assalamualaikum...
jam menunjukkan jam 2:55 pagi. saya masih lagi perlu berjaga utk tempoh 30 minit.
meroti di malam hari, beginilah kesannya... tido lambat!
menunggu barisan roti batch kedua dibakar dlm oven. mengantuk!!!
sementara tu, muncul la idea blogging jap. mau update kisah weekend ni 😃.
tak ke mana-mana. hanya makan. makan. dan makan...
petang sabtu, kami makan seafood di Umbai. alhamdulillah... lama jugak tak layan menu seafood.
kami ke sini. da berubah sungguh tempat ni 😃. da di upgrade rupa paras.
terus menuju ke tempat kegemaran. nun di hujung jalan kedainya.
Ikan Bakar Parameswara. terkenal di Melaka. memang tak asing juga lah tempat ni dgn org luar.
kami suka ke Parameswara ni, bukan kerana makanannya sedap sgt ataupun harga makanannya murah.
makanannya sederhana... ada yg tak sedap di tekak saya!
harganya... semakin mahal 😓 😃. tapi tu la, bila da terkenal, harga kena 'ada-ada' la kot kan.
sebab utama kami makan sini sebab dpt dok tepi sungai, dpt view laut dan nampak jelas Pulau Besar.
kami sampai masa tu adalah lebih kurang jam 6:30 ptg.
Parameswara penuh dgn pelanggan yang baru sampai, sedang menjamu selera dan yang da selesai makan.
as usual, mostly table da fully booked. expected! saya memang ada try call to reserve a table.
but tak berjwb pun call saya. maka, pergi saje lah... untung sabut, timbul kan? in shaa Allah...
kebetulan, kami mencari table, ada la satu family baru habis makan. situ la tempat kami, yesssszzaaa tepi sungai 😍. saujana mata memandang...
pertama kali ajak anak-anak dara berjalan di tepi Parameswara...
sebab selalunya dtg sini, malam... tak brape berani 😌.
nun tu ialah Pulau Besar. kalau saya tak silap la...
kalau dtg ke Melaka, jgn la terlupa singgah di sini ye.
selain dari Parameswara, byk lagi kedai ikan bakar di bahagian hadapan.
masih boleh la jalan-jalan kat tepi sungai ni... just jauh skit la dari tempat makan.
gambar makanan saya tak snap la ye. sebab standard la kalau datang sini apa makanannya kan hi hi hi...
kami order siakap masak stim, kupang rebus, kerang rebus, sotong sambal & kangkung goreng belacan. fresh orange sejug. buah-buahan.
Izzat order secawan air sirap ais... total RM135.10 😊.
sesekali boleh la datang sini bwk anak-anak. kalau selalu sangat, akan boring dan bajet pun lari 😄.
alhamdulillah dgn rezeki Allah...
susah nak dpt tempat yang bebetul perfect masak seafood ni. Parameswara ni pun 1-2 lauk yg kami order tak brape la boleh kami makan dgn nyamannya.
kebetulan saya dan mr.asben sehati sejiwa, both of us memang ada elergik tersendiri dgn certain seafood. maka, kalau silap masak, tak kena cara, kami ada efek gatal merenyam tak boleh nak ditahan 😓 hu hu hu.
sib baiklah anak-anak tak mengikut elergik kami ni setakat ni. diorang makan aje apa kami bagi makan.
kebetulan, dlm pada makan-makan tu, siap-siap dah plan dgn mr.asben. next, kalau dipanjangkan umur, nak naik bot ke Pulau Besar.
tak pernah saya ke sana. teringin nak ke sana... in shaa Allah.
byk tempat utk ziarah... lihat tempat org. selama ni asyik dgr cerita aje kan...
pasti best...
ok la. sampai sini aje yg larat saya taip pepagi ni.
mau gi tgk roti dlm oven tu 😊😊... till then, bye for now!
6 Comments
cantiknya view..
ReplyDeletetak pnh lg ke sini. tp selalu baca review pasai parameswara ni.
entah bila lah nk ke melaka pula. makin jauh di sini..
kat sini ada juga ikan bakar tp ikn bakar style ternegganu xdanya dibuat 3 rasa, masak cili or apa apa yg kita nk mkn..
semuanya ikan bakar asli..
paling win pon just letak sambal jeee..
rindu nk mkn ikan bakar di jeram kuala selangor
tak pernah lg smpai sini... nmpk menyelerakan !
ReplyDeletepernh mkn ikan bakar parameswara ..masa outstation melaka pemborong bw dinner
ReplyDeleteCantik tempatnya, memang sesuai pergi dengan family...
ReplyDeletetak pernah dengar pasal pulau besar pon..
ReplyDeletepasni boleh list da ape yng best kt melaka tu kak aida
wah macam best ni
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.