assalamualaikum 😊
pagi ni bermula dgn indah. Ramadhan ke 9 di hari Jumaat.
cuma saya ada ngantuk skit la... jap jap lagi baru nak 😴😴😴 jap.
mlm td berjaya la stay up sampai lebih kurang jam 3 pagi.
3 hari ke arah final exam paper. laskopek for semester ni.
nak share movie yg saya tgk few weeks ago.
best! recommended 👍
lakonan terbaik Rani Mukherjee. well-known actress, tak syak la bakat lakonan nyer.
citer ni berkisarkan perhubungan antara guru dan murid-murid.
bagaimana seorang guru tu berkorban masa dan tenaga semata-mata nak memajukan murid-muridnya.
Naina Mathur mempunyai sindrom tourette dari lahir.
namun, itu tak jadikan dia seorang yg kebelakang. dia tekad utk jadi guru.
tapi tu lah. begitu byk temuduga yg dia hadiri, semuanya menolak atas sebab sindrom tourette dia tu.
Naina tak pernah putus asa.
sehari ke sehari dia tetap pergi hadir temuduga utk jadik guru.
akhirnya... berjaya juga menjadi guru di satu sekolah elit di Mumbai. tapi...
sindrom tourette : penyakit neuropsikiatrik yang membuat seseorang mengeluarkan ucapan atau pergerakan yang sepontan (tic) tanpa boleh dikawal
Naina diberikan tanggungjawab mendidik murid-murid di kelas 6F. kelas yg paling belakang.
sebelum Naina, ada 7-8 org guru da resign sebab tak mampu mendidik 6F.
murid-murid di dalam kelas tu merupakan anak-anak dari golongan miskin.
mereka menghadapi tekanan hidup. dan pada mereka, belajar pandai tu tak penting kerana tiada guru yang berjaya mendidik mereka.
ada seorang guru lelaki yang mengajar kelas pertama, 6A, kelas paling pandai.
guru lelaki ni sentiasa menggagalkan usaha Naina mendidik murid-murid 6F.
guru lelaki ni juga yg merendah-rendahkan usaha Naina terhadap murid-murid 6F.
pada dia, tak seharusnya murid-murid tu berada di dalam sekolah tu kerana akan menjatuhkan prestasi sekolah. aduhai 😒.
sedih jugak la bila tgk part ni tau. kesian anak-anak tu.
dah le hidup susah. pastu dipinggirkan di sekolah... mereka jadi sgt tak positif when it comes to education.
bukan salah mereka bila mereka tak berminat utk belajar bila dilayan oleh guru sedemikian rupa, kan...
Naina usaha keras utk anak murid nya. siap gi rumah diorang la 😃.
dia mencabar diri sendiri.
dipendekkan cerita... mcm2 la anak muridnya buat kat dia semata-mata nak Naina putus asa dan resign.
patahkan kerusi guru lah.
meletupkan bahan kimia lah.
aduhai 😄.
korang wajib tgk Hichki ni. lelebih kalau korang seorang guru. the more u must tgk Hichki.
menaikkan semangat kita agar tak putus asa mendidik.
biar betapa susah pun, betapa tak pandai pun murid kita... kita kena terus mendidik.
sometimes murid kita tu tak tahu kepandaian mereka di mana.
mereka sangka mereka bodoh, lembab, benak, ... maka, guru la perlu keluarkan pandai mereka.
letakkan pandai mereka tu ditempatnya.
6F, Naina & Tuan Pengetua
ni la 14 org murid-murid Naina.
nakal. ganas. tak amik kisah. tapi mereka 14 org bersatu hati tau.
saling menjaga antara satu sama lain.
ending Hichki, Naina berjaya la. 2 org daripada muridnya berjaya menjadi pelajar cemerlang di akhir tahun.
sehinggakan di hari tua Naina, dia la pengetua skola tu 👍.
murid-murid 6F semuanya berjaya.
guru lelaki 6A tu? akhirnya dia sedar kesilapan dia menilai org.
movie yg bagus. beri inspirasi.
tontonan sekeluarga yg memotivasikan 👍.
23 Comments
menarik
ReplyDeleteSuka movie-movie macam ini.. Ada pengajaran dalam hiburan..
