assalamualaikum 💓
salam sejahtera...
selasa nan indah. and ari ni saya stay home saje.
santai-santai. kemas-kemas. masak-masak 😄.
hmmmm what a great life. alhamdulillah... menikmati baki 2 minggu cuti semester.
pagi-pagi ni saya nak share sesuatu yang bermanfaat. in shaa Allah. korang boleh cuba.
saya dpt ni pun hasil sharing from blogger Ayuni Rafilah. tq so much.
tu yang pepagi ni dah pun install apps Truecaller ni.
antara fungsi apps ni :
Powerful Dialer: - The world’s best Caller ID will identify any unknown caller- Block spam and telemarketing calls - See names of unknown numbers in the call history- Flash messaging - Share location, emoji & status in a flash to your friends - Know when your friends are free to talk- Backup call history, contacts and settings to Google Drive
Smart SMS app: - Automatically identify every unknown SMS - Automatically block spam and telemarketing SMS - Block by name and number series
Truecaller has full dual SIM support! Truecaller will not upload your phonebook to make it public or searchable.
pada saya, zaman IT yang semakin mencabar ni, phone kita wajib ada satu apps sebegini.
saya sendiri, setiap hari, akan terima tak kurang 5 calls daripada unknown and weird numbers!
saya memang tak jawab calls. sebab saya tahu saya akan kena bercakap dgn telemarketeers!!!
sgt tak suka... promote itu. promote ini. and susah plak kita nak stop kan conversations dgn telemarketeers ni 😬. most of the time tried to be polite la dgn mereka.
but seriously, mereka ni boleh menaikkan kemarahan kita and politeness kita tu bakal hilang begitu sahaja.
satu contoh, mcm satu status di fb saya 👇👇👇
saya merasa sungguh simpati dgn Puan dlm kisah benar tu. bukan salah dia kerana percaya!
di dalam keadaan ketakutan dan kelam-kabut, sesiapapun boleh terpedaya.
kebetulan, scammer menggunakan perkataan seperti 'kastam', 'gst', 'siasatan', 'polis', 'bukit aman'...
semua tu memang membuatkan sesiapa sahaja dalam keadaan tiba-tiba menjadi speechless 😓😓😓.
boleh plak tu dengan satu panggilan, dari pegawai kastam terus connect dengan inspektor polis.
zasss terus connect plak dgn bukit aman. ada plak kedengaran bunyi walkie talkie sebagai background... tu adalah nak menampakkan real la.
sekali lagi, memang tak logik akal, kan? jabatan kerajaan kita belum lagi semaju tu nak connect sekejap-sekejap. kita nak call jabatan kerajaan pun, Ya Allah, susah betul, kan?
pengakuan melalui telefon? tidak tidak tidak...
ketahuilah bahawa semua tu sulit. masa kan boleh dicakap-cakap melalui telefon kan.
tapi tu la. bila da ketakutan, semuanya menjadik seakan-akan benar. ada yg kata dipukau. ntahlah...
semuanya mungkin...
surat hantar melalui wasap 😠😠😠 impossible!
surat pun langsung tak ikut format surat rasmi yg anak-anak belajar di sekolah!
nombor 1 : kepala surat beralamat di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.
nombor 2 : cop pula adalah Mahkamah Majistret, Kedah Darul Aman!!!
nombor 3 : font tunggang-langgang!!! sehingga keseluruhan surat font nyer ntah hape-hape.
nombor 4 : tajuk... tgk lah tu. siap-siap bersambung dgn isi kandungan.
nombor 5 : kalau dah Puan Dora sign, nama Puan Sabariah tu utk apa? saksi?
nombor 6 : sesuka hati Pendaftar Mahkamah suruh rahsiakan dan elak polis menjalankan tugas? tapi suruh plak serah aset kpd Audit Negara? aset? audit? kaitannya? hmmmm...
saya explain secara detail 👆👆 bukannya nak tunjuk ajar scammer. tapi utk war-warkan kepada semua angle apa yang kita kena tgk bagi membuktikan sesuatu tu real atau tidak.
tak kisah la dpt surat dari wasap ke, secara poslaju ke, secara serahan tangan ke...
maklumlah, zaman sekarang juga ada yg menyamar jadi pegawai kerajaan dan dtg dari rumah ke rumah, kan? kalau-kalau la diorang tunjuk sesuatu yang bertulis, perhatikanlah angle tertentu itu.
