assalamualaikum 😎
entri penghabisan bagi journey saya & family ke JDT cuti sekolah yg baru lepas.
hanya 2 hari 1 malam, namun terasa sgt seronok. bebetul berjalan relax kan minda.
lepas dah kekenyangan di restoran kari kambing 40 hari, kami exercise di banda ayer hitam.
korang mesti tahu la bandar ayer hitam ni memang glamour di bibir-bibir mak-mak kita dulu-dulu.
kalau nak membeli brg utk kenduri kahwin, bandar ayer hitam ni salah satu tempat tumpuan.
terbaik.
memang sgt menarik bandar ayer hitam ni. korang wajib singgah menjamu mata.
terlalu byk souvenir yg boleh kita beli jadikan buah tangan utk keluarga.
memang rambang mata!
tabung kaca pelbagai bentuk ni memang la memikat hati saya.
tapi tu la, tak beli satu pun. nanti la, ada rezeki nak dtg lagi nanti utk beli 1-2 jadikan kenangan.
teringat dulu, rumah emak memang ada beberapa biji tabung kaca ni berbentuk labu.
kepunyaan kakak-kakak saya rasanya, tak ingat pula 😅.
fridge magnet & keychain
sedia maklum la, saya ni ada byk koleksi fridge magnet. and saya sgt bertuah pijak masuk ke kedai ni.
sgt lupa nak snap gambo kedai ni dari luar. menjual fridge magnet dgn harga yg murah! 5 keping fridge magnet RM15.
kenapa saya kata murah? selepas keluar dari kedai ni, saya terjumpa beberapa lagi kedai yg menjual fridge magnet.
sekeping dijual dengan harga RM13.90. tapi dikatakan jika nak beli, dijual pada harga RM10 😒😒😒.
💚 💚 💚
tangkapan utama di ayer hitam...
tangkapan sampingan 😍
tak puas berjalan di bandar ayer hitam tau. tetiba hujan gerimis plak di kala panas terik teramat tu.
berlari-lari anak la kami 5 beranak 😅.
at first nak ke kilang claytan. tak dpt la... next time in shaa Allah.
kita gerak balik Melaka la ye anak-anak...
seronoknya la korang. puas hati berjalan. ni hah pun tgh ligat fikir plan cuti sekolah akhir tahun nanti.
hmmmm... ok la. sampai sini je corat-coret saya ari ni. bye korang...

13 Comments
wahhh!tangkapan sampingan tu menarik lah...nampak classic, selalu tengok yang kaler putih kerawang2 english cottage tu je.
ReplyDeleteayer hitam memang seronok jalan2, kalau CR ke kluang pasti singgah sini.
ReplyDeleteTempat WP ni.
ReplyDeleteKalau nyopping kat sini kena pandai memilih dan tawar menawar.
kalau orang suka hias rumah cantik-cantik memang suka tempat ni
ReplyDeletehehe..biasala tu.. sbb biasa diorang target singaporean juga singgah beli. mmg la letak harga macam-macam
ReplyDeleteJemput baca artikel terbaru saya by Zaleha Awaluddin
Kalau ke sini memang rambang mata!
ReplyDeleteAida apa khabar? Maaf lama tak berkunjung ke mari.
Lama tak menghala ke JB. Kalau ada pun mmg tak menyinggah ke sini. Buntu nak cari apa. Kat rumah pun rasa mcm dah semak dgn barang barang Aida
ReplyDeletekt johor pun ada nma tempat air itam ingat kt penang saja. mak dh lama cari tikar dlm gmbar ni aida. susah betul nk dpt kt sini
ReplyDeleteTabung kaca mengamit memori lama :)
ReplyDeletetak pernah sampai sini lagi, menarik tempatnya.
ReplyDeletecomel FM yang ada owl tu
Menarik.. Bebraloi-baloi harganya..
ReplyDeletecantik dan byak brg2 menarik
ReplyDeletecikyan penah pegi dulu skali kat sini.. mse anta abg kawin kat sne..wife dia org johor...suka tgk brg kat sini...byk pilihan..rambang mata betul..huhuhu..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.