assalamualaikum...

sabtu. family time.
tapi sabtu ahad kali ni jadik study time 😃. ibu, kak Nurin & Syuhada semua ada exam next week.
Izzat sorang aje yg damai aman makmur sejahtera da abis exam last week...
ptg ni Bukit Katil, Melaka hujan lebat. tadi dlm jam 2 ptg mencurah-curah membasahi bumi.
ni... saya sedang update blog, buka sliding door luas-luas.
angin masuk... nyaman aje. alhamdulillah...

takde pe serius nak diborakkan ptg ni.
nak share movie terbaru yg saya layan dgn famili. filem Tamil 😄. lovely!

Review Movie Tamil : Theri ::: Bila Salah Guna Kuasa, Yang Berkuasa Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab !

bermula dgn kisah Vijay, ketua polis daerah yg sgt berdedikasi.
menjalankan tugas dgn penuh amanah. menyelesaikan kes-kes jenayah dgn berwibawa.
ada satu kes, sorang ayah tua dtg nak melaporkan bahawa anak perempuannya dah berhari-hari tak balik.
dari satu balai polis ke balai polis nak buat laporan, tapi polis tak nak amik peduli laporannya.
then, ayah tua ni jumpa la dgn Vijay. merayu agar terima la laporannya dan cari la anak perempuannya.

maka Vijay pun on the spot terus arahkan pencarian perempuan tu.
begitu begini... tak dijumpai perempuan tu. semalaman Vijay dan pasukannya mencari.
the next morning, org kampung terjumpa perempuan tu, nazak, di tepi sungai. di bawa ke hospital.
apa lagi, si ayah tua tu 😭 😫😫 meraung-raung la melihatkan anak perempuannya begitu, dirogol dan diseksa.
anak perempuannya tu mati.

dipendekkan cerita, dari siasatan Vijay dpt tahulah bahawa Ashwin, seorang lelaki anak Menteri, yg merogol dan membunuh perempuan tu.
Vijay mengadap Menteri tu utk berkas Ashwin.
standard la korang. kat Malaysia pun jadik kan. anak Menteri dilindungi polis.
hmmmmmm Vijay tak senang.
Vijay berkas sendiri si Ashwin dan bunuh dia dgn kejam!!!
Vijay mengaku dgn Menteri tu yg dia bunuh Ashwin. dia nak Ashwin tu rasa apa mangsanya rasa.

intermission 😃
Vijay berkahwin dgn kekasihnya, Mithra 💙💚💛💜.
hidu bahagia sehingga dikurniakan seorang anak perempuan, Nivi.
satu mlm, Menteri tu dan konco-konco nyer dtg rumah Vijay berniat utk bunuh Vijay sekeluarga.
aduhai sedih time ni... 😭😭😭
emak dan Mithra mati.
Vijay dpt selamatkan Nivi, yg masih baby masa tu. dia letupkan rumahnya tu bagi memalsukan kematian mereka berdua.

sejak tu, Vijay bwk Nivi keluar dari kawasan tu, berpindah. tukar nama kepada Joseph, penjual roti.
setiap hari Vijay menjaya Nivi sepenuh kasih sayang.
Nivi dipantau dgn penuh masa.
Vijay tak nak dah org yg dia syg meninggalkan dia.

tapi tu la... akhirnya, Menteri tadi tu, tahu plak yg Vijay ni masih hidup. tak puas hati lah kan.
Menteri tu kata dia akan bunuh jugak Vijay dan Nivi.

Review Movie Tamil : Theri ::: Bila Salah Guna Kuasa, Yang Berkuasa Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab !

maka, masa tu Vijay bertekad. no more bersembunyi.
dia tekad nak bersemuka aje dgn Menteri tu.
tapi cara Vijay bersemuka balik tu... menentang balik tu... memang ohsem!
kan sebelum ni dianggap dia dah mati, kan? so, Vijay come back as a hantu 😃.
memecahbelahkan Menteri dan konco-konco nyer... membayangi hari-hari diorang hingga masing-masing hilang rasional.

cerita ni antara lain memaparkan bahawa rasuah adalah raja segala raja.
duit memang dpt beli org dan seluruh jabatan.
polis takutkan Menteri.
polis dirasuah agar jaga kepentingan Menteri. betul ke salah ke, lindungi Menteri.

terasa terusik plak tgk citer ni dgn perkembangan Malaysia Baharu kita ni.
baru 2 minggu, mcm2 hal da berlaku. mcm2 da terbongkar.
sebagai rakyat, saya hanya dpt baca cerita. nak bantu, setakat mana la kan...

tu la... malas la nak ckp pasal Malaysia Baharu dan citer sensasinya...

so korang-korang... nanti carik ekk citer Theri ni. nice. 
bye.