assalamualaikum...
pagi ini semua Malaysian mengundi utk membentuk kerajaan baru.
in shaa Allah... semoga kerajaan baru nanti, dpt memberikan yg terbaik utk rakyat.
apapun, berbeza fahaman politik, sillaturrahim kena jaga ye.
yg menang mereka, kita rakyat biasa ni gini jugak 😄. tak guna taksub sgt pun...
Selamat Mengundi, Malaysia...
sillaturrahim = relationship. bercakap tentang relationship, nak share ni 👇.
"Relationships include fights, jealousy, arguments, faith, tears, disagreements, but a real relationship fights through all that with 💙💚💛💜."
my current relationship with my beloved mr.asben 👇.
bahagia...
gembira...
seronok...
ceria...
indah...
...sempurna!
tahun ni, in shaa Allah, dipanjangkan umur, kami bakal sambut wedding anniversary ke 15.
dari hari pertama, hingga ke hari ni... ups dan downs.
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.
saya plak memang kuat terasa hati, kuat merajuk, cepat melenting skit kan...
dgn anak-anak, bekerja, rumahtangga... dedolu time memula hidup, kestabilan kewangan takde lagi.
hu hu hu pepaham jer lah ye. kami lawan arus ketidakstabilan tu sesama.
kami tak lahir dari keluarga yg senang.
belajar di sponsor. kahwin di sponsor gilang-gemilang. abis belajar terus jadik CEO of a company.
atau dpt modal kecepuk utk buat bisnes oleh famili.
dihadiahkan rumah sebiji utk didiami. kereta da standby ada utk ulang-alik keje.
apa yg kami ada sekarang adalah usaha titik peluh kami berdua.
rumah kecik ada. rumah besar skit ada.
kereta kecik ada. kereta besar skit pun ada.
pekerjaan tetap. saving skit lebih kurang utk masa depan.
anak-anak sihat sempurna fizikal dan mental. apa yg diorang nak, semua kami mampu beri. tak nak mereka rasa mereka kurang dari kawan-kawan.
kami tak nak terima pemberian sesiapa. utk kami bangga sekarang, semua ni milik kami.
tiada org boleh persoalkan apa yg kami ada dan capai sehingga hari ni. alhamdulillah...
emak, abah, mak mertua masih hidup utk lihat kami berdua senang. alhamdulillah. our turn utk buat diorang happy. gi belanja makan. jalan-jalan. gelak-gelak dgn cucu.
my current relationship?
💙💚💛💜
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFY-Gs7bZTw20xoawQ97dcQ8lpSWl6lH1CnRpLVpjYxKSWmIULr1hkLdlyQmUAowSipvETpAmMr8ACnyCot462Gn_1Si2EeDo5i1AtVLvFtsgY8brc6PTrEYyO3l2NdzofObJIqLRl4yg/s200/signature+aida.png)
4 Comments
seronok kan bila kita ada family sendiri dan mak abah kita masih ada utk lihat kebahagiaan kita..
ReplyDeleteSemoga hubungan aida dan suami berkekalan hingga ke syurga.. Aamiin..
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga bahagia hingga ke jannah
ReplyDeletehappy anniversarry yang ke-15 kak aida dan suami :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.