assalamualaikum 😎

pagi skit update blog ari ni.
ari ni nak buat spring cleaning kat dapur & bilik belakang.
dapur tu kecik. da sesak nafas 😅. nak susunatur semula...
maka, before tu, nak la share 20 tips ni.
saya tak pasti dari mana saya peroleh sumber ni, tapi memang dari Kevin Zahri.
da lama ada dlm draft folder. 3-4 bulan lepas. time tu kan busy cari tips diet 😄.

in shaa Allah, start next Monday nak kembali bersenam. kembali cergas.
samada aerobik kat rumah, jogging kat stadium atau berbasikal keliling taman.
memana satu lah yg sesuai dgn mood pepagi hari kan...

20 Tips Azam Kuruskan Badan Daripada Kevin Zahri
saya berniat nak turunkan at least 5 kg - 7 kg. nak ringankan badan. fit.
mata kasar memang le nampak mcm kurus. pakaian saya memang besar-besar 😄.
kita selindungi apa-apa yg tak patut kelihatan hi hi hi hi...
ari tu dah turun 3 kg. hmmmmm sekarang jgn tanya la korang oii.
isnin pagi baru nak timbang.

20 Tips Azam Kuruskan Badan
  1. start awal yg boleh. jgn bertangguh lama-lama sgt. ni dah 2 minggu raya, penternakan lemak dan gula sgt la aktif. maka, tak boleh tangguh dah!
  2. tanya diri sendiri. kenapa nak diet dan kurus? jawapannya mestilah target utk sihat.
  3. tahu cara camne nak kuruskan badan. dah kaji dah apa yg perlu dibuat dan badan ni mampu atau tidak.
  4. don't go crazy. tak nak makan tu ini. relax. skit demi skit. kalau buat crash diet, ditakuti nanti dtg plak penyakit lain. dah memudaratkan pula...
  5. be inspired by kejayaan org lain. tapi jgn compare! be positif. jgn nak berlumpa-lumba, nanti akan melebihi kudrat sendiri, memudaratkan lagi!
  6. give diri more time. 10 kg 10 bulan. beri diri masa. jgn kelam-kabut nak kurus. masa itu emas. biar kurus dgn perlahan tetapi lepas tu maintain kurus. baru lah berbaloi.
  7. jgn tercedera! senaman yg merbahaya! ni berbalik kpd tips nombor 3. kaji la dulu.
  8. sasarkan angka yg realistik. jgn target nak turunkan lebih daripada 1kg seminggu. 0.5kg is the best.
  9. air manis minum separuh. karbohidrat - tak lebih segenggam.
  10. hidangan ada sumber protein. protein mengenyangkan.
  11. allow diri make mistakes. cheat meal. skip senaman. relax. jgn stress.
  12. join a program utk kurus or diet sihat. ni utk beri diri kita motivasi. bila berkumpulan, semagat tu akan membara dan kita rasa excited dan gembira.
  13. have a milestone yg realistik. short, medium, long goals.
  14. shopping - kasut baru, join program berbyr, join gym.
  15. announce your goal utk kurus. dpt kan support. org tahu, so kita fokus.
  16. manage time. what to do. when to eat. control time.
  17. say NO to makanan, kawan2, ...
  18. stay close to org yg sehaluan dgn kita. a group of person yg support kita. sokong kita.
  19. keputusan utk kuruskan badan, sesuatu yg menggembirakan. tiada paksaan. rela hati dan senang hati.
  20. good luck. utk kuruskan badan, need luck :)

Tips Tambahan

1. Menambah Karbohidrat Selepas Senaman

dikatakan bahawa kita mesti makan selepas bersenam. sebabnya, ia adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada di dalam keadaan lemah di mana penambahan karbohidrat sangat diperlukan. masa ini jugakal makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar

dikatakan, sebenarnya, makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha kita utk kurus. sebaliknya, kita kena buat pilihan yang bijak. elakkan pengambilan karbohidrat pada lewat malam sebelum tidur. ambillah sumper protein seperti susu rendah lemak sebelum tidur.

3. Kitaran Kalori

kita kena memvariasikan kitaran kalori kita. sebabnya, bila kita mengurangkan kalori dlm diet untuk tempoh yang lama, kadar metabolisme akan menurun. oleh itu, wajib la memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi bagi menghalang berlakunya metabolisme rendah. kita boleh diet kalori rendah untuk 5 hari dan 2 hari lagi kalori yang lebih tinggi. maka, diet kita tu akan lebih menarik. cheat day lah! 

4. Lengkapkan Dengan Protein

sumber protein akan membantu mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot mendapat bekalan yang secukupnya.

5. Saratkan Dengan Serat

Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan membuatkan kita berasa kenyang. Sumber serat adalah daripada sayur, buah dan gandum.

6. Kawal Pengambilan Minuman

perlu tahu bhw kalori minuman juga diambil kira! maka, kawal pengambilan minuman manis, gantikan dgn air suam saje.


diet...
kurus...
BMI...
cute cute aje perkataan nyer kan.
tapi, ke arah perkataan tu... wow! a very big task 😯  ðŸ˜¯   😯.

😉