assalamualaikum 😃
apa khabar semua frens & families?
lama benar tak update blog ha ha ha... hingga holiday Chinese New Year.
ari ni anak-anak dah pun sekolah. alhamdulillah...
utk sessi panas badan di blog ni, mau throwback...
nak la cerita, jumaat (9 Februari yg lepas) saya bwk Izzat ke hospital sg buluh, apoinmen doktor pakar ENT.
kalau sebelum-sebelum ni, kami pergi dgn anak-anak buah saya yg lain, kali ni, kami pergi berdua saje. naik MRT.
itu yg nak share tu. hanya kami berdua tau. dari Melaka one day before and seharian di spital hi hi hi...
emak saya berkali-kali call saya on the day, tanya ok tak Izzat. ok tak saya... ha ha ha 😄
mana-mana frens yg pernah jumpa Izzat, anak bujang saya ni, dia memang tak dok diam.
selagi ada masa, selagi ada ruang, dia akan bergerak dgn aktif.
tu satu hal... hal yg kedua, Izzat kalau dgn saya, ibu nyer ni hah, dia memang tak behave. kurang dgr kata hu hu hu... anak manja ibu ler kata kan.
itu la yg merisaukan emak saya.
bukan risaukan keselamatan Izzat bila bersama saya tau. confirm Izzat akan selamat bila dgn saya. saya akan ketepikan perkara lain demi Izzat.
emak risaukan yg saya tak dpt nak handle Izzat, sehinggakan tak dpt berjumpa doktor 😂. atau saya yg pengsan!
😄😂
as early as 7.15 am saya dan Izzat da sampai ke stesen MRT BTHO.
waktu tu memang la ramai org dlm MRT from kajang. penuh 😅.
lama jugak la saya & Izzat berdiri, hingga Izzat sempat buat perangai... penat berdiri!
as usual lah, Malaysian memang jarang nak peka dgn persekitaran. even, ada jugak pregnant lady yg berdiri bersama kami.
hampir 3/5 perjalanan, baru kami dpt tempat duduk. baru la releks anak bujang ku itu hi hi 😄.
sian la anak bujang saya ni. keseorangan. tiada teman bermain berborak dlm MRT.
diam aje dia 😀.
sebab kul 7.15 pagi da masuk MRT, sejuk! boleh tahan kuat air-cond MRT.
itu yg da prepare baju sejuk utk Izzat.
Izzat menerokai MRT 👆👆👆.
3-4 stesen before sampai sg. buluh, MRT dah kosong.
rasa nyer less than 10 org tau masa tu 😏 ada la rasa takut dlm hati ni hu hu hu...
masa tu saya follow aje Izzat yg baru nak aktif dlm MRT. saya peratikan dari jauh 😃.
tadi dlm MRT, Izzat sempat la berjalan dlm MRT yg kosong tu. dari hujung ke hujung.
and ofcoz saya follow dia rapat di belakang tau. hadoi lah. serta-merta ibu mulakan workout 10,000 langkah sehari tau ha ha ha...
then, dari stesent MRT sg buluh nak ke hospital sg buluh, naik feeder bus.
and again, dlm bus pun, Izzat sgt excited!!! ke depan. ke belakang. ke depan. ke belakang.
Allahu Akbar. serasa saya nak ajer bertukar jadik serigala jadian tau.
merbahaya kan dlm feeder bus tu nak berjalan. hadoi lah Izzat... surely cctv MRT tu rakam kan kekalutan saya dlm bus tu dgn Izzat 😂.
bila bab berjalan, dia yg ke depan dulu tau.
