assalamualaikum...
sabtuday 😎. and coti sekolah 1 minggu.
kebetulan, saya pun cuti semester 1 minggu tau. alhamdulillah...
tapi xde plan pon nak bercuti ke mana-mana. kalau ada, mesti kes spontan ajer.
plan nyer nak buat assignment. kakak-kakak pun nak kena study, akhir bulan ni exam akhir tahun.
skang ni uolls perasan tak? hujan dan panas dah tak boleh nak aci dah.
kalau dulu, ada musin hujan nyer... ada musim panas nyer. boleh kita plan plan where to go and what to do.
now cuaca tak menentu. ku sangka panas hingga ke ptg, tapi hujan di tghari...
pendek kata, kalau nak ke mana-mana, gi aje. untung sabut, timbul. dpt ler kita berjalan sesuka hati.
kalau dah terkena hujan, alhamdulillah. hujan rahmat 😌. ada hikmah nyer in shaa Allah.
ok. nak le citer pasal kuih keria viral kat melaka ni hah.
suka la saya nak citer, sebenarnya, kuih keria ni saya da tau lama dulu dah...
sebelum ia nyer viral dan gejala beratur ni terjadi.
teringat satu kali tu, on the way balik dari umah mak ke bkt katil tau. lalu la klebang.
then tetiba masa tu kalau x silap mr.asben nak solat. berhenti la kat masjid kat tepi keria antarabangsa hj. jalil tu.
kami lalu and jeling aje keria yg berlambak kat gerai tu.
masa tu terasa nak membeli, tapi tahap malas nak keluar kereta amat tinggi.
masa tu izzat baby lagi, tido dipangku. after mr.asben abis solat, terus je kami gerak.
bye bye pon tidak kat keria tu 😆😅😅.
hamek ko org sombong, lepas tu, nak membeli tak pernah nyer dpt. malas beratur uolls!
maka, nak la dijadikan cerita, ari tu, 3-4 bulan lepas... baru la saya dpt merasa keria ni.
so, uolls bertabah la ye sebab ni entri throwback lagi... baru teringat nak bercerita kat blog.
pergi dgn opismet. all the way from ayer keroh ke limbongan 😎.
beratur pon beratur lah. kali ni mesti nak beli!
jumaat cuti.
hari lain buka ye uolls from 2 ptg hingga la abis.
saya pergi ke gerai keria hjh. rahmah. tak gi yg hj. jalil, sebelah masjid tu.
sebab dari sumber yg saya boleh percaya, keria hjh. rahmah ni lagi sedap. so, kerana first time, mestilah percaya sumber tu.
kali pertama yg sgt mengecewakan!!! tak sedap!!! rasa tepung aje lebih.
membebel jugak le saya kat opismet, "ini ke keria viral 1Malaysia ni??!!"
keria kat bkt katil pon lagi sedap 😡. opismet pon kata yg sama, tak sedap. kebetulan dia pun first time merasa.
mungkin rezeki saya kot uolls. first time pergi, tak sedap.
tapi tapi tapi... saya ada pergi kali kedua. masa tu balik dari operasi luar, singgah jap beli la 20 ketul.
itu maksima pembelian utk sorang pembeli.
and alhamdulillah, baru la merasa apa yg dikatakan keria antarabangsa viral 1Malaysia.
terasa rangup nyer, keledek nyer... hingga ke ptg masih boleh dimakan sebagaimana baru dibeli. sedap giler. nyaman nyer tekak bila dpt merasa kuih kegemaran yg sedap giler!
di gerai hjh. rahmah juga.
sib baik dekat. kalau org jauh dtg membeli pertama kali. dpt plak tak sedap mcm saya tu.
kesian la kan... mesti diorang kecewa. nak dtg lagi membeli, ntah bila. haruuuuu...
maka, bertabah la ye uolls kalau2 terkena hari keria yg tak sedap 😃.
apapun, saya sgt suka nak promote, kalau dtg melaka, jgn la lupa merasa keria antarabangsa ni.
sedap ke tak sedap ke, cerita belakang la. yg penting da sampai situ and beli kan. in shaa Allah.
