assalamualaikum 😀
apa khabar ari ni? saya berdoa agar semua sihat dan kekal ceria.
walau apa pun masalah yg dtg, kita kena bersabar dan bertenang dlm cari penyelesaian ye.
cuti sekolah !!!
kak Nurin ada. maka, seminggu la saya bergelumang dgn anak-anak bertiga. alhamdulillah.
Izzat bila saya ada rumah, cuti sekolah dia tak ke PASTI lah. kekonon cuti sekolah sekali.
syukur la awak Izzat, ibu cuti belajar. if not, dedolu, kakak-kakak still kena ke tadika meskipun cuti sekolah tau 😃.
cerita utama :
hari ni kami ber4 saje di rumah...
mr.asben ada ekspedisi naik gunung di N.Sembilan nun. sebelum subuh tadi da kuar rumah.
itu la hobi dia now ni. umur da 40-an dgn hobi hiking bukit & gunung.
hmmmm saya dah kena ikut jadual dia la plak now. nak dihalang hobinya, mcm tak patut.
utk kesihatan. utk kegembiraan mr.asben sebab dia buat pe yg dia suka, kan...
daripada dia merayap ke satu tempat yg saya tak tahu dan buat aktiviti yg mencurigakan 😏 hu hu hu...
tapi tu la, agak kerap plak dia naik gunung now. kami agak 'tersadai' di rumah 😄😄😄 ha ha ha...
saya cilok 2 gambar dari fb mr.asben. tempek sini utk hiasan.
sgt best because mr.asben and his officemates ada hobi yg sama. mereka satu team ke mana-mana.
mereka sebulat suara dlm melakukan aktiviti kesihatan ni.
maka, saya punyer tahap kepercayaan tu sgt tinggi. team nyer semua adalah familiar faces yg saya kenal.
good for them. good for mr.asben and good for me 😊.
saya? memang tak join lah. mengabdikan diri jaga anak-anak aje.
cukup la sekadar menguji diri naik bukit beruang aje lah ye...
cerita pendek 1 :
petang ni sehingga petang Rabu, kak Syuhada ada kelas tambahan UPKK.
maka pepaham ajer la, memang sekali lagi tiada percutian di resort ye cuti sekolah kali ni.
Rabu malam, barulah in shaa Allah kami naik ke KL. tido rumah kakak, anak-anak gathering dgn cousins.
ok la tu. maybe nak bwk diorang ke swimming pool UKM...
cerita pendek 2 :
ada plan juga utk jalan-jalan cari baju raya utk kakak-kakak.
sebelum buat keputusan utk beli kain ela dan anta tempah, nak mencari dulu baju dah siap.
di congak-congak, kos nyer hampir sama kot... moreover, kakak-kakak da sebesar & sebaya saya 😅😅. lebih mudah mencari baju utk diorang berdua.
as for Izzat, baju raya nyer da selamat dah beli time offer Chinese New Year.
baju melayu Izzat plak, beli di masjid tanah nanti, di mlm raya 😅.
cerita pendek 3 :
dan suka saya nak share, Rejab dah pun tiba.
semakin dekat dah Ramadhan...
3 bulan yg mulia, bulan-bulan yg penuh barokah...
sesungguhnya setiap hari merupakan hari-hari penting buat kita mempertingkatkan ibadah.
bukan hanya bulan Rejab, Syaa'ban dan Ramadhan.
cuma... bulan-bulan ini merupakan titik permulaan bagi kita-kita yg baru tersedar dari lamunan yg amat panjang.
hidayah tu dari Allah...
😊😊
dgn itu, abis la kat sini entri saya ni.
mau ke dapur menjengah-jengah task saya yg berikutnya 😅.
biasa lah, dah namanya IBU, dapur la tempatnya kan ha ha ha ha...
ari ni plan jugak nak blogwalking lagi dari Reading List lagi. sementara ada masa ari ni.
till then, bye for now korang.
15 Comments
bagus kak support usben..tapi best kalau benda yang usben buat tu kita suka. done follow blog akak
ReplyDeletehttp://cakapsinilah.blogspot.my/
Wow I've never tried hiking before but it looks really fun, my dad also likes hiking but I'm too lazy no motivation huhu
ReplyDeleteHehe banyak perancangannya. Best hobi hiking macam husband tu,zumal pun suka hiking cuma tahun ni tak hiking sebab faktor kesihatan...
ReplyDeleteBanyak aktiviti sis hihi.airah suka hiking jugak tapi dah lama tak pergi,dah tak fit langsung
ReplyDeleteSeronok tengok orang mendaki.. Sha ada juga dipelawa, malangnya stamina ke laut.. Maka mendaki diatas tilam jelah..
ReplyDeleteHiking ni memang best. Kadang saya teringin la naik gunung sama suami. Masa anak pertama bleh la hantar kat atok Opah jaga. Pastu bila anak dah dua. Saya pula dah tak larat nak mendaki. Sakit lutut, pastu mudah pening. Last saya mendaki di Sabah. Bohey Dulang tu je lah last. Lepas ni saya akan support hobi suami dan anak-anak. Kasut mendaki, kayu stik dan bag mendaki semua saya akan turun kan kepada mereka. Awwwwww sedihnya. Hahaha
ReplyDeleteBgus kak support husben...
ReplyDeleteKita husben suka ride...
Kadang2 bagi la jugak utk dia release stress keja dia kan..tpi kita la nanti mereput boring kt rumah dengan anak2..hahahha
bestnya suami sis mendaki! boleh sihatkan badan. sis tak ikut sama ke?
ReplyDeleteanak sis ada yang dah nak UPKK eh? means 11 tahun? waaaaa. sis umur berapa? nampak muda jeee ni. anak dah 3 kot. hahaha. nanti buat tips kekal awet muda tau!
tak apa lah kak, support hobi ni sebab hobi sihat.cuma biasalah pompuan risau keselamatan dia jelah kan. hehe
ReplyDeletehiking is one thing that i dont like..
ReplyDeletebut if en husband suka.. apa boleh buat ka.. follow jgkkk
Ok lah tu dah naik bukit beruang..JM ni x penah lagi naik bukit beruang tu 😬
ReplyDeleteNk try satu arini gn suami. Mcm best je
ReplyDeletengee, kita pun dok hiking 2 minggu sekali if rajin..
ReplyDeletehiking pun bukit/gunung yg sama jer..hihik..
Wahh bestnya kalau dapat join hiking sama kan ..
ReplyDeleteHobi asben kita sama tapi saya dipaksa ikut jugak menghikingkan diri. Jenuhlah memanjat.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.