assalamualaikum... salam sejahtera semua 😌
hari ke6 dah berpuasa. jap aje nak seminggu kan?
dulu masa kita ni kanak-kanak, terasa nak menunggu waktu berbuka, mcm setahun!!!
nak menunggu sebulan puasa, mcm 10 tahun!!! 😄😄
aduhai...
alhamdulillah, pagi ni kesihatan saya da ok ok ok. sok pagi exam, moga dipermudahkanlah.
mr.asben plak demam semlm. da pun makan ubat.
... attracts me???
hadoi lah... susah challenge ke 13 nih!
sebab saya ni tak brape memilih kawan or org utk bergaul.
meskipun saya ni dlm golongan introvert, tapi saya tak le katak bwh tempurung sgt.
saya menegur org jugak lah... just mungkin tak le peramah bebeno gitu.
tak pernah la plak saya merasa ada sihat tertentu yg menarik perhatian saya terhadap org lain...
ada ke ekk???
few minutes berfikir-fikir, demi challenge ni. yes ada la...
saya tertarik utk mendekati atau berkawan dgn org yg nampak humble and normal.
tak fancy sgt.
tak make up tebal.
tak brape berckp, mcm saya 😃. hu hu hu introvert mendekati introvert ha ha ha ha...
saya perasan diri saya ni, kalau berhadapan dgn org-org yg outstanding, byk cakap, gaya ala-ala model... saya kurang berminat utk mendekati. lambat mendekati mereka.
bukan saya tak suka org tu.
tapi mungkin pemilihan saya utk pendekatan kali pertama.
lepas dah kenal, no hal. saya bukan anti org-org ekstrovert penuh bergaya ni.
bak kata pepatah melayu, "berkawan biar 1000, musuh jangan satu".
maka, berkawan la seramai yg boleh. jgn ada musuh!
maka, saya ni memang menghadkan diri dlm berkawan, bukan anti-kawan. tapi, kurang bergaul.
elak diri dari buat salah dgn org.
seperti sekarang, start petang 1 Ramadhan ari tu, saya da langsung tak komen di mana-mana group whatsapp & laman fb.
trying hard not to post any new status. trying harder not to type anything di mana-mana group whatsapp.
sebab apa? ye la korang. kita ni gah la menaip di laman fb pendapat kita. tak kisah la berkisarkan apa.
politik?
artis?
resepi?
hal rumahtangga?
kekadang, status kita tu buat org lain sentap tap tap tap tap...
dah kecik ati... dah tak nak like status kita dah... kalau jumpa, da tak berpandangan.
sedangkan kita tak pun tuju kan sesape. bersosial di laman sosial tanpa berjumpa pun boleh buat putus sillaturrahim... hu hu hu hu...
maka, tu la. now, saya tak nak dah aktif menaip di laman-laman sosial.
kecuali blog ni... sebab saya tak pernah paksa org baca pe saya merepek kat sini.
ni la the only laman yg saya bebas menulis pe saya suka.
nak baca, klik.
tak nak? why bother why bother why bother 😅😅😅.
ok la korang. sampai situ ajer repekan saya pagi ni.
mau kembali ke alam nyata = baca buku. esok exam !!!!!!!! 😁😁😁
bye 👋
2 Comments
hai singgah pagi selasa
ReplyDeleteSelamat menjawab exam..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.