assalamualaikum 😀
kenangan manis...
kenangan pahit pun kenangan manis juga akhirnya.
apa la hidup ini tanpa pahit manis.
di tahap umur saya, berkahwin, 3 anak, ibu bapa masih ada...
segalanya adalah di tahap yg sgt baik. mencukupi.
nak dicari satu favourite memori? aduhai. susah susah susah...
so, fikir punyer fikir, saya pilih satu yg very the latest.
👇
💙 favourite memory ::: amanah Allah yg sulung 💙
UPKK 2016 UPSR 2017
puteri sulung saya. menamatkan sessi sekolah rendah dgn cemerlang dan gemilang.
membuatkan saya dan mr.asben senyum sepanjang hari sepanjang masa.
2 tahun kak Nurin stress dgn belajar. paling stress dgn ibu lah 😅. non-stop kena lecture dgn ibu.
da takde beza sabtu, ahad atau isnin. tak amik tahu bila cuti bila sekolah, sama aje.
da takde jarak antara pagi atau malam.
nak berjalan pun, kena tgk time, sesuai atau tak.
hasilnya...
dpt result UPKK, as expected. sebab kak Nurin agak bagus dlm subjek agama sejak dari awal.
dpt result UPSR, kak Nurin bergenang air mata. time saya peluk dia, mengalir air mata dia.
saya? maintain kan perasaan. releks. tahan air mata dari menitis kat pipi depan kak Nurin.
it was the best memory ever!!! selain daripada melahirkan anak-anak ke dunia...
kak Nurin suspen bukan sebab nak amik result.
dia lebih suspen and stressto inform saya result dia. itu yg dpt saya rasakan.
saya memang bagi dia high expectation. saya tak nak keputusan yg biasa-biasa.
maka sebab tu bila dia nampak saya senyum, saya terus peluk dia erat, itu yg buat dia sedih.
kita ni ibu. ibu mana tak nak anak berjaya. berlembut ada tempatnya, kan.
bab belajar, lembut tapi tetap kena tegas. memang saya jadik harimau jadian sentiasa.
saya tak nak diorang amik ringan dgn exam, belajar, baca buku...
sementara hidup, dpt la saya kasik diorang apa yg patut. in shaa Allah...
1 daripada 3 anak da sukses.
thn ni saya berjuang lagi utk Syuhada, UPKK oktober nanti.
moga Allah permudahkanlah jalan kami. aaminnn...
😍 😌
5 Comments
alhamdullilah
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronok bila anak2 cemerlang dlm pelajaran..semoga mereka terus cemerlang didunia dan akhirat
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah buat nurin..
ReplyDeleteAlhamdulillah. tahniah Nurin
ReplyDeletetahniah kak aida
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.