assalamualaikum....

salam sejahtera 😊. rabu. malam. da melepasi jam 9 mlm.
in shaa Allah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, amik kak Nurin lusa, jam 2 ptg gitu.
hampir genap la 2 minggu kak Nurin di asrama.
hadoi lah korang. bertabah la dgn celoteh baru di blog kecik ni, kerinduan kat kak Nurin 💗.

mesti ramai akan komen - "da gitu, kenapa anta anak ke asrama? pastu meroyan rindu la, nak amik anak balik la, nape jumaat lambat sgt la..."
standard la korang. berpisah semlman pun mak-mak boleh meroyan, ni kan plak dijangkakan setiap minggu hanya 1-2 mlm aje bersama anak. koghase? 😆

dok asrama ni adalah cita-cita kak Nurin.
ibu kak Nurin memang dari awal-awal tolak tepi hal-hal anta anak ke asrama. minta maap!!!
sebab tu la korang, saya tak apply kan nurin SBP mahupun MRSM.
asrama? is a NO NO NO NO thing to ibu kak Nurin 😁.

mcm da citer kat entry ni, dek kerana kak Nurin, saya gi merayu utk mendptkan tempat di smka berasrama ni. demi cita-cita dia. demi kegembiraan dia.
2-3 hari before menghantar tu, Allah saje Maha Tahu hati saya. sedih sgt korang!
Nurin happy. Ayah nyer? double happy... so ibu buat-buat happy ajer la.

Merasa Juga Menghantar Anak Masuk Asrama
shopping brg asas utk kak Nurin. ni pun ditahan-tahan oleh mr.asben 😂. ikut kan saya, mcm lom lengkap troli ni hi hi hi....

Merasa Juga Menghantar Anak Masuk Asrama
ni plak separuh dari brg kak Nurin yg da selamat landing di bilik asrama.
tak pakai pun beg besar. pakai woven bag aje.


Merasa Juga Menghantar Anak Masuk Asrama
ini la sebab hanya pakai woven bag, saya terus buat kelas ringkas camne nak kemas locker 😃.
nampak tak betapa tekunnya anak murid saya?

anta kak Nurin ke asrama ptg Ahad tu, selain kemaskan locker, sarungkan cadar di katil... termasuklah sessi tour ke bilik ampaian, bila mencuci, bilik mandi, tandas, round surau, jengah ke bilik dobi...
bukan saya kepochi tau korang. atas permintaan kak Nurin, "Ibu, jom ikot Win gi tandas?"
dan kerana beberapa lagi pertanyaan kak Nurin seperti :

  • nak tukar baju kat mana?
  • boleh tak sangkut baju kat katil?
  • nak cuci baju camne?
  • mandi kena bwk baldi ke, takde shower? 😂😂😂
anak oh anak... memandangkan dah 2-3 hari ibu beri lecture secara teori kat rumah, maka memang bebetul apply lecture tu beserta praktikal serba sedikit ptg Ahad tu.
sib baik la ibu ni pernah dok asrama tau dedolu.
praktikal diakhiri dgn pesanan, "lain-lain kalau kakak tak tahu, tanya kakak senior atau kawan-kawan. jgn diam-diam aje tau!"

ni experience standard la kan mak-mak yg anta anak ke asrama.
kekadang mak-mak yg over 😊. kalau la boleh, nak tido semlm dgn anak tu tunjuk memcm ha ha ha... tapi apa kan daya, not allowed hokey! 😆


Merasa Juga Menghantar Anak Masuk Asrama

Merasa Juga Menghantar Anak Masuk Asrama

nampak tak betapa gembiranya kak Nurin ptg tu?
saya tinggalkan dia dgn rasa lega... meskipun deep inside, sedih teramat.
dia happy ptg tu. ada la skit gabra. but, saya dpt rasa dia bersedia...

tapi tu la, next khamis, after 4 mlm dia di asrama, saya visit dia anta baju, dia mengadu ketidakselesaan di asrama. wajah nyer sedikit suram. dpt la borak dgn dia lebih kurang 30 minit.
kalau ikot kan kak Nurin, dia suruh saya lepak lebih lama kat situ. tapi saya terpaksa amik Syuhada plak kat skola agama.
dlm masa yg singkat, saya dgr aduan kak Nurin. sempat saya anta kan baju dia kat bilik dobi sebab dia tak tahu cara-caranya (asrama ada sediakan servis berbyr = cuci dan iron baju skola).
hingga terkeluar ayat, "Win tak nak dok asrama la Bu...".
"sabar ye kakak. esok ptg Ibu amik kakak kul 2. nanti kita citer ye, darling... Ibu faham kakak..."

👉👉dipendekkan cerita, kak Nurin kembali ke asrama minggu yg kedua ni hah.
kak Nurin diminta utk bersabar dan tabah... kesesuaian tu kita takkan dpt dlm masa yang singkat.
kesenangan takkan dtg dgn mudah. perlu masa. perlukan kebiasaan...
one thing about anak sulung saya Nurin Nazihah... dia sgt patuh. saya sendiri geram dgn kepatuhan dia sometimes. but, tu la sesuatu yg sgt saya tabik dgn kak Nurin. terima kasih Ya Allah...

mlm tadi lebih kurang jam 11:15 mlm, kak Nurin call.
ada lagi kisah baru. ada lagi perkara yg dia nak si ibu ni usahakan... aduhai sayang 😍.
"in shaa Allah kakak..."
sekarang 24 jam kena make sure phone on. last week dia call saya kul 6:13 pagi, sebelum nak ke surau 😊. bekalkan kak Nurin RM10 duit syiling ari tu hi hi hi... harap mlm ni kak Nurin call lagi.
tak berjumpa, dgr suara pun jadik la... dah la mlm td dgr suara kak Nurin mcm selsema.
aduhai anak yg jauh di mata 😍😍😍.

ok la. sampai sini aje citer kali ni....
kalau diikutkan, jari-jemari ni, takkan abis story ni hu hu hu hu...
bye!