nak hu hu hu...
tu dia anak bujang saya, bertopi spiderman biru. jari di dalam mulut hu hu hu...
cikgu kata bwk la topi biru kalau ada. and izzat sorang yg bwk 😅. jadik la... janji bwk as instructed.
anak-anak melambai bila sampai kat depan khemah ibu bapa. maintain masing berpegangan tgn, comel!!!!
izzat hanya menjeling... takpe lah darling, janji awak join perarakan rumah sukan.
aktiviti quite fun and interesting. melihat anak-anak berbaris time perarakan rumah sukan.
it was so cute... then diorang ada nyanyi kan lagu patriotik dan lagu PASTI. berikrar... sgt comel.
settle aje... terus ada senamrobik, ibu bapa join skali. ni sessi warming up lah lebih kurang.
and menghangatkan suasana.
ibu dan ayah yg lebih bersenam dari izzat 😅😅😅
bila da abis senamrobik memanaskan badan, rehat dulu utk sarapan.
tema sarapan adalah potluck. ibubapa bwk makanan dari rumah. tiada makanan yg disediakan pihak PASTI.
it is something good. something new. something practical 👍.
bcoz PASTI adalah tadika yg bukan bisnes basis, semua tahu tu. so semua adalah atas sumbangan ibubapa. like it.
then baru lah mula acara-acara sukaneka, uolls. since acara izzat yg terakhir, kami just dok releks, tgh acara anak-anak yg lain and makan 😄.
izzat dah line up utk acara lari pecut.
izzat wakil lelaki usia 5 thn.
bermula aje larian, ha ha ha 😃 izzat nampak nyer mcm last aje?
yes. izzat lari paling tak laju 😄 tapi nampak muka dia happy, senyum uolls...
yeszaaaa... anak ibu sudah dekat ke garisan penamat. tapi nyer, tempat terakhir la darling.
takpe takpe... kita memang bukan keturunan ahli sukan. ibu faham 😂. berlari dgn senyuman tu yg paling bagus ha ha ha...
time izzat di sini, 2 daripada kawan izzat di lane pertama dan ketiga tersungkur jatuh!
diorang lari laju sgt sampai tersadung kaki hu hu hu alahai...
time snap gambo ni, sempatlah saya toleh ke kanan tgk anak-anak yg jatuh tu.
atas sebab tu....
izzat menang lari pecut tempat kedua 😀
rezeki izzat... tanpa sengaja 😉
best. seronok tgk izzat seronok. at the end, izzat was so happy... alhamdulillah.
dlm kul 11.45 pagi, acara semua nyer tamat. time tu matahari mencanak directly atas kepala! panas!
kami tak lengah, lepas bantu kemas-kemas padang, terus zassss balik.
sempat tapau nasi ayam. tapi sampai rumah semua tak lalu nak makan! penat... pengsan semua 💤 💤 💤 💤 ha ha ha ha...
terpahat lagi satu kenangan zaman sekolah anak-anak.
sanggup tu ibu korbankan holiday 2 hari 1 mlm ke JB semata-mata sukan separuh hari ni tau.
orait la... tu jer mau citer ptg ni.
moga berisi la jugak ruang-ruang kosong di blog ni hah hi hi hi...
bye...
11 Comments
Berkorban untuk anak ada manfaatnya dari segi psikologi anak... tahniah Izzat!
ReplyDeleteyes.
Deletetu la kan pengorbanan ibu :)
yeah, happynya Izzat..
ReplyDeletemenang tak menang, yang penting semangat nak bersukan.
apapun, congrats izzat dapat tempat kedua ...
awal-awal x happy.
Deleteakhir-akhir happy, mrs pip. alhamdulillah :)
pengalaman pertama.
singgah hari selasa
ReplyDeletebz day this week
tq Anum sebab singgah...
Deletehahaha menang ke kalah tak penting yang penting boleh enjoy & create happy moment. Bonding time tu penting kan sis :D
ReplyDeleteyes. sgt btol tu, farhanna.
Deletetu yg aida korban kan holiday :)
bonding di padang sukan skola...
Iolls dah tak de anak kecik lagi Aida hihihi.... dulu dulu dah puas haih melayan depa...
ReplyDeleteTak teringat dah penatnya membesarkan anak anak ni
time ni la kita nak berpenat-penat.
Deletenanti dah tak penat, diorang da besar, Nom, pasti rinduuuuu...
Tahniah Izzat. Samalah kita bukan keturunan ahli sukan. Lama dh tglkan dunia sukan ni kak. Ni kalau suruh berlari mau tak sampai 50 m dah pancit teruk. Hrhe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.