assalamualaikum 😄
moga hari ni merupakan hari yang terbaik dalam diari hidup kita. in shaa Allah.
and hari ni merupakan hari ketiga matahari kembali gah di bumi Melaka.
sidai baju kering sempurna 👍👍👍. ibu Ijat is happy.
ptg nanti amik kak Nurin. Allahu Rabbi... semoga tabah ye ibu menjalani kehidupan sebegini utk tempoh masa ... ??? question mark jer la 😉.
pagi ni nak share citer makan-makan di Melaka.
kami anak-beranak baru try last week, Jumaat.
lama dah tahu pasal kedai makan ni, just sehari ke sehari tak dapat nak singgah.
bukti katil memang banyak kedai makan. kalau-kalau korang datang bukit katil, siang malam jangan la risau, sangat la senang cari kedai makan.
antara sedap dengan tak sedap saje la ye...
maka, nak dijadikan cerita, Jumaat lepas ajak mr.asben try sini.
lokasinya korang, kalau diikutkan alamat is at jalan bukit katil, kg. duyung.
very the general, kan... jalan bukit katil tu punya la panjang 😃.
to be spesific, sekiranya perjalanan korang dari arah bukit katil, Dapur Rita ni akan berada di sebelah kiri korang.
Dapur Rita ni depan skit aje dari Warung Pak Enal dan bebetul berhadapan dengan kedai Agro Bazaar, yg jual-jual kerepek tu la.
korang peratikan bebetul sebelah kiri. terpampanglah banner kedai Dapur Rita.
maaf la, saya tak teringat nak snap gambo kedai sebab masa tu berkejar nak balik rumah solat maghrib.
ni la hah menu utama kami - tulang merah power original.
didatangkan sekali dgn roti bakar 👇👇👇.
mr.asben order kacang pool. yg jugak didatangkan dgn roti bakar 👆👆👆.
ni mee goreng merah. saya punya 😋. adik kedai tu yg syorkan lepas saya tanya, "apa ye dik yg famous kat sini yg patut akak order?" 😃
kak Nurin order menu feveret, char kuey teow.
Syuhada maintain dengan nasi goreng cili padi.
Izzat maintain dengan nasi goreng biasa.
anak-anak ni bukannya dia amik tahu kedai makanan singapura ke, makanan thailand ke, makanan london ke...
maintain dengan makanan feveret. tak reti-reti try menu baru 😆.
and. wajiblah saya share dgn korang, 3 menu anak-anak ni sgt la sedap.
silap haribulan, boleh bertambah order. sememangnya Dapur Rita tak amik leceh menu lain selain daripada menu utama mereka. semua sedap.
Dapur Rita = kedai makan wajib cuba ye. buka kul 5 ptg - 12 tgh mlm. Selasa tutup.
sesekali kita 'jalan-jalan' ke Singapura jap lepas balik keje, apa la salahnya kan.
kedai makannya kecik, tapi cukup la tempat... small but nice, in shaa Allah.
harga? zaman sekarang ni korang, apa la yang murah kan. nak makan sedap, kena la invest skit.
and hasil kekenyangan kami tu, total dibayar berserta dgn 5 cawan air ialah RM56.
pada saya, mcm ok aje harga tu. sedap. kenyang. cepat. dekat dengan rumah 😎.
boleh klik image ni utk ke fb Dapur Rita.
ok sekian aje la ekk review saya pepagi ni. ada urusan penting di dapur hi hi hi...
sehingga ketemu lagi di entry yg lain. bye.

31 Comments
Sha bookmark nie aida.. Mana tahu terjalan ke melaka, boleh singgah...
ReplyDeleteMenu dia mengancam sungguh..
Wahhh nampak sedap makanan-makanan yang ada.. biasalah anak-anak akak macam anak sedara Rose. Pergi makan luar je mesti order yang sama. Tak nak tukar langsung. Hihihi
ReplyDeleteitu la kan. kita nak diorang cuba menu baru sesekali.
Deletetapi... maintain menu lama jugak :) ha ha ha
Perghhh sedapnye... bila la nak ke melaka lagik kalau tak boleh pekena menu ni lak.. asek asam pedas ajo kan.. hehehe
ReplyDeletewajib la singgah dinner sini nanti, lea.
Deletemencuba yg baru. boring dah kot asam pedas atau ikan bakar :)
Fulamak sedapnya.. mama teringin naknmakan sup tulang merah Tu laa
ReplyDeletesedap.
