salam 1 Rejab.
alhamdulillah. moga umur kita semua dipanjangkan sehingga ke Sya'ban & Ramadhan. Aminnn...
pagi tadi sepagi menguruskan kereta masuk bengkel.
😓😓😓 sedih btol la. ada kereta lain langgar belakang. nak keluar simpang tiga, kereta tu di belakang. kita tgh busy tgk kereta dari kanan, bila lah nak clear. tetiba dia langgar bumper kereta!
sgt la cuai.
huh! rasa nak marah aje. tapi masa tu, saya berjaya la kawal marah.
buat report polis. nak claim insurance kereta tu. tapi tu la. kereta kita da damage. takkan sama mcm asal. sedih!!!
ptg ni hah... baru la nak masak.
dah kuar dah bahan. tapi layan blog jap. update entri bagi tenang jiwa lara ni hah...
kasik up satu entri pasal resepi yg pertama kali saya test. ni masakan beberapa minggu lepas ye.
ari ni masak lain 😆.
bahan-bahan utama, selain dari dada ayam yg dipotong dadu
- dada ayam dipotong dadu tu, korang campurkan la dgn 2-3 sudu tepung gandum, 1 biji telur dan 1 sudu serbuk kari ayam. perap la kejap. ari tu saya perap dlm 2 jam.
- then, goreng rangup. ketepikan.
- utk kuah nya yg mudah sgt tu, pertama cairkan 1/8 butter di kuali utk menumis.
- then, tumiskanlah bwg putih, bwg merah, cili padi dan daun kari hingga naik bau harum...
- masukkan 1/2 tin susu cair. kacau dan kacau dan kacau... perisa la dgn garam dan gula secukup rasa.
saya tak campurkan kuah dgn ayam goreng.
hanya curahkan kuah ke atas ayam goreng bila nak makan.
nak maintain kerangupan ayam goreng tu...
mudah.
simple.
boleh la cuba nanti-nanti ye korang 👍👌👌...
14 Comments
Nampak menarik...boleh cuba nanti..Dania suka lauk2 simple macam ni
ReplyDeletetips ohsem ini.. Asingkan kuah.. nak makan baru bubuh.. Suka.. suka..
ReplyDeleteoh..sdapnya..:)
ReplyDeletenamapk menarik, boleh try nanti ni :)
ReplyDeleteSalam Sejahtera.
Jemput join pencarian bloglist April 2018
: http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html
nyum nyum. nampak sedap.
ReplyDeleteni lahhh palingg faveret... :D
ReplyDeleteWow wow sedaaapnya...
ReplyDeletemacam menarik ja..boleh cuba nnti ni
ReplyDeletemenarik dan simple. Nak cuba
ReplyDeletehuaaaaaaaaaaa...terliurrr sedap nih... nk cuba la nanti
ReplyDeleteAdeh! Geram jgk la kan kete kena sondol dek org lain cuai
ReplyDeleteAyam buttermilk ni menyelerakan ..x penah masak so nk copy resipi ni 😬
ReplyDeleteallahu, senang jer eh, boleh try weekend ni, timaceh!
ReplyDeleteOo kira asing la lauk dengan kuah tu ye. Ok juga kan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.