assalamualaikum 😀
pagi ni bermula dgn mengemas.
kalau semlm seharian concentrate kat diri depan laptop, assignment... assignment... assignment...
so hari ni rest kan mata dan jari jemari.
ni nak layan ulangan gegar vaganza, maka, sesambil tonton tv, on laptop.
bukan mode assignment, tapi mode blogger 😄😄😄.
nak kongsi... ahad lepas, 7.30 pagi hingga 12 tghari, Izzat join Kursus Umrah Cilik di Jasin.
paginya, anak-anak semua disediakan pengangkutan. agar semua hadir dlm masa yg sama dan tepat utk program. tghari, parents kena ambil.
alhamdulillah izzat sgt happy nak naik bas.
terkenang excitement ke hatyai la tu ha ha ha 😄.
Ustazah ada share gambo di group whatsapp, program mereka pagi itu. cute !
biasalah anak-anak. ramai-ramai tu takde makna nyer nak tgk camera time Ustazah snap gambo.
saya hanya hadir lebih kurang jam 11:45 pagi.
sememangnya saya tidak menghadirkan diri lebih awal, nak bagi ruang Izzat bersendirian bersama para cikgu.
kami ada nanti, ditakuti dia melekat kat kaki plak hu hu hu... tak menjadik la program nanti kan.
bila bertanya dgn Izzat, "best tak ari ni gi haji?".
jawabnya,"best. tapi Ijat penat. lari sana. lari sini...". 😄😅
a very good program conducted by PASTI.
the next morning, Izzat tanya saya, "hari ni Ijat gi haji lagi ke?".
aduhai anak... dia frust bila saya inform, "tak. ari ni Ijat gi skola mcm biasa. gi haji sehari saje".
😀😀😀
4 Comments
Bestnya izzat. PASTI kat bangi ni tak ada pulak buat.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteWah, bagusnya... mudah la nak bawa anak-anak pergi sama
ReplyDeletealolo..comelnya anak-anak tu pakai ihram bagai.moga dari kecik dah tanam niat dan keinginan ke tanah suci mekah
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.