Deletecicah roti bakar. yummy!
ok dah harganya tu aida dengan makanan dan air yang di orderkan,
ReplyDeleteyes. sgt ok pada aida.
Deletesedap. berbaloi!
Menu-menu Dapur Rita tu nampak sangat menyelerakan...
ReplyDeletewajib singgah tau Zumal kalau la nanti dtg melaka.
Deletedinner sini. then komen la...
boleh tahan menarik juga menu dia erk... first time tahu pasal menu tulang merah tu. bila -bila ke melaka kena gi try la nk ke singapore tu tak tahu la bila
ReplyDeleteya Allah teringin betul nak try rasa tulang merah power tu..siap dengan roti dia..siap dengan kacang pool ya Allah melting tengok haihhh..nti wajib singgah bila dtg sini hihi
ReplyDeleteTulang merah pernah rasa sekali ajer kat Singapura. Kat Malaysia ni tak tau lak mana yang ada tulang merah ni. Kalau ke Melaka boleh cuba ni. Lagi satu yang nak cuba tu mee warna merah dan kacang pool. Baru2 ni makan kacang pool...kuahnya pekat. Kat sini nampak macam cair sikit....
ReplyDeleteFuhhh mmg nampak sedap dan menyelerakan.. lama tak makan kacang pool tu. Klu ke Melaka nanti mmg nak cari dan makan, malah mee goreng tu pun mmg membuka selera sgt. Thanks sharing :)
ReplyDeletetulang merah dan kaca pool tu nampak sangat delicious ! Kalau I ke melaka nak try la... tulang merah tu dia masak macam mana ? adakah pewarna ?
ReplyDeleteMakanan singapore irra tau bihun singapore je la..hari ni nampak banyak menu singapore.. nampak sedap..harga tu ok dah. Kami yg anak yang kecik pon banyak juga jadinya bila semua nak order sorang satu..pada irra kalau rasa sedap, berbaloi makan wlpn mahal
ReplyDeleteYa Allah teringinnya nak makan sup tulang merah. dah lama mengidam ni tapi memikirkan nak cuba ni kena pergi ke singapore, kite pendam je lah. Tak sangka ada jugak dekat sini
ReplyDeleteWah nampak menyelerakan makanan singapore ni ye.mee merah tuh nampak sedap dan menyelerakan. Kalau balik Melaka bolehlah singgah sini makan. Selama ni tahu bihun gireng singapire je.rupanya ada menu special singapore yg lain
ReplyDeleteSelalu sangat balik melaka, tapi jarang ke sg. duyung. So, memang tak tahu lah kedai ni. Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteMasyaAllah tengok nya pun dah terbayang2 rasa dia. Tulang merah tu memang menggiurkan. Bukit katil macam lalu je kalau nak gi umbai dari KL kan. harusss singgah lah kita. tq share
ReplyDeleteini list makanan yang perlu kita cuba bila di singapore kan...esp yang sup tulang merah tu nampak sedap betul..alahh teringinnya
ReplyDeleteKalau pergi Melaka nanti boleh singgah sini, nampak menarik makanan dia... mengoda betul perut yg tengah lapar :)
ReplyDeleteYa Allah ketiga-tiga menu tu memang sedap tulang merah, kacang pool dan mee goreng tu pun sedap bestnya bila masa nak turun Johor lagi. Dah daftar ezbuy.
ReplyDeleteTulang merah tu sedapnya. Tak payah pergi jauh sampai singapore kan. Kat melaka pun dah ada.
ReplyDeletePernah tgk dishes ni in TV. Teringin nak rasa. Kat Melaka boleh ar cari. Kacang pol tu my fav.
ReplyDeleteOkay, gambar tak pernah tipu... hehe. Yang ni memang nampak sedap sangat. Dah lama tak makan tulang merah. Makan pakai tangan pegang tulang tu.. perghh, sedapnya... tapi ni kat Melaka.. hehe, jauh la pulak dari KL ni...
ReplyDeleteTak pernah cuba lg resepi tilang merah tu. Pertama kali dengar. Nnti nk kena cuba lah
ReplyDeletemelaka is my hometown mcm2 ada :)
ReplyDeleteTerasa nak pergi malacca dan makan semua ni lah... yummy and delicious!
ReplyDeletekalau nak makan sedap xsalah berbelanje lebih kan..
ReplyDeletebrg skg pon mahal kak aida..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.