assalamualaikum & salam sejahtera 💛
salam pagi sabtu 😊. pe program korang ari ni? balik kampung? bwk anak-anak tido hotel?
jalan-jalan bandar cuci mata? atau ada plan nak gi shopping baju / kain utk aidilfitri nanti?
Syuhada ada program UPKK. program motivasi. separuh hari ni hingga tengahari. mr.asben follow Syuhada kerana ibu bapa dijemput hadir bersama. Nurin pula, tak balik semlm. ada program sekolah, Cintai Rasul, dari ptg semlm hingga mlm ni. lewat ptg nanti, tunggu la dia call. samada dia nak balik rumah atau tak weekend ni. hu hu hu rinduuuuuu kak Nurin.
so pagi ni, ibu & Izzat aje di rumah. pagi tadi hujan. tak dpt nak kemas-kemas pasu bunga kat luar tu spt yg dirancang. so, lepak aje dgn Izzat tgk kartun. ada la time skit update blog kecil ni. baca-baca balik komen di entry asam pedas ni, teringat la plak yg last Rabu masak asam pedas ayam. sib baik ada snap gambo 😍. boleh la dijadikan bahan update blog ni.
as always, kalau saya share resepi, takde la sukatan yg spesifik. asalkan boleh aje cekut-cekut. tgk kuah, cair sgt ke. rasa kuahnya, masam ke, masin ke. gitu la.
bahan-bahannya :
- ayam (kebiasaannya saya hanya akan beli bahagian kepak, thigh dan peha)
- daun kesum
- bendi
- secubit halba
- bawang merah - ditumbuk halus
- 2 inci kunyit hidup - ditumbuk halus
- 2 btg serai - diketuk
- 4 senduk ciliboh
- air asam jawa
- secubit garam
cara-cara mudah nak masak asam pedas ayam :
- tumiskan halba, bawang merah, kunyit hidup dan serai sehingga naik bau.
- masukkan ciliboh. masakkan sehingga terbit minyak dan ciliboh tu garing cantik.
- masukkan ayam dan air asam jawa. air asam jawa ni agak-agak ye. jgn nanti kuah terlalu cair! tak sedap plak. masak hingga daging tetel tu empuk.
- lastly, masukkan daun kesum, bendi dan perisakan dgn garam sesedap rasa
tu dia daun kesum. biasanya saya aje yg makan daun kesum ni.
tapi kali ni, syuhada pun dah berkenan nak makan.
daun kesum yg harum semerbak. wajib letak!
akak tu pun terus la jwb dgn suara yg kuat, "eh, bukan lah dik. ikan tenggiri. mana ada asam pedas ayam. takde orang yang buat la ayam asam pedas.". siap gelak lagi kat saya 😀. saya hanya tersenyum simpul aje, tiada respons perkataan.
yes. jarang kot ada jual asam pedas ayam kat melaka ni. tenggiri. kembung. pari. tetel. jenahak. ikan duri. tu la yg biasa-biasa kita jumpa. asam pedas ayam ni memang mak biasa masak. makanan saya dari kecik. tak pelik kot. asam pedas ni olahan banyak negeri seperti Johor, berbeza cara, berbeza rasa, kan.
p/s : korang biasa masak asam pedas ayam?
ok la. tu aje perkongsian hari ni 😉.
26 Comments
terus teringin nak masak asam pedas balik rumah nanti.selalu pening nak pilih menu apa. ni ada resepi senang boleh la cuba hehe.thankyou share resepi sis
ReplyDeletesdap dan menyelerakan..:)
ReplyDeleteFeberet anak suka makan asam pedas ikan pari. Tulah kalau nak share resepi, tak berapa reti kira pakai sukat sudu. Selalu main campak2 jer
ReplyDeletePernah masak ayam asam oedas nih p tak dapat sambutan suami dan anak anak diorang tak suka...Mimi je habiskan seorang
ReplyDeleteDulu jarang makan asam pedas. Tapi sejak ros duduk Batu Pahat, selalu makan. Sedap... asam pedas Melaka pun Ros suka. Kalau jalan Melaka, mesti makan jugak asam pedas walau dah selalu makan. Rasa dia tak sama kan.
