assalamualaikum 💗
sememangnya 4-5 hari kebelakangan ni, selatan malaysia memang sejuk. suhu dikatakan sekitar 22 darjah celcius ekk? Allahu Akbar...
hujan tanpa henti. renyai-renyai aje pun, tak lebat... bumi basah all the time. matahari segan-segan nak kuar. beri peluang kpd sang awan meliputi kawasan sekejap hi hi hi...
baju pun aduhai 😃 sejuk ke lembab ke, takde beza dah. lewat mlm tadi ajak mr.asben gi dry kat dobi. 2 bakul selamat di dry kan.
alhamdulillah... sejuk gini ada hikmahnya. panas nanti pun ada hikmahnya.
saya ajar diri sendiri utk tak komplen. bila terasa nak merungut aje, terus muhasabah diri hi hi hi 😅. kena jaga kesihatan la kan time cuaca tak menentu gini.
izzat pun start dah selesema. pepagi ni bangun, badan nyer dedo sikit. aduhai...
my strong boy tak biasa kot hidup dalam musim winter 😉.
post kedua untuk 2018 ni, saya nak cerita pasal anak-anak. meskipun byk kisah throwback lain, anak-anak adalah lambang blog ni terus bernyawa. maka, kisah diorang la saya tempek dulu.
selepas 4 thn. alhamdulillah... sihat, cerdik, ceria dan bahagia.
kalau friends yg connect dgn saya di fb, surely tau la gambo 👆.
anak-anak dara saya thn ni telah berpisah tahap - sekolah rendah & sekolah menengah.
time snap gambo 👆kak nurin ke sekolah harian di hari kedua tapi terakhir.
dimurahkan rezeki kak nurin, rayuan ke smka berasrama di melaka, diluluskan sehari sebelum tu.
kalau diikutkan, pagi 3.1.2018 tu saya nak terus daftarkan dia ke smka, tapi kak nurin nak say goodbye kat bff nyer. sian la plak kan...
ok la kakak. bye bye la sepuasnya. berkawan sejak darjah 1, surely sedih ekk dia nak berpisah.
saya snap gambo 👆 dgn hati yg sedih. si ibu hati tisu last week 😃. knowing the fact that itulah kali terakhir diorang saya hantar ke sekolah bersama, berdua, untuk tahun ni.
yes korang. kak nurin gagal dpt penempatan ke smka negeri melaka.
cek keputusan rayuan pada 29.12.2017, nurin gagal.
sgt saya hairan kenapa kak nurin gagal dpt tempat? keputusan UPSR & UPKK, pada saya jauh memenuhi kriteria yg dikehendaki. but, deep inside me, takde rasa terkilan sebab ini faktor rezeki. lagipun kak nurin dah pun dpt tempat under program Rancangan Khas di satu sekolah harian di melaka.
tapi, bila saya maklumkan dia, rayuan gagal, dia yg sedih... dia yg sgt nak gi ke smka tersebut.
peranan ibu ni kekadang di antara susah atau senang tau korang.itulah yang jadinya saya naik ke jabatan pendidikan melaka pepagi 2.1.2018, merayu utk kak nurin ditempatkan di smka pilihan hatinya.
kita suka, dia tak suka. kita tak suka, dia suka. aduhai...
kalau da rezeki, takkan ke mana. rayuan saya diluluskan on the spot oleh pegawai.
ptg tu jugak, amik kak nurin da sekolah harian, tunjukkat surat 👆, dia tersenyum simpul.
bercahaya muka dia meskipun dlm kepenatan baru balik sekolah di hari pertama tahun 2018.
maka dgn rasminya, 7.1.2018, ptg nyer lebih kurang jam 6, saya melepaskan anak sulung saya di smka berasrama itu. kami berpisah tanpa linangan air mata.
saya happy utk dia kerana dia nampak happy. tapi, dlm hati saya ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
tak lupa utk wefie dgn anak tersayang sebelum berpisah utk 5 malam...
status fb saya mlm tu. menaip status ni menyebabkan hidung saya tersumbat!!! korang tau la pe maksud nyer kan...
"aduhai, Allah je Maha Tahu hati bu ni kakak oii!
tapi atas pilihan kakak, ibu izinkan kakak pergi dgn hati yg gembira..."
jangan tak tahu, syuhada pun menangis dlm kereta lepas kami tinggalkan kakak di smka ptg tu. melihat syuhada menangis, benteng air mata ibu terus roboh!!!
dan ptg ni nanti, sekali lagi saya akan berpisah dgn kak nurin utk tempoh 5 mlm lagi.
kali ni mungkin saya hantar dia dgn hati yg resah gelisah...
seminggu kak nurin dok asrama, seminggu itulah dia berasa lebih selesa kalau 'aku dok rumah'. tu nanti saya kongsi next next entry la. tu pun kalau kuat hati ni nak kongsi 😣.
hmmm ya Allah. kuat kan la hati kami. aminnn...
2 Comments
sedihnya baca..mak sanggup berkorban demi anak walaupun mak x berapa setuju anak duduk asrama tp yang penting anak gembira
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segalanya
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.