assalamualaikum.... salam sejahtera semua 😍
alhamdulillah. malaysia masih aman hi hi hi.... bangun pagi ni dlm keadaan yang sihat pagi ni. famili semua masih ok.
Izzat yg tak sihat sikit. tonsilnya bengkak = demam panas. dah pun ke klinik kelmarin amik antibiotic. bangun pagi ni, hari ketiga demam, ada skit lagi batuk selsemanya. maka, stay at home ajer la ye. karang ke tadika, bertebaran plak virus batuk selsema awak tu nak oii...
"moga cepat sihat ye my dear Izzat". agak lama dah tak bengkak tonsil ni...
sebab last week kat malaysia 'winter'. tak biasa kami-kami ni 😂 hi hi hi... itu yg jadik tak sihat.
throwback kisah mlm tahun baru. sesuatu yg indah, wajib share kat blog.
abg ipar sulung belanja kami sekeluarga makan mlm.
kami berkumpul, dengan emak abah di Hotel Bangi-Putrajaya.
tiada apa yg nak diceritakan dengan perkataan. just nak tempek gambar utk kenangan...
kami tiba agak lewat petang. dari melaka... highway tu seperti biasa la, jem sesaje!
nampak tu korang??? awan berkepul-kepul penuhkan ruang langit. musim hujan masa tu.
masa tu mcm tak mengharap lah anak-anak dapat mandi-manda kat swimming pool. pasrah...
kami sampai di hotel, wajiblah amik gambar sekeluarga 😃
alhamdulillah... cepat-cepat kami naik bilik hotel. anak-anak tukar ke baju swimming.
tak berlengah-lengah lagi untuk terjun ke dlm pool.... sebelum hujan membasahi bumi.
cantik view dari bilik kami 💙💚💛💜
adikku yang sado 😉
girlfriend boyfriend ❤
takde orang lain buat pe'el yang kami buat ni korang = duduk kat atas rumput.
kerusi keliling pool semua penuh. my mr.asben's idea, dok atas rumput. yang penting, jgn buat kotor la kan.
kakak sulung saya is terbaik. siap-siap buat kek dan sandwich tau 👍👍👍👍.
bagi chance la seround bergambar berdua-dua. bukan senang nak dpt peluang...
lepas isyak mlm tu, kami berkumpul di restoran Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya.
makan-makan... menarik. amat bertuah kami dapat makan kat sini. sedap! puas hati...
apa yang penting, dpt makan ramai-ramai dgn anak-anak buah. happening korang 😄.
complete famili dgn emak abah tersayang...
kami adik-beradik dah tak boleh nak bwk emak abah holiday jauh-jauh. abah dah tak fit.
tiap kali kami nak plan, tiap kali la plan kami tersangkut dek kerana perlu consider keadaan kesihatan abah.
maka makan-makan gini baru la dpt complete sefamili. kalau holiday, sorang kena tinggal jaga emak abah kat rumah.
ogos 2018 ni in shaa Allah abah berumur genap 73 tahun.
emak plak, oktober nanti genap 72 tahun.
saya berdoa agar emak abah sihat seadanya dikelilingi kami yg sgt sayangkan emak abah.
dpt sekali lagi berkumpul begini makan-makan havoc di mlm thn baru 😍. amin...
takat tu je citer mlm thn baru... camne korang raikan thn baru ari tu? 😉
share link entri di komen ye. nanti aida terjah... bye!
6 Comments
alhamdulillah dapat berkumpul semuanya..dekat2 pun best aida asalkan semuanya ada kan. saya takde cerita pun di tahun baru. hanya urusan sekolah anak saja
ReplyDeleteAlhamdulillah tahun baru 2018 dah menjelma, harap keadaan negara bertambah stabil. Selamat tahun baru 2018 Aida...
ReplyDeleteSeronoknya bila dapat berkumpul ramai kan.. Seronoklah nampak anak-anak kak Aida, dan view bilik akak stay tue memang cantik...
ReplyDeleteSeronoknya bersama keluarga. Perf mana pun tak kisah Kan sebab dh happening dah
ReplyDeletetahun baru ari tu xdpt nak kumpul ramai2 sbb smua ahli kluarga dah plg bkerja, tp sha bertahun baru dngn org baru (husband) hahaha
ReplyDeletewahh meriahanye kak aida
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.