assalamualaikum 😌

tajuk challenge ni is a bit difficult. kena bercakap pasal org lain.
dah saya ni kurang bergaul, so tak brape byk perkara tentang org lain yg buat saya rasa tak selesa.
saya suka bersendirian.
kecuali perlu lah. takde la katak bwh tempurung.
but, prefer dgn diri sendiri, di kelilingi oleh famili...


Day 18 ::: 5 Things That Irritate Me About Opposite / Same Sex

5 Things That Irritate Me About Opposite Sex
  1. merokok. so far, saya x pernah la jumpa dan bersama perempuan yg merokok. alhamdulillah. kenapa tak suka lelaki merokok? berbau 😭. stress oii kalau dlm ruang ber air-cond, then dok sebelah lelaki kuat merokok.
  2. sambil lewa. aduhai. diorang buat tak peduli aje. geram!!! especially kat office tau, semua perkara-perkara extra, perempuan. lelaki? bila big boss ada, barulah nampak btg hidung dia. barulah dia nak bersuara. bila big bos masuk bilik, mula la dia pass pass keje. dia nak nama aje. bodek bos lelebih!
  3. pemalas! tak semua. tapi adalah saya jumpa segelintir. tahap pemalas nyer maksima. berkaitrapat dgn point kedua 👆. seolah-olah kalau dia berada di rumah, saya bayangkan, semua bini dia buat. dia la boss besar. yg saya tgk lah, perempuan ni pemalas jugak. tapi... tapi... perempuan tak boleh layan malas diorang. macamana punyer malas pun, tetap, jadik rajin akhirnya. sebab mata da semak!
  4. ego. lelaki dan ego adalah sebati.
  5. dayus! hmmmm yg ni yg paling ultimate! ikut aje bini tu nak apa, nak ke mana. nak buat apa. hingga bini tu melampaui batas!!! rimas. meluat. saya jumpa lelaki dayus ni. itu yg buat saya emosi dgn point 5 ni.


Day 18 ::: 5 Things That Irritate Me About Opposite / Same Sex


5 Things That Irritate Me About Same Sex
  1. rasa bagus sgt! hadoilah. dia lah yg pandai. dia lah yg cantik. dia lah yg gojes. dia lah yg trending. dia lah betul. tapi keje,  😟 nan hado!!!
  2. bossy! rimas. ikut kata dia aje. mcm dia sorang aje dlm mukabumi ni yg pandai, berilmu dan bagus.
  3. talam dua muka. ni paling selalu dijumpai dgn perempuan. terutama bila dlm perhubungan persahabatan. sini dia gini. sana dia gitu. mainly because dia nak nampak bagus dgn semua pihak di setiap masa di mana-mana. maka, maybe satu keperluan kot utk dia bermuka-muka. saya jumpa kawan pesen ni. Allahu Akbar. apa yg dia buat telah membuatkan hubungan saya dgn org lain terjejas. dlm maksud yg lain, dia inform saya bad thing about the other person yg sepatutnya saya tak tahu. bila saya dah tahu, saya jadi marah dgn the other person tu. so, masa tu saya menjauhkan diri la dgn the other person tu. kawan saya si talam dua muka ni, dgn saya dia inform, dgn the other person dia promise not to inform. hmmmmm...
  4. rendah diri sgt! ni satu la plak. 😣 terasa diri tu rendah sgt. bagi peluang kat org lain. dia amik semua kesalahan atas bahu dia. mengaku kalah cepat sgt. normally, kalau saya jumpa org gini, saya akan 'cuci' skit bagi dia motivasi. perempuan tak boleh lemah! perempuan kena kuat.
  5. tanam tebu tepi bibir! tipikal perempuan, kan. manis aje mulut tu. paling aje muka, hamek ko. dikutuk nyer kita kaw kaw kaw punyer! berkaitrapat dgn point ketiga 👆.


Day 18 ::: 5 Things That Irritate Me About Opposite / Same Sex

semua tahu, saya ada 2 anak perempuan.
sekarang ni saya dah groom diorang dah.
nak pakai apa. cara apa. ke mana. bagaimana. semua kena ikut aturan.
kita hidup bukan utk kita sorang. adalah utk org lain. kita complete each other. so u have to be proper inside and outside. 
jadi perempuan yg molek. sahabat yg jujur. kawan yg baik. anak yg patuh. cucu yg hormat.

then, terus-terang saya declare di sini, as for kak Nurin & Syuhada, saya halang keras diorang bergaul dgn opposite sex now.
masih bersekolah. masih takde keperluan mendesak why you nak kena bergaul dgn lelaki.
sebab tu la saya pilih kak Nurin ke skola berasrama semua perempuan.
itu buat saya sgt selesa. yes, sesama perempuan pun boleh terjadi 'sesuatu'.
tapi kita didik la anak kita sebaik-baiknya... in shaa Allah.

😐 agak takut dgn zaman yg sgt berteknologi tinggi ni. kita plak ada anak dara. aduhai...
phone anak-anak saya diberikan weekend / school holiday saje.
saya cek. memang saya buat saringan secara terperinci.
no private messages with boys hokey. diorang memang faham sgt la kalau saya da pegang phone diorang, hmmmmmmm better takde something bad yer.

saya nak diorang jadi kolot. tradisional. tertutup.
one day, bila da masuk universiti... tu diorang da cukup dewasa. tau dah jaga diri, hopefully.
then ibu will let u go. jauh... tapi dekat. tali ibu takkan putus kan yer anak-anak 😄.

orait. settle dah bebelan di hari Isnin. kena say bye bye 👋👋.
exam pon dah abis. yahoooooooooooooo!!!!
skang tgh fikir, nak ke tak buat biskut raya? hu hu hu 😌😌 😊
adakah 5 point saya 👆👆👆 sama dgn korang?
adakah 5 point itu points yg general?
sesungguhnya, kita takkan dpt menilai diri sendiri. itu tugas org lain.
tugas kita, bila dah dikritik, berubah la. kan...
ok bye bye...