😍 assalamualaikum...
moga hari ini bakal jadi lebih baik utk kita semua. aminnn...
saya nak share nasihat emas ni. makcik saya share di grup whatsapp keluarga.
terus saya star, bertujuan utk simpanan diri sendiri. kini saya share pula di blog kecil ni.
moga beri manfaat kpd semua.
kebetulan ia amat kena-mengena dgn saya. this coming October, saya genap 40 thn.
🔻🔻🔻 🔻🔻🔻
💥 Nasihat pertama
cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah.
walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
💥 Nasihat kedua
banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
💥 Nasihat ketiga
cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
💥 Nasihat keempat
kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
💥 Nasihat kelima
jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
💥 Nasihat keenam
biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
💥 Nasihat ketujuh
jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
💥 Nasihat kelapan
banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
💥 Nasihat kesembilan
banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
💥 Nasihat kesepuluh
bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah.
semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله
💥 Nasihat kesebelas
makanlah makanan sunnah.
dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. ingatlah orang yang tersayang...
duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.
🔺🔺🔺 🔺🔺🔺
peringatan yg mudah.
nasihat ni antara lain da pimpin kita ke arah kehidupan yg sihat, gembira, bahagia dan tanpa stress, kan? hidup di atas landasan agama seiring dgn dunia.
yes la. di usia di ambang emas dan usia emas ni, kita kena lebih harga erti kehidupan.
nama pun usia emas 😍.
in shaa Allah. moga umur kita dipanjangkan dan dpt bertemu dgn Ramadhan. Aminnn...
17 Comments
ada terbaca pasal ni...tq for sharing
ReplyDeleteIn syaa Allah
ReplyDeleteNasihat yang baik
Amin ya rabbal aa'lamin. Alhamdulillah terima kasih Aida atas perkongsian ilmu yang manfaat.
ReplyDeleteJemput singgah ke blog saya https://aenoyou.blogspot.my
ok ae.
Deleteaida suka terjah blog kawan2.
Thank you for sharing, insyaAllah
ReplyDeleteinfo yang menarik..rasanya kita yang belum sampai ke peringkat usia tu pon dah boleh amalkan ^_^
ReplyDeleteyes.
Deletepersediaan ke arah tu :)
semoga bermanfaat kepada kita semua..
ReplyDeletejemput join segmen ejulz :)
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
ok ejulz :)
Deletenak kena hadam betul2 ni hehehe..saya manusia alpa
ReplyDeleteingat-mengingat kan, alin.
Deletekita sama. masih byk nak kena perbaiki.
Terima kasih atas perkongsian, nasihat yang sangat bermanfaat...
ReplyDeletenasihat yang mantop. makin bertambah usia, makin letih2 kita kan. dengan adanya nasihat di atas, bersenam apa sume dapat fitkan balik badan kita
ReplyDeleteaminnn terima kasih atas perkongsian yg bgus ni
ReplyDeletetq sharing,nasihat yang baik,suka ust dusuki.
ReplyDeleteTerima kasih aida untuk perkongsian ini..
ReplyDeleteyes betul, kurang air dalam badan undang penyakit. Sekarang ni pun tengah kurangkan intake makan sebab tenaga harian tak banyak pun guna
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.