"Ibu ikut Ijat tau. Ijat bwk Ibu jumpat Doktor..."
adat lah kalau di hospital kerajaan.
dlm kad rawatan, tertulis jam 10 pagi.
kami daftar masa tu dlm jam 9:15 pagi...
korang tahu jam brape nombor giliran kami dipanggil? jam 12:15 tghari 😞😞.
begitu begini, ke farmasi amik ubat... kami keluar dari hospital dlm jam 1:30 ptg.
lunyai dah Izzat separuh hari di hospital.
kencing beberapa kali. berak 2 kali 😛. mana tak nyer korang oii, makan nasi lemak 3 pinggan tau!
pagi 1 pinggan. tghari tu 2 pinggan hu hu hu... ibu suapkan la. cepat skit!
dlm lebih kurang jam 3 ptg baru la kami tiba balik di stesen MRT BTHO.
terus la tak lengah-lengah, pecut balik Melaka... Jumaat ptg kebiasaannya highway KL - Melaka jem!!!
Izzat yg baik. Separuh hari bersabar di spital.
ibu belanja KFC. makan dlm kereta yg darling, sambil layan kartun Mr.Bean.
sib baik la dtg sini sebab doktor pakarnya. if not, memang saya da minta tukar spital ajer.
serik???!
ye... sgt serik ke hospital sg buluh. sistem sgt teruk!!!
tapi tak pernah serik melayan Izzat. ini saje la masa yg kami dpt berdua... bonda bonding gitu.
kenangan manis seorang ibu kpd Izzat 😄. bila bercerita dgn mr.asben pengalaman kami dating ke spital tu, memang menjadi cerita yg happy.
ye... penat dan letih yg tak terkata tapi di akhirnya.... i was so happy!
if only sistem hospital tu lebih baik. tak perlu tunggu hingga 3 jam, should be no problem.
alhamdulillah, setelah 2 kali apoinment dgn doktor pakar di spital ni, consume ubat yg diberi, Izzat dah tak demam tinggi. tonsilnya sudah tidak membengkak sehingga demam tinggi. tak perlu bedah buang tonsil. satu lagi, Izzat ada problem alahan yg boleh buatkan hidung berdarah. utk 2 treatment ni lah, saya berkorban masa & tenaga utk refer doktor pakar di hospital sg buluh... doktor tu recommended by kakak saya. sgt berharap Izzat akan terus sihat 100%.
ok bye korang.
time to go to dapur 😅. sehingga la ada next entry, have a nice day.
9 Comments
semoga dipermudahkan segala urusan ya.
ReplyDeletejoahnye smpai ke sg buloh,,
ReplyDeleteblm pernah terjah lg mrt ke sg buloh tu
lengang nye
ala dont wori Aida.. Da besaq nanti dia ok... Hero-hero mummy pun lebih kurang.Cuma zaman la ni kena tingkatkan kesabaran ja..hehe
ReplyDeleteBila cakap pasal Izad yang selalu hidung berdarah .. hero kecik pun selalu hidung berdarah gak.. Nasib baik dah besaq ok..kalo tak pening gak mummy..
ReplyDeleteMOga Izzat cepat sembuh dan terus aktif seperti biasa.. Mummy doakan yg baik2 tuk Izzat na...
ReplyDeletehehe..baik-baik Izzat, nakal dalam LRT nanti viral. hahaha
ReplyDeleteMEMANG KALAU SENDIRIAN MENGURUSKAN ANAK2 KETIKA DILUAR ADA TAKUTNYA JUGA, TAPI MASA BERSAMA TU DAPAT DIMANFAATKAN SEBAIKNYA WALAUPUN PENAT. IZZAT NAK MENEROKA SUASANA DALAM MRT TU, TAPI KALAU ANAK SAYA PUN PASTI MERATA PERGINYA TU.
ReplyDeletePengalaman yang one day bila izzat baca mesti dia terharu.. dan sha faham sangat perangai anak yang tak duduk diam ini.. Anak sha yang sulun pun macam ini juga.. dia memang tak boleh diam kecuali tidur.. Hehehe.. Bonda bonding yang menarik sangat aida.. Semoga Izzat akan terus bertambah baik dan sihat.. Aamiin..
ReplyDeleteMoga lepas ni Hospital Sungai Buluh tu menambahbaik perkhidmatan. Nampak luas ye MRT tu dari LRT
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.