assalamualaikum...
ptg jumaat gini, saya nak share pe yg saya masak minggu lepas hi hi hi...
throwback ekk hari apa pun da tak ingat uolls.
yg penting, gambo ni semua dah upload awal-awal. save as draft.
ni hah ada time skit, before nak merempit ke kelas, kasik update.
mee bandung muar kaki ayam...
rare tak ? 😃 ha ha ha...
boring uolls hari-hari makan nasi.
nak kena fikir lauk pe nak di match kan dgn nasi putih tu kan, OMG. parah otak mikir kan nyer.
so one day berjalan-jalan ke hulu ke hilir di family store sensorang, ternampak la perencah mee bandung adami ni hah...
terus zasss tercetus idea... yeszaaaaa...
beli ler perencah ni 2 paket. amik la mee kuning sepaket dan kuew teow sepaket.
boleh tukar-tukar selera dgn 2 jenis mee kan.
amik sawi... then gi le tempat brg basah. apa ekk rencah kuah ni?
seafood? tgk sotong, alahai.... tak fresh. tgk udang, ok... tapi mcm tak nak plak. takde sotong, partner nyer, tak best la plak.
😳😳😳 ternampak plak kaki ayam! kaki ayam? 😍😍😍
ikot ajer la resepi belakang ni uolls. tak susah pon.
kita test dulu perencah ni best ke tak. sampai tak ke muar rasa nyer kan...
pe lagi uolls. kuar la piuk pressure ni. mau kasik kaki ayam tu masak bebetul.
lerai aje isi dari jari-jemari kaki ayam itu.
tapi tu la, nak jugak beli perencah mee bandung dari muar jugak.
perencah adami ni kurang mari la rasa nyer 😒😒😒. sekadar boleh ilang kan rindu jer la.
mau yg sedap, tak dpt lah.
okeh, sementara da masuk bab kaki ayam ni, nak share ler khasiat kaki ayam ni.
saya simplify kan info nyer yg telah diceduk dari Mingguan Wanita.
MILIKI KOLAGEN YANG TINGGI. utk perempuan penting oii ni sebab ia akan beri kita kulit yg cantik, anjal dan sihat. sel-sel kulit mati dgn cepat digantikan dgn sel-sel kulit baru 👍.
KURANGKAN RISIKO TULANG RAPUH ataupun dlm bahasa yg senang faham, cegah osteoporosis = penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. dikatakan, nutrisi dlm kaki ayam ni ialah protein dan kalsium dan ni penting dlm menjana semua saraf, otot dan tulang manusia.
SIHATKAN SALURAN PENCERNAAN. ni paling bagus. usus akan jadi lembut dan proses pencernaan lancar. bila lancar, badan kita sihat, kan 😃.
ada lagi kebaikan, tapi saya highlight 3 ni aje la. yg senang faham. yg senang hadam dek fikiran.
ada ramai yg tak makan kaki ayam, kan? contoh terdekat, abah saya.
kuah tu kalau-kalau la ada kaki ayam, memang abah takkan makan dah...
kami anak-anak ni dah merantau dari lepas SPM, da bercampur dgn kawan-kawan dari merata negara.
so da makan mcm-mcm. semua kami ngap.
and alhamdulillah, my mr.asben dan anak-anak suka giler dgn masakan kaki ayam 😍.
p/s : tapi tak boleh lawan la kesedapan sup kaki ayam. the best.
👋👋
ada ramai yg tak makan kaki ayam, kan? contoh terdekat, abah saya.
kuah tu kalau-kalau la ada kaki ayam, memang abah takkan makan dah...
kami anak-anak ni dah merantau dari lepas SPM, da bercampur dgn kawan-kawan dari merata negara.
so da makan mcm-mcm. semua kami ngap.
and alhamdulillah, my mr.asben dan anak-anak suka giler dgn masakan kaki ayam 😍.
p/s : tapi tak boleh lawan la kesedapan sup kaki ayam. the best.
👋👋
17 Comments
bestnya nk cuba la
ReplyDeleterajinnyer buat mee bandung., wak pon sukak mee bandung., hehe2
ReplyDeleteguna perencah readymade.
Deletetakde makna nyer rajin, wak :) ha ha ha
sha suka mee bandung tapi taksuka kaki ayam ahaha
ReplyDeleteyes. ada org tak suka.
Deleteabah aida salah sorang nyer, sha :)
Mudah sangat bila dah ada rempah segera macam nie kan aida..
ReplyDeleteyes, sha.
Deletememudahkan bila2 kita teringin :)
Fuhhhh kaki ayam feveret kita ni sis! Kena pulak ngan kuah macam mee bandung ni ...mau menghirup sampai habis hehe.
ReplyDeletehi hi yes.
Deleteanak2 aida memang sampai licin la kaki ayam tu dgn kuah nyer.
rasa best si tukang masak ni.
Mee bandung kaki ayam saya tak pernah cuba lagi... selalu ada telur je..
ReplyDeletekebiasaan nyer rencah seafood or isi ayam, azlan.
Deletekalau lebih simple, yes, telur aje.
ni sebab buat utk isi rumah kan... kaki ayam ler :)
Uhh ada perencah memang senang sangatlah nak buat. Tapi kena tgk jenama pernecah juga, ada yang tak berapa nak sedap. :)
ReplyDeletesgt la btol, HH.
Deletepernah beli perencah direct from muar.
aduhai. sedap nyer memang mcm original.
tapi tu la. now yg supply tu dah tak supply.
Siqah baru tahu pasal khasiat kaki ayam. Suka makan sup kaki ayam tapi tak minat sangat makan kaki ayam. Comot rasa tiap kali makan. Hehe 😅
ReplyDeletehi hi hi hi....
Deletedlm umah, sesama kita jer, siqah.
kalu kat luar, aida pon tak brape makan.
jaga standard la kot ha ha ha ha.... tak nak comot jugak.
Sup makan sup kaki ayam
ReplyDeletebanyak kebaikan khasiat kaki ayam ni kan, tapi saya tak makan kaki ayam
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.