penemuan pertama saya yang buat saya kagum dengan apps Truecaller ialah dia boleh identify number dlm list calls kita.
numbers di atas saya call tanpa save those numbers dlm contact list.
apps Truecaller identify number PPD bukit baru dgn betul.
yg Us Nasaruddin tu adalah pegawai di PPD bukit baru yg saya jumpa pada 2.1.2018 yg lepas.
means, masih betul kerana kebetulan saya jumpa pegawai yg dinamakan oleh apps Truecaller 😊👍.
same here... number atas sekali tu Balbir Tuition Centre.
yes, saya call juga tapi tak save numbers. identified correctly.
again, identified correctly number Restoran Ikan Bakar Parameswara yang saya dial sabtu lepas.
other than that is semuanya unknown numbers yg call saya for the past few weeks.
'spam reports' tu bagi hint pada kita utk tidak jwb calls lah kan. agak membantu.
hi hi hi shopping lazada 👆👆👆 courier person 😃
dari penemuan pertama saya ni, mcm ok lah apps ni. reliable... membantu. i feel good 😍.
in shaa Allah, saya akan update lepas gunakan apps ni utk beberapa tempoh masa.
ok ke. byk songel ke.
because baca review before install apps Truecaller ni ada juga review negatif. we'll see how it goes.
tak cuba, tak tahu... kan?
orait. sampai dah ke noktah terakhir dari saya utk mengakhiri celoteh pagi selasa, 👋bye.
20 Comments
Sha pun pakai apps ni.. memang membantu.. Senang nak tepis panggilan yang tak perlu..
ReplyDeletesejak saya kena dgn scammer.. saya dah install truecaller dan tak jwb apa2 panggilan sebarangan. Truecaller ni memang bnyk membantu.
ReplyDeletenak jugaklah install apps ni..membantu sangat.sebab sekarang ni ramai yang tidak boleh dipercayai
ReplyDeletedh install juga
ReplyDeleteBagus app tu, sekarang memang patut kita gunakan
ReplyDeleteAkak guna aplikasi ini. Senang. Tak perlu angkat panggilan jika tidak berkenaan
ReplyDeleteYes! Memang scary zaman sekarang ni dengan segala panggilan yg entah dari mana.
ReplyDeleteTali yang peliknya mcmana mereka siap tahu nama dan ic kita. Scary!
Tapi bila ada apps ni memang bagus la
Bagusnya app ni.. mmg sgt membantu sbb skrng ni mmg mcm2 scammer masuk dgn pelbagai tawaran. Ada yg tak masuk akal pun huh. Thanks sharing info ni :)
ReplyDeleteSA nak donlod la apps ni senang..malas nak jawab panggilan dari telemarketing bank2.?sesekali ok la kan..kalau dh selalu rasa weird sgt2...thanks aida sharing ttg ni
ReplyDeletePergh banyak juga no yang tak dikenali masuk, kalau saya pun kalau no pelik - pelik saya tak akan layan
ReplyDeleteBagus apps ni. Boleh tahu caller, at least boleh tapi panggilan masuk
ReplyDeletebaguslah ada apps ni. nowadays banyak sangat caller" fake kerja nak scam orang je kan. selamat juga kalau ada apps ni
ReplyDeleteinfo berguna. Boleh share dekat officemate sy ni sbb dia selalu jugak dapat sms dan call dari scammer.
ReplyDeletememang benar. Saat ini kejahatan teknologi sudah berkembang. kita harus lebih hati-hati lagi.
ReplyDeleteBagus jugakan utk elak panggilan2 terutama far scammers yang menjengkelkan
ReplyDeleteBagusnya ada apps ni. takde la senang-senang kena tipu kan.
ReplyDeleteWow, it's a very great app considering there are so many scammers around nowadays.
ReplyDeleteThis app is very useful, we must be extra careful nowadays many scammers! I always get weird messages then kena report spam on whatsapp but now they send via sms pulak.
ReplyDeleteOh yes! i got this app also. It helps me to avoid all those prank and scam calls.
ReplyDeleteSiyes la kak aida..adehh kene ade jugak apps mcm ni kt fon ayu..
ReplyDeleteramai sgt kol pelik2.. ade plak ritu mngaku yang dr kastam gst
terus ayu letak tepon..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.