assalamualaikum & salam sejahtera 😀

di ptg Ahad ni, saya nak share berita gembira buat semua yg ada masalah dgn lalang. racun rumput buatan sendiri utk kita hapuskan lalang dengan cepat. ni dikira racun rumput organik buatan sendiri la.  laman kecil ke, laman besar ke, masalah lalang ni memang buat owner stress. termasuklah saya 😒.

tapi tu la, kena la diuruskan lalang di laman rumah, kan... ada laman tapi tak dijaga, tak bagus tu! rumah pertama saya dulu, tiada langsung kawasan berumput! simen semuanya. tiada la keperluan racun rumput.
tapi rumah kedua ni, saya pilih yg berlaman utk masa depan, nak ada kawasan utk famili bersantai ptg. laman hijau. terapi mata. then, nak berkebun skit-skit 😄.

tapi tu la, as at now belum lagi kami tinggal rumah ni permanently. sesekali kami dtg utk tujuan pembersihan. and thn ni lah, in shaa Allah, kalau ada peluang dan ruang, kami akan stay sini sekejap-sekejap. tak jauh pun. jarak antara rumah ke rumah hanya lebih kurang 17km 😄.
tak berpindah sepenuhnya kerana consider persekolahan Nurin & Syuhada. bermula tahun 2016, Nurin UPKK, then 2017 Nurin UPSR. Now, turn Syuhada pula 2018 UPKK dan next year UPSR. sekolah pagi dan petang semua berdekatan sini dan mudah dari segi kesesuaian logistik. itu saje. malas nak urus diorang tukar sekolah.

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
botol spray. cuka. sabun pencuci sunlight.
tips ni saya peroleh dari artikel ini

nak la dijadikan cerita, pada 13.12.2017 lepas, buat kesekian kalinya saya upah org utk bersihkan laman. upah RM100. seperti biasa memang bersih 👇👇👇. memang salah satu rutin saya dlm 2-3 bulan skali, upah org bersihkan laman.

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
upah org bersihkan laman yg semak-samun!

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat

always puas hati la after dibersihkan. tapi tu la, tak sampai 2 bulan, lalang kembali subur. begitulah utk tempoh 2-3 tahun lepas 😕. sehinggakan mr.asben nak beli mesin rumput sendiri to save cost nak upah org utk bersihkan laman. tapi saya kurang setuju utk beli mesin rumput. itu yg buat saya minta bantuan google, camne nak hapuskan rumput dan lalang cara sihat, tanpa racun kimia. saya google cara buat racun rumput dan racun lalang organik buatan sendiri.

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
inilah dia rumput dan lalang di laman belakang.
hidup subur dari 14.12.2017 hingga 31.1.2018.
malas nak tunjuk laman bahagian depan hu hu hu...

cara membuat racun rumput organik.
tanpa berlengah lagi, mr.asben dgn peralatannya utk urusan pembersihan dlm rumah. saya pulak dgn cuka & sunlight, dicampurkan menjadi racun rumput diy, bekerja di luar rumah. cara racun rumput adalah spray je. bermula jam 11.00 pagi saya mula spray racun rumput organik ni, saya campurkan sebotol cuka (850ml) dan beberapa titik sabun pencuci sunlight. tanpa campur dgn air ye.

sumber dari artikel ni, menyatakan bahawa :
"... cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid ni sgt lah tidak ngam dgn tumbuhan. sabun pencuci sunlight pula bertindak sebagai ejen pelekat yg memastikan cuka yg disembur melekat elok pada tumbuhan..."

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
inilah hasilnya selepas 1 jam semburan racun rumput organik diy.
memang kelihatan rumput dan lalang kering! 😳

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
cubaan yang berjaya.
racun rumput terbaik!
racun lalang semulajadi! 😄

setelah cubaan tu berjaya, tanpa berlengah lagi, saya memulakan operasi meracun kesemua bahagian di laman saya tu. dgn impian, esok (jumaat) saya dapat clearkan laman ni. in shaa Allah.
saya gunakan :
  1. tak sampai 1/3 botol sabun pencuci sunlight
  2. 8.3 liter cuka masakan 😄 (RM30)

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
pagi Jumaat (9 pagi). gembiranya hati bila lihat semua lalang kekeringan.

Racun Organik Buatan Sendiri ::: Hapuskan Lalang Dengan Cepat
pagi Jumaat yg sama (11.00 pagi), selesai 'menuai' lalang 😆.

seluruh laman tu, saya kerjakan sorang diri. membawa maksud, tak la kerja berat sgt. boleh la. berkebun = senaman semulajadi.  kiranya benarlah seperti yg dicadangkan, racun rumput organik buatan sendiri utk hapuskan lalang ni memang terbaik. 24 jam akar lalang tu kering dan mati. mudah utk saya cabut aje. tak menggunakan tenaga yg byk ðŸ‘ðŸ‘ðŸ‘.

alhamdulillah. moga beri manfaat pada yg mungkin mencari penyelesaian kpd lalang yg subur di laman hi hi hi... saya da cuba and ternyata berkesan 👌.

lepas sembur racun rumput organik ni, rumput dan lalang tu mati terus atau akan hidup semula?
hu hu hu hu 😅. mestilah tumbuh semula. lalang ni kan pantang la ada tanah terbiar dan tak diuruskan, penuh la dia hidup. alangkah bahagianya kalau racun rumput diy ni dpt mematikan rumput dan lalang permanently. tapi tidak mungkin. 2 - 3 bulan lagi, penuh balik lalang kalau tak berjaga 😆.

ok... bye for today.
kalau-kalau la ada tips yg lebih mudah utk hapuskan lalang, share ekk kat ruang komen. 
saya alu-alukan 😍.