and, masa saya pergi tu, sorang pembeli dpt beli maksima RM12 dpt la 20 ketul (60 sen seketul).
tapi ada dari sumber yg saya boleh percaya, kata nyer kalau ramai sgt org, sorang pembeli hanya boleh beli RM6 aje uolls. terjadi! jgn tak tau...
maka, kalau la gitu, prepare la 2-3 org ahli keluarga beratur sekali. dpt la merasa lebih kan.
baru puas dan berbaloi.
ok la. sekian cerita ceriti saya.
isnin ke... selasa ke... in shaa Allah nak ke gerai hj. jalil la plak. merasa lagi beberapa ketul 😄.
bye. have a nice weekend uolls.
25 Comments
Banyak kes macam ni, ada puncanya..kadang tu sbb guna jenis tepung berlainan, pastu kadang bekalan keledek tak cukup .. banyak leh jadi sebab bila ia jadi tak sedap.
ReplyDeleteMacam restoran, awal viral memang sedap masakannya, tapi bila tukang masak berganti, dah rasa lain dah.
agreed with u, HH.
Deletetime tu saya rasa keledek nyer tak cukup.
sgt kecewa. sib baik ler org dedekat aje.
boleh try kali kedua :)
just sgt kesian la pada org2 luar yg beli sekali dgn saya ari tak sedap tu.
Tak pernah rasa lagi yang ori tu..
ReplyDeleteSekarang dah banyak orang buat tak tahu lah rasa sama ke tak.
Anyway salam kenal.
area tempat lain di melaka, ada aje yg selepas tu, buat keria ni.
Deleteand better :)
tak pernah lagi merasa walaupun dah viral. Teringin juga satu hari nanti hehe
ReplyDeleteperlu cuba nanti, Nim.
Deleteorg kata, utk pengalaman ajer :)
Setiap kali lalu mesti ramai yg beratur. Ni nak ke melaka boleh lah cuba nasib sekali lagi.
ReplyDeleteu should try, Ana.
Deleteberatur la jap :) hi hi hi...
rugi kalau lalu tapi tak beli.
Keria kalau lebih keledeknya memang sedap...teringin juga nak mencuba...hihi.
ReplyDeletebtol sgt.
Deletepernah skali adik aida buat, over lebih keledek nyer, PC.
lembik! tapi sedap :) hi hi hi
owh..saya duduk Melaka juga..tapi malas nak beli..tengok orang ramai ja =P
ReplyDeletesama ler kita.
Deletebertahun2 dah viral, baru le 2 kali beli :)
Maaf la sayang....akak and family tak.berapa kena selera dengan keria ni. Dok kat Melaka, tapi tak dapatlah nak verifykan kesedapannya. Maybe selera kami lain kot....
ReplyDeleteitu la kak.
Deletemak saya pon kata gitu. mak saya prefer keria yg asli punyer.
yg ni mak kata dia da ubah sikit dari keria yg asli.
Xpernah makan kuih keria ni
ReplyDeletenanti jalan melaka, beli ye.
Deletewajib la cuba.
good read
ReplyDeletetq
Deletegemuk-gemuk kerianya. kalau ke melaka nanti boleh la cuba
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
yes. gemoks :)
Deletedlm nyer garing.
isi dlm nyer kalau dpt time yg sedap, moist!!!
Mungkin dari segi cara pembuatan .. ada tempat sedap dan ada tempat kurang sedap
ReplyDeleteyes CCL.
Deletedan ada hari sedap.
ada hari tak sedap jugak.
kena trima. tapi tak patut la kan. sebab da viral.
seluruh malaysia mesti nak dtg invest membeli at least 10 ketul.
dpt tak sedap, aduhai...
memang tak pernah rasa lagilah, tapi pernah rasa yang sendiri bikin je hahaha tak pasti rasa sama tak dengan yang viral tu hehehe
ReplyDeleteAA buat sendiri surely jauh lebih sedap :)
Deletemaybe 1st time pergi tu, org lain yang adun kot, tu tak menjadi tu sgt tu...
ReplyDeletehehe ...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.