ReplyDeletemesti sedap nih
ReplyDeleteFavorite adik ana ni aida. Dia sorang je yg suka. Ana dan suami lagi suka asam pedas ikan je. Nak lain sikit asam pedas tetel. Melazat di buatnya. Resipi arwah nenek. Sedap sgt.
ReplyDeletethis is my first time hearing asam pedas chicken...usually it's fish right? omg i want to cook this up n taste like a.s.a.p
ReplyDeletewow! biasanya kalau kuah pekat macam tu mesti sedap!
ReplyDeleteMerah asam pedas akak nampak sangat menyelerakan, dah lah asam pedas ni fav meal saya. Nak mintak mak masakkan lah esok! Hehe
ReplyDeleteDulu liez tahu asam pedas msk dgn ikan je. Ada member buat asam pedas ayam mmg best. Tp first time tahu letak halba tu
ReplyDeletesedapnyaa asam pedasss hehe tp kalau pedas sgt menangis jugak qeela makan haha! betul, kat sini pon jarang dgr / jumpa asam pedas ayam, tp tau jugaklah now heheh since pernah jumpa before ni. and samaaa, qeela pon prefer bendi for asam pedas hehe 👍🏿😁
ReplyDeleteplan hari ini? Kena bawa anak ke sekolah.. ada sesi bertemu keluarga...
ReplyDeletetak pernah try asam pedas ayam... tapi my wife pernah juga nak masak, cuma kita kurang sikit.. kalau ikan... kita laju je
Sedap tu nmpk tu.. Sy ni xbpe pndai sgt buat asam pedas. Biasa2 je kalo buat pon. Sbb suka yg sedap pekat tuh. Yummeh lapaq pulak tgk. Hahahah
ReplyDeleteSama lah ngan akak, lebih suka tanya kat anak2 dorang nak makan apa, yang itulah akak masak so konfem laku, kan hihi
ReplyDeleteAkak dulu pun tak pernah dengar asam pedas ayam, duk kat Kota Tinggi, 25 tahun yang lalu baru dengar menu tu dari jiran, dia masak.. sedap
Tak pernah lagi akak masak, nak try lah resepi ni, oohh nak kene boh halba ya, tu rahsia mercik bau, ok2 lah
Time kasih sudi berkongsi resepi
Cara Nak Buat Duit Dengan Blog Walaupun Orang Tak Membeli Apa2 Dari Kita
Adam pedas ayam. Favourite ni. Tapi x tu masak. Lepas ni boleh l cuba resepi ni
ReplyDeleteYummm yummmm sedap pulak tengok asam pedas ni. Sis kalau buat asam pedas ayam akan letak kerisik..umm lama dah tak masak asam pedas..besok nak masak lah
ReplyDeleteAlahaiii dan-dan teringin pula. Rindu nak makan ayam pedas orang Melaka-Johor
ReplyDeleteYup, Malacca you only can find Asam Pedas ikan. So spicy but nice. At kl you able find Asam Pedas Ayam but like your recipes.
ReplyDeleteI biasa masak ikan asam pedas je, wow ayam asam pedas pun nampak sedap juga kan. Kadang lebih senang nak beli ayam dapipada ikan kat kedia or supermarket. Ok la kalau ada masa i cuba recipe ini.
ReplyDeleteTerliur tengok kuah asam,..geram tengok daun kesum segar tuh
ReplyDeleteHmmm..sedapnya kak mmg suka dan selalu msk asam pedas
ReplyDeleteAsam pedam ayam, mak ika pernah masak. Hee. so takda la yang cm pelik disitu. Dekat rumah jarang masak asam pedas sebab tak ramai yang makan huu. Thanks kak share resepi. Simple :)
ReplyDeleteLama tak masak asam pedas ini.. Sha kalau buat asam pedas ayam, suka letak daun limau purut..
ReplyDeleteHmmm selalu Zumal kalau masak setakat asam pedas ikan je pari atau kembong, ayam belum pernah buat...
ReplyDeleteBetul la..biasa asam pedas sinonim dgn ikan..tp pernah mkn asam pedas daging lagi sedap asam pesas ikan..asam pedas ayam x penah mkn
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.