assalamualaikum korang 😃
pagi sabtu. korang ada plan nak ke mana ari ni?
dok rumah aje?
memana pun, confirm bersama-sama anak-anak dan suami / isteri, kan... rumah ku syurga ku 💚.
selagi kita bersama-sama, selagi tu la tempat itu membahagiakan, kan? in shaa Allah.
nak kasik tau ni --> saya da selamat sampai Hatyai, Thailand pagi tadi. alhamdulillah...
tak dpt nak citer pasal holiday ni lagi, dlm bas ni hah 😅... mau update blog cecepat jer dgn citer lain dulu. agar blog kecil ni tak sepi.
mengerjakan umrah / haji di Mekah, mesti kalau mampu.
as for saya, belum rezeki jejak kaki ke tanah suci. in shaa Allah...
suka dgr kalau famili / kawan-kawan dpt ke Mekah tunaikan umrah.
nowadays, di umur saya ni, semakin kerap mendpt perkahabaran gembira ni.
syukur...
and kiranya mereka balik ke tanahair, normally akan ada buah tangan.
mereka ke sana beribadah, jgn la kita ni simpan harapan mendpt apa-apa pun.
cukuplah sekadar doa kita ni disampaikan di sana... agar kita ni dipercepatkan jejak kaki ke sana.
ni la buah tangan dari Mekah yg saya sgt suka.
semua ada aje di sini... boleh aje beli pada bila-bila masa.
tapi, ini dari Mekah. Allahu Akbar, hati ni berbunga-bunga menerimanya.
kecil... tapi penuh makna.
pemberian jiran.
alhamdulillah, dia sekeluarga selamat pergi dan selamat balik.
gembira saya dgn rezeki dia.
rezeki saya? pasti akan dtg skit masa lagi 😌😌😌.
10 Comments
Alhamdulillah...memang ada di sini...wlu sama bendanya...tapi auranya tu subhanAllah kan kak....
ReplyDeleteWah ada kat Hatyai yer. Terima pemberian orang ni lain rasanya dari kita beli sendiri tambah pula dari Tanah Suci. Semoga Aida sekeluarga ada rezeki ke sana. Amiin...
ReplyDeletedapat buahtangan memang seronok dan seronok sebab jiran atau org memberi tapi kalau dapat buah kurma dgn kismis dan kacang dari Mekah tu memang terlebih seronok kan
ReplyDeleteampun wakkkkk.. bestnya kalau dapat buah tangan macam nih.. bukan takat buah jek dapat, dapat juga 'makanan'minda dari gred A.. hee~ saya suka la kalau dapat cenderahati macamni..
ReplyDeleteKita sebagai umat islam memang teringinlah nak ke Mekahkan termasuklah Mrs. A
ReplyDeleteAdik ipar Mrs. A dan husband pun baru aje balik umrah seronok campur happy tengok depa.
Samalah paling seronok dapat macam-macam buah tangan.
Yelah kan Aida.... walau semua tu boleh je dapat kat sini tp bila dibawa balik dari Mekah, lain jugak feelnya tu...
ReplyDeleteInsyaallah satu hari nanti kita akan dapat menjejakkan kaki ke sana juga
Alhamdulillah kalau dapat buah tangan dari mereka yang mengerjakan Umrah.. Sha pun belum berpeluang ke sana.. Semoga ada rezeki kita ye Aida.. Aamiin..
ReplyDeleteinsya-allah ada peluang kak aida nak ke sana tu
ReplyDeletekakak saya pun baru semalam terbang ke Mekah mengerjakan umrah. teringin juga nak kesana. InshaAllah moga ada rezeki kita nanti
ReplyDeleteAminnnn. Insya-Allah, satu hari Aida dan keluarga akan jadi tetamu Allah :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.