assalamualaikum dan salam sejahtera 😎
nak kongsi resepi pengat pisang. pencuci mulut kegemaran kami sekeluarga. mudah nak buat. bahan pun sentiasa ada di rumah. mujurlah kedai runcit berdekatan ni memang ada je jual pisang. tapi kali ni, pisang yg digunakan dibeli di Mydin semlm.
TIPS : kalau boleh, pilih pisang yg tidak terlalu masak.
yg muda-muda. kulitnya ada sedikit hijau.
agar tidak terlalu lembik pisangnya. sedap dimakan.
bahan-bahan :
- pisang
- santan - 1 kotak kecil
- gula melaka - 2 ketul saiz mini / 7 sudu besar / 80-100gram
- gula pasir - 2 sudu besar
- air - 2 cawan
- sagu - setengah cawan
- daun pandan - 2 helai
sagu. penting bila nak buat bubur ataupun pengat.
gula melaka mini.
saya suka beli yang kecil gini, senang simpan.
yg ni memang tak campur gula pasir.
lembut. mudah dipotong.
seketul bersamaan lebih kurang 44 gram.
untuk resepi saya ni, saya guna 2 ketul.
cara-cara :
- sagu dicuci. direndamkan dahulu dlm beberapa minit. tapis dan ketepikan.
- masukkan air, daun pandan, gula melaka dan gula pasir dlm periuk. kacau hingga gula melaka dan gula pasir mencair.
- masukkan sagu dan santan. kacau hingga sagu menjadi jernih.
- masukkan pisang dan kacau sekejap. SIAP!
hanya beberapa minit menyiapkan pencuci mulut yg sedap ni. resepi pengat pisang yang mudah dan ringkas. ni kalau jual di bazar Ramadhan, sebekas mahunya rm3.
sekarang ni, kak Nurin yg buat pengat pisang ikut resepi pengat pisang yang mudah ni. saya jadi pemantau, tukang sediakan bahan, tukang arah dan tukang rasa. kak Nurin la yang berdiri di dapur memasukkan bahan sehingga ke akhirnya 😊. sedikit demi sedikit la saya bawa anak sulung ni ke dapur. biasakan dgn suasana dapur dan bahan-bahan.
14 Comments
Sedapnya...tengok ni terus teringin nak buat...
ReplyDeleteNampak sedap. :) https://dindamaisarra.blogspot.my/
ReplyDeleteFeveret ni...sedapnya
ReplyDeleteWah, sedapnya pengat pisang, aritue saya nak buat jugak tapi tak jumpa pisang sesuai..
ReplyDeleteSedap kalau dapat makan yang manis-manis masa berbuka..
ReplyDeletepengat pisang nie begini rupanya? sy x faham maksud pengat tue hahaha maklumlah kat sabah xda mcm nie
ReplyDeletedah lama tak makan. Masa pkp 1 dulu ada la buat sekali pastu dah malas dah sebab jarang2 makan pengat ni.
ReplyDeleteSedapnyaaa pengat pisang
ReplyDeleteDkt rumah ada je pisang ni
singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html
ReplyDeleteTerima kasih untuk tips pilih pisang dan beli gula melaka.
ReplyDeleteSedap tu pengat pisang campur sagu dan letak gula melaka. Buat makan petang hujan hujan nikmat betul.
ReplyDeleteWahh menarik ni tp pengat pisang kurang makan kalau durian suka
ReplyDeleteSuka betul pengat pisang. Cecah dengan roti pun sodap!
ReplyDeletePengat pisang makan panas best, makan yang didinginkan pun best! Tengok gula melaka Aida, baru saya teringat gula melaka yang saya nak beli masih dalam cart lagi. :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.