assalamualaikum.
esok anak-anak da sekolah. 4 hari bwk diorang ke KL.
liat juga ler diorang nak balik pepagi tadi 😃. gitu ler kalu da berkumpul dgn sepupu2, nak berpisah?
memang ler susah hi hi hi...
skit jer la tambahan kpd entri pagi tadi, nak dijadikan hal, semlm ptg kami buat rombongan plak ke ikea cheras.
beramai-ramai naik mrt dari stesen BTHO ke stesen Cochrane.
and very the special, kali ni bukan dah rombongan cik kiah, ia nyer adalah rombongan uwan kiah 😆.
emak ikot kami. da lama jugak le emak tak berjalan. dok rumah aje.
abah tinggal rumah. abah tak fit la nak berjalan jauh naik turun mrt. karang drpd nak berjalan-jalan, terus lajak ke spital plak. hu hu hu kami tak nak amik risiko.
and utk emak, agak selesa la. di ikea ada kemudahan wheelchair. so tak la emak menapak jejauh dlm ikea uolls. tukang tolak pun ramai.
tapi tak byk la gambo yg saya dpt snap semasa dlm ikea. org ramai. kami plak memantau anak-anak yg ramai...
pastu bila masuk ikea uolls, memang ler mata kita jadik mata keranjang, kan 😍. lupa sudah nak wefie.
ni la satu-satu nyer gambo yg sempat... kebetulan anak-anak ni hah elok ajer dok study...
dlm jam 10.15 mlm baru la kami gerak tinggalkan ikea.
slowly berjalan ke arah stesen cochrane.
seberang jalan je. tak jauh mana pun... kalau just nak berjalan-jalan cuci mata, dah boleh dah naik mrt aje.
alang-alang da sampai, saya grab la 3 brg. ikotkan hati, beberapa brg lagi nak grab.
memandangkan izzat last last tu dah start buat pe'el, tak dpt la nak jamu mata lagi.
next time in shaa Allah...
ok la... sekian aje cerita-ceriti pasal weekend kami dgn mrt. excited!
bagi diri saya, biasa-biasa ajer la naik mrt tu. sama aje mcm naik lrt putra, komuter, keretapi tanah melayu....
dari tahun 1996 dulu da merasa dah naik lrt dari campus di gombak tu hah ke KL, ke seremban...
just bila buat rombongan dgn anak-anak dan anak-anak buah, tu yg dtg excited nyer.
nampak simple aje, naik mrt.
tapi utk anak-anak kami yg sentiasa havoc bila berkumpul, it was something extraordinary happy.
bye!
19 Comments
bila la nak sampai ikea jgk ni..:)
ReplyDeletejom la cik nor.
Deletegi naik mrt.
tak pening2 nak parking.
tapi x boleh ler beli brg byk kalu naik mrt hi hi hi...
Wow, bestnya beramai-ramaiii~
ReplyDeleteSpend time macam nih pun okay.
Nona tak sabar nak tunggu IKEA Johor bukakk..hehe
Lama dah tengok orang gi IKEA...jealousss lakkkk~
kata nyer paling besar kan kat johor tu.
Deleteuntung la nona & johorian.
Betul tu, naik LRT ke, komuter ke, MRT ke dengan anak-anak memang luarbiasa walhal kalau kita naik sendiri, takda apa pun yang istimewa.
ReplyDeleteIKEA ni kan memang kalau hujung minggu aje punyalah crowded. Memandangkan saya dekat aje nak ke IKEA, memang tak tuju sini masa hujung minggu. Bagilah peluang kat orang jauh datang sini ^_^
situasi kita sama, MD.
Deleteaida kalu weekend, akan keluar melaka.
melaka plak yg penuh :) ha ha ha ha
bagi peluang org luar, kan...
yes. biasa aje naik mrt tu. just excited dek krn anak-anak.
Sudah lama tidak memborong di IKEA ini. Kalau setiap kali ke sana akan rambang mata. :)
ReplyDeletememang btol tu.
Deletesyooorrrga dekorasi ler katakan...
Wahhh...ikea mmg berhantu.x sah x shopping
ReplyDeletehantu dia hantu besar, nabila :)
Deletelepas ni kerap la sampai ikea, mrt dh ada... hehe
ReplyDeletetu la pasal.
Deleteda plan dlm otak dah ni, kalu bosan, nak gi sensorang in shaa Allah.
boleh belek belek dgn aman dan damai.
wahhh syok shopping kat ikea..
ReplyDeleteshopping mata aje, ekin.
Deleteijat bikin hal aje dlm tu. tak sempat shopping bebetul.
besnya, dulu kje kl hari2 lalu, xrasa nak pegi pun..
ReplyDeletedah tukar kerja ke penang baru rasa rugi sgt tak ke ikea..huhu..
takpe cik tim.
Deletenanti boleh aje dtg KL bercuti jjcm.
seronok pergi ikea. Anak anak pun seronok rasa pengalaman baru kan.
ReplyDeletediorang terlebih-lebih seronok, fiza.
Deleteover!!!
tak pernah sampai lagi ikea cheras tum nrt pun tak naik lagi heheh
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.