assalamualaikum...
pepagi ni marathon :
- 45 minit - menggosok baju sebanyak yg boleh dlm tempoh masa tu. baju mr.asben & anak-anak ✔
- setengah jam - lipat baju sebakul ajer ye ✔. sidai semlm. alhamdulillah, now dpt lipat baju tanpa tunggu 3-4 bakul ha ha ha ha...
- setengah jam - aerobik depan tv ✔. tak terus menerus ye 10 minit rehat. 10 minit rehat... dah ler tu. baki nyer lepak kat sofa num air. penat weh!!!
- kuar kan dari freezer brg utk dimasak jap lagi ✔
- pastu, blogwalking ✔. pagi ni kan pagi blogwalking saya. capai la 2 jam uolls. letih jari-jemari ku...
now, before off laptop. kasik update satu entri mak-mak dulu yer.
frankly speaking, semlm tghari first time saya buat spaghetti carbonara tau.
setelah beberapa kali diminta oleh syuhada. saya ni tak brape minat spaghetti carbonara. tak pedas! milky! so tak brape dgn tekak saya.
tapi.... demi mu anak-anak ku, ibu realisasikan...
kebetulan aje, bahan-bahan semua ada :
- 1 tin sos cendawan carbonara prego
- lebih kurang 500ml susu segar dutch lady
- 1 tin cendawan butang
- 1 paket sosej daging ramly
- 1 bwg holland
- 5-6 ulas bwg putih
bermula la sessi memasak. dikeluarkan lah pressure cooker ku tersayang.
memang nak try an error masak guna pressure cooker. if tak jadik, lenkali kita guna piuk biasa ajer.
- tumis dulu bwg holland (potong dadu) dan bwg putih (hiris)
- then masukkan cendawan butang (hiris sederhana) dan sosej daging (hiris sederhana)
- agak-agak ler ye uolls. tahap masak nyer. guna pressure cooker ni cepat skit masak.
- then, terus masukkan sos cendawan carbonara prego dan susu segar. kacau sebati. korang tgk la tahap kepekatan yg korang nak yer. if pekat, tambahla susu. nak tambah air pon boleh.
- then saya terus ajer masukkan spaghetti (tgk gambo kat bwh tu ekk). tenggelamkan dia bebaik dlm sos carbonara tu.
- saya set pressure selama 8 minit je. utk lembutkan spaghetti.
taraaaaaa... siap utk anak-anak makan balik sekolah.
kalau korang tak nak masukkan spaghetti terus dlm kuah pon lagi ok.
sebab maybe nak makan lewat lagi kan. if campur spaghetti dlm kuah, lambat makan, kuah ilang!!! serap dek spaghetti 😅.
saya masak semlm, anak-anak terus ngap. so just nice la.
abis semangkuk dua beradik tu. saya rasa skit jer. ok ok la... sedap.
cuma, memang bukan minat saya hi hi hi...
ok tu jer nak share... moga beri inspirasi 😍.
21 Comments
terliur tgk gmbr makanan skrg ni..hehehe
ReplyDeletesama la akak, nieyl.
Deleteblogwalking and nampak gambo makanan. fuiyoh menggoda...
Sedap ni..PC suka jenis-jenis spageti ni..tapi dalam keluarga kurang sambutan..huhuhu..maka kalah la..kalau betul-betul teringin makan di luar sahaja..
ReplyDeleteoh gitu.
Deletesib baik la famili aida, termasuk la emak abah aida, suka spageti.
and any western food.
sedapnya
ReplyDeletesenang sgt bila ada pressure cooker... spaghetti pun cpt siap
ReplyDeletesgt la btol :)
DeleteOk macam menarik jugak . Masak sos dulu lepas tu letak spaghetti dalam sos .. CCL selalu rebus baru prepare sos dia .
ReplyDeleteboleh jugak.
Deletekalau nak makan lambat, kena asingkan CCL :)
nyum !! lama tak buat spaghetti carbonara.. hee~ terliur dah ni..
ReplyDeletesenangnya ada presuree semua jadi masak..
ReplyDeleteAS suka fetucinie lagi kalau kuah carbonara ni..tapi yang aida buat ni, nampak best! Boleh try lah pasni guna spagheti pulak.
ReplyDelete~Done follow blog Aida..followers ke 1000 ^_^ ada hadiah followers bertuah tak utk yang ke 1000 hahaha
tq annur. how lucky u r my darling 1000 :)
Deletesedapnya, cik timm xada pressure cooker, mmg masak kuah asing, spagetti celur asing..hehe..
ReplyDeletecik Timm pun kurang sikit dgn carbonara..
suka yg bolognese pedas2..yum3..
dulu kala aida pakai aje piuk ajaib, cik timm.
Deleteada dah pressure cooker ni, mahal, guna jer la :)
Bestla ada pressure cooker boleh masak dengan cepat dan mudah
ReplyDeletebtol fiza.
Deletesgt memudahkan :)
best nya ad pressure cooker boleh msk mcm2. biasa pun lela buat mcam ni. sebab kalau asingkan kuah, ada la nanti tak ckup kuah nak makan
ReplyDeleteAnak-anak saya suka makan spageti, selalu wife akan masakkan guna dua jenis sos, bukan brand Prego .. :P ... masak guna pemanggang ajaib tu untuk sos. Anak-anak memang tak jemu makan, cuma saya je tak boleh nak telan .. haha
ReplyDeletesaya kalau bab spagetti memang suka. tapi kan saya tak pandailah nak gunakan oressure cooker tu, ada kat rumah ni ha tapi tak reti2 nak guna...i is sereemmm hahahah
ReplyDeleteSedapnyaaaa...tapi takde pressure cooker la...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.