assalamualaikum & salam sejahtera 😉
hari ni di rumah, saya ditemani oleh Izzat. selsema batuk plak dia.
maka, dicutikan sekolah bagi memberi ubat on time.
rimas saya kalau Izzat selsema! hadoi... selekeh jadik nyer anak bertuah tu.
pagi ni nak share la satu tempat makan tengahari lauk asam pedas kat Melaka ni. Melaka and asam pedas memang sinonim, kan. datang Melaka, confirm tak sempurna jika tak makan asam pedas, kan. maka, muncul la satu lagi kedai makan iaitu Asam Pedas Pak Man, Taman Melaka Perdana, Bukit Katil, Melaka.
memang ramai kalau tengahari. penuh sesaje kalau kami lalu sini. nasib baik mudah untuk parking kenderaan. sebab ia di kawasan kedai yg baru. jalan raya nya pun luas. so, bolehlah dtg sini beramai-ramai.
asam pedas ikan pari, ikan tenggiri dan asam pedas tetel.
standard la set dgn nasi, timu dan telur asin.
sedap?
bagi saya, sedap. menepati apakah itu asam pedas. kuahnya pekat, masam masinnya kena je di tuna rasa saya. kalau tgk gambar, merah menyala, kan. terbaik!
kami makan hingga licin lah tengah hari tu 😃. lapar sgt! we can never compare kedai ni punyer asam pedas dan kedai yg lain. diorang ada resepi masing-masing. sedangkan asam pedas johor dan melaka, resepi nyer berbeza, kan? jangan tak tahu, asam pedas johor dan asam pedas muar pun ada beza. jgn tanya saya, saya tak tahu hi hi hi...
pastu, jangan la compare dgn asam pedas mak kita 😆. masakan mak memang selamanya di hati 💜💛.
a must try la kalau korang holiday ke melaka. 16 mac nanti da start cuti sekolah. jom le jalan-jalan melaka. amat mudah kalau nak ke Asam Pedas Pak Man, Bukit Katil. memang wujud dalam Google Maps. simpang tiga trafik lights nak ke jasin dan ozana, bukit katil, memang da boleh nampak dah kedai makan ni. memang tepi jalan raya besar.
👌👌
43 Comments
Kalau ke Melaka Tak sah tidak makan asam pedas yang merata seluruh melaka. Semuanya sedap.susah nak cakap yang Mana Tak sedap.
ReplyDeleteyes. byk kedai asam pedas kat melaka ni.
Deleteikut la tekak masing-masing kan, kakMahh.
nampak sedap dan pedasnya... asam pedas paling yummy! sour and spicy... let's go n eat now...
ReplyDeleteasam pedas my all time favourite :)
Deletemalaysian dish yg hot!
Sedapnya asam pedas..SA dah lama tka makan asam pedas pure Melaka..pernah makan kat gerai area perigi Hang Li Po tu...best dan pedas dia sampai buat airmata mengalir...
ReplyDeleteyg tu? aida pernah gi situ. ter order yg pedas!!! ya Allah, tak boleh nak makan :) ha ha ha...
Deletethereafter, kalau pergi situ aida order yg sederhana pedas.
anak-anak nak makan, kan. kalau pedas sgt, hmmmm camne nak makan? hi hi hi
Kedai ni ada pernah nampak masa sesat nak pegi cari Halal Chicken rice ball shop tu. One day nak pergi try gak sebab nampak kuah dia pekat gak. Tapi kan betul ke org cakap Assam pedas melaka rasa macam kari kari sikit?
ReplyDeletepada pendapat saya la. asam pedas johor agak cair compare to melaka. tapi tak la mcm air hingga tak berasa. still sedap!
Deletemelaka, cili giling nyer over byk. pekat cilinya.
bila kata mcm kari, maybe sebab kepekatannya.
Sedapnya asam pedas. Next time boleh singgah sini kalau kebetulan ke melaka...suka juga asam pedas ikan tu. Makan dengan nasi panas....fuhhhhh
ReplyDeletefeveret aida is asam pedas tetel. yum yum yum :)
DeleteMknan wajib bila dtg melaka. Mmg asam pedas fav liez. Dpt yg cukup rasa masam masin pedas.. pergghhh mmg terangkat
ReplyDeletePemes asam pedas Pak Man ni.. selalu dengar kawan2 cerita, tak jauh la nak pi test..hehhe
ReplyDeletegi la test, MJ. boleh share review :)
DeleteMai Melaka tak makan asam pedas tak completela kunjungan itu..ehhe
ReplyDeleteSedapnyaaa
ReplyDeleteLama tak makan asam.pedas kt melaka...
Last saya ke melaka last year..
Masa tu baru lepas pantang..suami bwak jln2 melaka...