ReplyDeleteNak cari la movie ni nanti...
ReplyDeletekan? best sgt & tak boring langsung. takde cintan cintun pun. best!!!
ReplyDeleteMy, I have not heard of Hichki before but after reading your review, I feel like looking for it! It sounds really inspiring and that's the kind of motivation I need right now.
ReplyDeleteinspired movie..bukan cikgu je boleh tengok..kita yang bukan cikgu ni pun boleh tengok movie yang beri inspirasi macam ni...watak Naina beri pengajaran pada kita, walaupun kita ada kekurangan jangan jadikan itu kelemahan dan watak ickgu 6A tu, tak perlu mendabik dada untuk jadi yang terbaik. Kalau dalam cerita ni, patutnya cikgu lebihkan murid-murid yang lemah dan malas belajar untuk galakkan dorang berjaya..
ReplyDeleteMenarik ni.... Plot citer yang tentu tak membosankan. Tak sabar nak tengok gak... Dah laaa Nina suka lakonan cantik manis Rani Mukherjee.
ReplyDeletewahhh best nih
ReplyDeletenak tengok dekat mana?
leh share link
Lamanya SA x tengok hindustan ada satu masa tahun bila ntah sepanjang masa tengok hindustan dan kebanyakkan citer SRK la..sekarang sejak sibuk buat 2 kerja ni memang takde masa dan x update pun tentang citer baru hindustan atau sebaliknya...
ReplyDeletedorang cakap filem ni best. rugi lak tak tengok. syaang tak box office filem ni . tau pun sebab ada member yang tengok. harap nnti ada kat tv
ReplyDeleteSindrom Tourette ni pertama kali mendengar ni. Maknanya otak tak leh kawal pergerakan ni ye?. Kalau otak normal mesti boleh kawal pergerakan. Suka Rani Mukherjee berlakon. Especially kalau dia berlakon dengan Shah Rukh Khan.
ReplyDeleteOK. Rawlins terasa macam nak tengok. Mesti nak prepare tissue sekali. Hehehe.
ReplyDeleteLamanya tak tengok Rani Mukherjee.. Macam dulu je muka dia ni. Hehe..
ReplyDeleteBagus juga cerita macam gini. Lain sikit dari cerita cinta2 guling2 kat taman. At least boleh beri motivasi pada student2.
Nak tengok lah nanti!
Cerita nie mmg menarik tp x sanggup nk baca review nie sbbnya sy tgh download cerita nie. Nanti jd spoiler pulak. Sy nie mmg lambat skit whdn it comes to movies. Org lain dh tgok lama sy baru terkial2 nk download. Hahaha
ReplyDeletedah lama tak tengok citer hindustan sebab pelakon semua baru baru! tapi cite nih macam menarik lagi pon rani mukherjee kot yang berlakon mesti best punya.
ReplyDeleteBest juga cerita ni. Dah lama tak layan hindustan. Paling suka cerita Chori chori Chupke chupke hihi
ReplyDeleteTak tengok pun. Emi macam dah lama gila tak tengok cerita bollywood. Last emi tengok dilwale la kot. rindu jgk nak tgk cerita2 macam ni.
ReplyDeleteSuch a long time I have not watch Hindi movie. Hichki seems a loving story and prepare tissue to wipe the tear. haha. I will consider watching Hichki movie this weekend.
ReplyDeleteWah lamanya tak tengok hindustan. Jalan cerita ni pun menarik. Lama x tengok Lakonan Rani ni .Anyway thanks movie terbaik ni .Kalau ada peluang nak tengok
ReplyDeleteOh wow! macam best juga jalan cerita nya. Actually dah lama i tak layan cerita bollywood sebab banyak kpop online, maybe i should check out this
ReplyDeleteLast saya tengok movie hindustan yang best adalah 3 idiot. Nampak macam best juga cite ni. Nanti nak tengok lah
ReplyDeleteMacam menarik ja cerita ni..
ReplyDeleteKadang2 boring kalau bollywood asyik cerita cintan ja kan..
Sekali sekala cerita mcm ni best jugak kan
Tengok dia punya trailer pun best gila ! Memang tak sabor nak layan. Hampir beli di itunes. Seb baik aida post ckp bollyone hd ad nak mainkan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.