assalamualaikum frens.
tq for landing here now. sudi klik and baca borak-borak kampung saya ni hah.
nak share kata-kata indah di bawah ni.
member share di fb. sungguh menangkap dan sgt suka share di blog kecik ni.
ada image nyer tapi tak dpt saya nak upload. internet sgt sejemput mlm ni 😏
maka, saya taip la ye.

A Real Mom : Emotional, yet the rock.Tired, but keeps going.Worried, but full of hope.Impatient, yet patient.Overwhelmed, but never quits.Amazing, even though doubted.Wonderful, even in the chaos.Life changer, every single day...(Real Martin FindingJoy.net)

nice kan? ia mcm complete kan? ada tak mcm diri kita? in shaa Allah...
apa yg saya nak kata, itu la emak saya. mak kita semua. sebab kita jadi apa yg kita jadi sekarang ni.

saya tak boleh kata bhw semua di atas mewakili diri saya yg gemok genit ni. saya tak sempurna 😔.
harap nyer dpt la jadi sebegitu. semua sekali. one shot. seimbang di antaranya.
Real Mom di dalam zaman sekarang sedikit mencabar kerana... yg seperti berikut :
  • maklumat di hujung jari, tak dpt nak pantau apa yg patut dan apa yg tak patut anak ketahui. kat rumah dia tak tahu, kat sekolah dimaklumkan oleh kawan. dah le saya ni ada 2 anak dara. korang pepaham jer lah betapa tinggi nyer tahap 'berjaga-jaga' saya ni. dok risau apa la yg ada dlm fikiran diorang. adakah maklumat yg betol, salah, sederhana salah? hu hu hu...
  • bekerja, dlm masa yg sama nak jadi as perfect as stay-at-home-mom (faktor ekonomi keluarga) yg dpt tgk anak hampir 24 jam. skang ni saya agak happy la. lebih masa utk keluarga buat sementara. diselang-seli dgn assignment yg baru nak bermula kesibukannya. bekerja kerana keperluan, bukan kehendak! tidak boleh tidak. tak dpt sepenuhnya bagi masa kpd anak, curi-curi masa sendiri... ada juga moment indah yg saya terlepas dlm pada mengejar semuanya 😢...
  • teknologi, tak boleh nak sekat kerana nanti anak tu akan jadi kebelakang di antara kawan-kawan. ditakuti efek pergaulan dan tahap pengetahuan  anak. anak-anak saya takde fb. wasap anak-anak saya, dikawal rapi. grup wasap mana yg saya rasa tak perlu, saya left kan aje. setiap wasap mesej, saya baca. alkisah baru-baru ni, saya inform nurin, "nanti ibu belikan nurin buku autograph ye." nurin bertanya, "buku apa tu?" jawab saya dgn detail, "iye la. nurin kan da final year skola rendah, amik la details kawan-kawan, no telefon. mudah la nanti korang berhubung." and jawapan nurin buat saya rasa bengong sekali, "tak payah kot ibu, diorang semua ada instagram. diorang semua ada maklumat kat situ. so ibu buatkan la nurin akaun instagram je..." ha ha ha ha ibu dah terkena!!! kolot la ibu nurin ni kan 😆. memang ler kolot, ibu sendiri takde instagram kak oii...

tapi!
bagi kita mak-mak ni hah, dgn adanya maklumat di hujung jari, kita dpt byk maklumat utk merealisasikan kita = Real Mom.
one of those = blogging. tak perlu fakta dan ilmu yg sgt tinggi. tak perlu sijil berlapis-lapis.
pengalaman. kehidupan seharian. tu la cikgu paling berharga.
dan apa yg boleh kata akhir sekali, a Real Mom bukan hanya perempuan bergelar 'ibu'
setiap perempuan adalah Real Mom. anak didik. anak buah. anak sahabat... 
sesungguhnya, kalau la bebetul kita semua tangkap kata-kata di atas, sempurna la generasi akan dtg in shaa Allah 😌.