Makan dekat yg hajah mona tu asam pedas daging tetel...sedapnyaa
Bestnya kalau dapat jalan-jalan melaka. Tapi tu lah. Tak tahu kat mana nak makan asam pedas yang sedap kat melaka tu. Banyak kedai yang jual. Suka gi melaka ☺
ReplyDeletebyk, fiza. sendiri kena test :) hi hi
DeletePerghhh asam pedas mmg terangkat klu makan dengan nasi panas dan telur asin.. melaka mmg famos dgn makanan ninkann
ReplyDeletewahhh sedap nmpk asam pedas dia kak..mbuka selera betul..!
ReplyDeleteAlamak!!! Sedapnyaaaa asam pedas. dah lama tak makan asam pedas... :) tengok warna pun tau menyelerakan. Since akak orang Johor, asam pedas memang makanan kegemaran jugaklah. Tapi dia kena org yg pandai masak. kalau tak dia mcm tak sedap sgt!
ReplyDeleteyes, Nani.
Deleteaida suka aje.
asam pedas melaka ke, johor ke, muar ke.
sedap :)
jalan melaka kena whastapp akak ni.
ReplyDeletebleh pergi kedai yg akak cadangkan nnt
wajib!
Deletewasap ekk.
Kami selalu ada masalah bab makan bila g jalan jauh... Boleh godek blog akak klu g jalan melaka..hehe.. takdela peminat asam pedas..tapi boleh layan...kalau bagi asam laksa, sampai licin kami laki bini layan😂😂
ReplyDeleteKelakar bila.ana pikir yg dr masa ana belajar dkt melaka dulu sampai lah skrg tiap2 tahun ke melaka tak pernah rasa asam pedas dkt melaka ni. Salah satu sebab for sure kedai asam pedas femes dkt melaka ramai org. Teringin juga nak rasa. Tp kalai xdpt xralat sebab mak ana punya asam pedas so far yg terbaik. Org lain siap order lagi kat mak.
ReplyDeletebab ramai tu, betul ana.
Deleteaida yg dok melaka ni pun hanya gi ari biasa.
kalau weekend ke, school holiday ke, hmmmm tak payah ler.
same here, ana. takkan ada yg bleh lawan mak punyer masakan hi hi...
lama betul tak mereasa asam pedas. kalau dapat yg pekat mcm kat atas tu mesti best. makan plak dengan telur masin
ReplyDeleteAsam pedas memang banyak kedai yang jual, tapi nak cari yang betul2 kena dan sedap tu lah. Selalu juga buat asam pedas ayam. Kalau dah kat Melaka pastilah tak boleh lawan asam pedasnya kan.
ReplyDeletekat melaka jarang ada jual asam pedas ayam, bella.
Deletepernah skali aida gi, sebut lah asam pedas ayam.
org kedai tu sound, "eh, mana ada asam pedas ayam dik!".
hmmm...
Asam pedas dengan negeri Melaka memang tak boleh dipisahkan. saya sendiri kalau ke melaka memang wajib akan cari asam pedas. mungkin boleh cuba tempat ni nanti kalau ke sana
ReplyDeletesy ke melaka tak makan asam pedas memang tak boleh tinggal ! mesti nak jugak ! tq atas entry ni. insyallah nnt boleh p
ReplyDeletenampak sedap tu..merah menyala
ReplyDeleteasam pedas pak man! rinduunya asam pedas pak man ni. ainy memang suka ke sini tiap kali pergi melaka. sedap betul! kuah pun pekat tau.
ReplyDeleteAkak suka asam pedas yang pekat. Tapi kat melaka tak banyak yg masak pekat sebenarnya. End up masak sendiri. Tp kalau nak masak asam pedas yang pekat dan sedap memang renyah kerjanya. Tu yang malas tu...hahaha.
ReplyDeleteJom ngeteh...hehehe
wah. lama tak blogging dgn akak.
Deletengeteh sama? wow best! nak...
bestnya lama pula tak pergi melaka kalau pergi memang kena try asam pedas masakan orang melaka, makan dengan nasi panas dan telur asin tu memang bertambah-tambah la bila makan... huuu
ReplyDeleteI try the one near Jonker. Do sad did not capture the shop name. Next round want to try this Asam Pedas.
ReplyDeletesedapnya... ila jarang2 gi melaka...
ReplyDeletePekatnya kuah asam pedas tu hehe. InsyaAllah mana tahu bila sampai melaka nanti, boleh la singgah merasa hee.
ReplyDeleteYeah!! Port baru.. Rasa cam nak gi terjah Melaka pula sekarang ini.. Kesukaan sha ni..
ReplyDeleteHmm nanti pergi Melaka boleh la cari Asam Pedas Pak Man
ReplyDeleteKalau pergi melaka mesti carik asam pedas..tak tahu nape asam pedas masak sendiri x se sedap asam pedas melaka 😬
ReplyDeleteAsam pedas memang sinonim dengan negeri Melaka ni. Menu wajib kena try kalau singgah sana
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.