assalamualaikum semua...
salam 10 Rejab 😊. skit lagi nak tiba Ramadhan.
yes yes yes... saya da abis ganti puasa. kalau ada yg bertanya hi hi hi hi 😃...
now in progress bantu anak-anak dara mengganti puasa diorang plak.
mereka tak boleh sgt dipaksa. dgn cuaca tak menentu now ni, kena consider aktiviti harian diorang di sekolah.
in shaa Allah, skit hari aje diorang tinggal utk diganti.
Sebab tu la tak nak simpan baju2 yg tak dipakai mmg akan dihisab.
bila da nak Ramadhan ni, standard lah kita org pompuan, dok fikir perihal baju raya, tudung raya, kuih raya, kasut raya... kekadang bukan utk kita sendiri pun!
utk anak-anak.
utk suami.
rumah...
itu yg nak share hari ni 👇👇👇 saya tampal dari sharing mak sedara di grup whatsapp.
☺☺☺☺☺☺☺
Peringatan utk isteri, keluarga dan sahabat2 saya. Mari renung2kan.
Adakah kita dalam golongan ini. Mungkin ada yg tidak tahu dan ada yang dah tahu.
Semoga ilmu yg disampaikan dapat kita menafaat dgn sebaik2nya.
👞👔👕👖👠👡👢👚👘💰💶👛👜👑
Keluarkan smua baju2 yg bersusun dlm almari.
Keluarkan pinggan mangkok yg sekadar hiasan..
Astaghfirullah 😢
Seorang ustaz ada berkata dalam kuliahnya...
Katanya, Simpanan2 itu akan ada Hisabnya di hari kemudian.
Astaghfirullahal 'Azim...
Aduuh..!!!
Misalnya... simpanan telekung yang tak dipakai,..baju-baju yang beli banyak tak di pakai..
simpanan yang lain... aduhhh....
Ada blaus cantik yang saya jahit tapi Tak pernah dipakai….
ada kain yang di beli Tak pernah dipakai..,
ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai….
Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai…
Ada kasut sampai berdozen..
Ada sandal selemari,
ada beg tangan segudang…
Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana utk dipakai….
ada gamis2 1 lemari,
ada baju dinner yang entah bila mahu dipakai..
Ada….Tupperware2 penuh lemari yang hanya sebagai perhiasan.
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
(Masih panjang listnya...)
Yang kita pakai dan kita Sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!!
yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab..
Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!
Kerana semua yang di beli berawal dari Nafsu..!!!
Nafsu ingin mempunyai ini.....itu.....
lihat orang punya..
ingin beli juga…
walau Tak berguna bagi diri kita…,
Ternyata saya masih termasuk golongan orang yang menumpuk-numpuk barang 😪
Dan semua itu pasti akan di HisabNYA
(perhitungan) kelak di akhirat…. .
Astaghfirullahal 'Azim..
Astaghfirullahal 'Azim..
Rasulullah bersabda :
“Wahai segenap wanita, Bersedekahlah,
dan Perbanyaklah Istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Perlu diingatkan…!
bahwa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.
QS. At- Taubah .Ayat 35
~(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam,
~Lalu dengan itu diseterika dahi, dada dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka,
“inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri..,
~Maka rasakanlah
(akibat dari) apa yang kamu simpan itu.
QS. Al-Baqarah . Ayat 195
~Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
~dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
~Kerana sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁
Banyak dapat reminder hari ni pasal hisab 😭
☺☺☺☺☺☺☺
hmmmm... rasanya da byk kot yg sharing pasal ni, kan...
bab pakaian tu, saya da 2-3 thn amalkan. tiap kali sebelum Ramadhan memang akan ada spring cleaning ke atas semua almari.
terutama baju anak-anak. sementara masih elok dan boleh dipakai, memang saya akan bungkus.
first, akan roger adik-beradik... bagi anak-anak buah dulu mana-mana yg diorang berkenan.
then, baru la letgo molek-molek.
kakak saya plak, diorang akan letgo baju anak lelaki dia kpd saya dulu.
saya pilih-pilih la utk Izzat. saya takde anak buah perempuan. so rezeki Izzat la 😉. byk saya save bajet utk pakaian dia. alhamdulillah...
baju yg koyak, lusuh, butang da hilang, saya akan buang la.
last 2 weeks, satu plastik hitam yg besar dah dikemas dan dah pun di letgo baik-baik. moga beri manfaat kpd penerima.
as for pinggan mangkuk, Tupperware, ... ini yg saya masih dlm proses sorting out.
ada few big boxes yg saya kena cek balik 😌😌😌.
kenapa perkara ni elok di buat menjelang Aidilfitri? Sebelum Ramadhan?
itu la masanya kita meraikan hari yg gembira, hari raya. semua serba baru.
dan, masih byk org yg susah, yg tak mampu spend utk segalanya baru...
mana lah tahu 👀, dgn pakaian, pinggan mangkuk, cawan, perabot yg kita sedekah tu, mampu beri 1001 kegembiraan utk diorang.
in sha Allah...
👋
11 Comments
Allahu..rasa risau pulak mengenangkan baju banyak-banyak kat rumah tu. Thanks atas peringatan kak
ReplyDeleteMinggu lepas dah buat almari ammar. minggu ni nak buat stok baju sendiri...rasa dah berlebih-lebih tu.
ReplyDeletealhamdulillahh kite dh habis gntii dh..suke gnti awaii awaii :D
ReplyDeletepreparation awai nih
ReplyDeleteNampak gaya nak kena buat spring cleaning juga ni. Raya dah dekat. Boleh juga tambah pahala sedekah insha Allah
ReplyDeletedulu memang suka kumpul macam macam sekarang dah slow dah
ReplyDeleteDulu banyak juga barang yang hanya tersimpan tanpa diguna. Tapi sekarang zumal jual semua. Ada juga la beri kepada yang memerlukan...
ReplyDeleteBetul sangat tu Aida .... kotnya ada org susah sure diaorg suka dpt barang yg masih elokkan... tulah dlm hati ni nak jugak buat spring cleaning. Banyak je blouse yg masih cantik tp tulah sayang nak buang haha...
ReplyDeleteBetul sangat-sangat perkongsian Aida ini.. Sha baju anak-anak memang pakai sampai lusuh dan buang.. Baju sha jelah yang kena Sha asingkan dan beri pada orang.. Baju elok-elok tapi sebab membesar dengan jayanya, maka dah tak muat.. kikiki
ReplyDeletebanyak jugak barang yang tak terpakai dekat rumah tu
ReplyDeleteSaya pinggan mangkuk banyak sebab hadiah kawin, baju anak2 pakai sampai lusuh, cuma baju sendiri je la, kena pilih2 yang elok lah nampaknya dan sedekahkan buat yang memerlukan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.