assalamualaikum...
hari keempat Izzat cuti rehat dari gi tadika.
berkurangan dah batuk selsemanya. memang niat cutikan dia seminggu.
ke tadika next monday sihat 100% in shaa Allah... doakan Izzat ye.
tu la kan... kekadang kita ni perlulah rasa tanggungjawab.
kalau anak tak sihat, berkorbanlah skit. jangan la hantar anak ke tadika / sekolah.
inform cikgu. cikgu pasti faham. nanti dek kerana anak kita sorang, abis semua anak-anak lain tak sihat. aduhai... lagipun, anak kita di rumah, saya rasa dia lebih cepat sihat.
makan ubat teratur. tidur selesa... makan pun kita boleh pantau. berselera ke tak kan...
tapi iye la jugak. kekadang ibu ayah tak dapat lari dari kerja hakiki.
kalau kerja sendiri tu, ok la. takde sebab la tak boleh berkorban waktu kerja untuk anak.
ni yang makan gaji. dapat pulak bos yang tak faham... sabar je la kan.
nak pilih anak?
nak pilih bos?
dilema betul, kan... aduhai...
ni la nak share, mlm tadi... lepas aje isyak, terus start menguli doh roti 😍.
my beloved mr.asben da few times request ha ha ha ha... penyakit 'M' bini dia ni kalau dtg ziarah, susah nak balik 😆.
maka, mlm tadi berputar semula lah mixer Berjaya tu. misi berjaya!
kebetulan bahan-bahan asas memang dah ada kat dapur. pe lagi kan. tiada alasan.
tapi tu la. cuaca mlm tadi sejuk dingin. kalau yg meroti pepaham jer la kan. memula malas nak meroti. tapi, kalau ditangguh, mcm la tahu esok lusa tak sejuk, kan hi hi hi...
da bentuk tu, untuk proses proofing, kita buh doh dalam oven.
moga suhu dlm tu panas la skit dari kat luar kan...
da 10 minit dibakar, 😲😲 gebunya! terlebih cup kertas hu hu hu...
jadik la roti bun sosej gebu montok 13 ketul. alhamdulillah... puas hati!
cuma tu la. tekstur roti tu tak capai KPI saya. maybe saya gelojoh skit mlm tadi.
proses proofing pertama kejap aje. terus buat bentuk. cuaca dah la sejuk...
dah bagi mr.asben senarai utk beli barang. kalau takde aral melintang, ptg nanti nak meroti lagi seround.
mlm tadi buat doh 1kg je. malas nak buat byk.
mlm ni tgk la kemampuan... and kerajinan 😏. niat di hati esok nak hantar kat kak Nurin.
kak Nurin esok tak balik, sebab pagi Sabtu ada merentas desa. Sabtu ptg baru gi amik dia...
in shaa Allah...
10 Comments
wow menariknya nampak bun sosej tu..eh kalau dekat boleh mintak 5 ketul hehehe
ReplyDeletesesuai dengan nama, mmg gebu ! =D
ReplyDeletenmpk tajuk pun cpt2 buka baca, mmg gebu skali bun ni hahaha
ReplyDeletesungguh tergodaaaa xD
ReplyDeleteWow sedapnya. Syafi suka roti mcm ni to mama x reti nak meroti. Beli aje. Semoga izzat for sihat ye
ReplyDeletesedpanya lahai..
ReplyDeletebilalah nak boleh meroti ni..
doakan saya rajin pula meroti. kikiki
setuju bab anak tu..
mana yg trbaik.. kita buatlah utk anak
tu lah.. sy pon dilema ni haaa..
rania ni okje pergi sklah tp bila di sekolah ada yg menangis.. dah hujung bln dh haaa..
skali terpengaruh dgn rania..
adudududu..
tips akak..
Suka sangat roti camni, dulu pernah belajar buat tapi bila dah tinggal, lupa terus...
ReplyDeleteWahhh pandainya
ReplyDeleteCikyan still xpndai lg buat roti
Mungkin nnt sis blh share resepi ka. Nak belajar buat.
wow.. da pandaii.. ayu bab roti pakai BM lg kak.. xmmpu nk mnguli
ReplyDeleteWahhh nampak sedap kak,, gebu ..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.