assalamualaikum...
selasa.
20 Ramadhan.
fasa ketiga 😊.
Ramadhan thn ni, kami byk plak spend masa atas motor 😀.
ke sana ke mari, naik motor. elak sesak jalan raya, jimat masa.
kakak-kakak pun da besar. mampu jaga Izzat. and sometimes, Izzat tak nak ikut.
Ahad lepas, kami berdua ke Tesco.
nak beli brg di HomePro. Berdesap-desup la kami berdua ke Tesco ptg tu naik motor.
sgt happy sebab brg yg kami cari utk rumah baru, available.
moreover, sgt murah berbanding harga yg sebelumnya.
rata-rata, harga brg di HomePro semua diturunkan. sgt menyahut seruan kerajaan turunkan harga pada 1 jun 2018.
saya tahu sebab 1-2 bulan lepas ni, lebih 4 kali dah merayau dlm HomePro ni cari brg.
happy la, kan?
saya memang byk cari brg rumah. utk rumah baru tu la...
nak melengkapkan rumah dgn segera, agar kami dpt dok sana dgn selesa.
kumpul duit. cukup aje, beli brg.
then kumpul duit lagi. cukup? beli brg.
skit skit penuh la rumah kami tu. in shaa Allah...
then semlm saya gi plak beli brg basah di family store.
menjeling-jeling ke arah harga-harga yg dipamerkan. so far so good.
less 6% dari apa yg selalu saya nampak.
tapi tu la... saya tak sambar brg yg dahulunya 6% pun bila ke family store ni.
most of the time ke arah area basah. makanan. yg kesemuanya dari dulu dah pun 0%.
hmmmm kat sini agak mahal dari sehari ke sehari. aduhai!
sebagaimana yg kita dgr kat tv, brg basah di pasar besar pun naik harga 1-2 minggu lepas.
alasan peniaga adalah kenaikan harga dari pembekal.
brg lain kita boleh elak utk beli. ikan? ayam? sayur? buah? camne nak elak.
mahal pun terpaksa beli 😐.
pada pendapat saya la kan, shopping kat supermarket lebih menjimatkan.
byk saving nya.
kalau kedai runcit, akan lebih 3-5 ringgit satu item tu. emergency, boleh la kot ke kedai runcit.
dulu kala, time memula pelaksanaan GST, sememangnya hypermarket dijadikan rujukan harga.
memudahkan pengguna buat perbandingan harga.
lagipun, hypermarket ni beli dgn kuantiti yg byk. sesuai la boleh letak harga yg rendah kan.
tu satu advantage la kan. yg best nya, kalau dpt beli dgn harga borong. wow!
org Melaka. kat Tesco ada jual air gas murah giler korang!
sebotol RM1 lebih ke RM2 lebih aje. berbaloi la utk raya nanti.
kami in shaa Allah Sabtu ni nak gi beli 2-3 dozen. hopefully ada la lagi.
Ahad lepas gi Tesco naik motor, camne plak nak membawa berdozen-dozen 😂.
sambar dlm 4-5 botol aje.
jom la sama-sama kita gunakan kuasa kita sbg pengguna yg bijaksana.
laporkanlah kalau-kalau ada yg menaikkan harga sesuka hati mereka.
kalau tak, peniaga-peniaga akan bermaharajalela dan berterusan memerangkap ekonomi kita.
kita saje yg boleh ubah.
satu contoh kuasa viral rakyat 👇👇👇
resit yg restoran tunjukkan time operasi tu, adalah tipu aje.
the real resit yg viral 👇👇👇
melampau kan???
cuba korang tgk kat harga makanan yg asal dan selepas 1 jun.
daripada RM44.34 naik kepada RM53 😤.
impaknya :
- kerajaan dah tak kutip cukai. oleh itu, kerajaan da takde pendapatan daripada jualan ni.
- cukai dah tiada, tapi harga meningkat. peniaga untung berkali ganda dari sebelumnya.
- yg rugi??? tukang byr resit di atas @ rakyat. rakyat da tidak menikmati hasil daripada penjualan ni. malahan byr lebih mahal!
ni baru satu.
dgr nyer, ada satu tempat jual-jual makanan sunnah di Shah Alam, menaikkan harga hampir 2 kali ganda!!!
ni saya dpt maklumat dari adik saya.
secara kebetulan, dia borong makanan sunnah di kedai tu utk buat hadiah hari guru.
kelmarin, dia ke sana lagi utk beli lagi, bagi pihak suaminya.
terkejut! bila mana brg yg dahulunya RM25, kelmarin naik ke RM50!
kena ingat tau. 1 september 2018 nanti, SST akan kembali. tak pasti brape rate nya, tapi maybe 10%.
hi hi hi semua org suka hati bila mana SST hadir menggantikan GST.
kalau tanya saya, ia seolah-olah keluar mulut harimau, masuk mulut singa. gonna die either way 😅. cukai is cukai. yg untung tetap peniaga.
no further comments. we'll see lah.
adakah harga akan maintain? adakah apa yg rakyat nak, kos hidup rendah, berhasil dgn SST?
dari segi hasil negara, takkan sebyk era GST la. itu pasti.
bermaksud wang yg akan kembali kpd rakyat dah berkurang. interesting to know camne kerajaan nak cover tang tu.
ada dah langkah-langkahnya, tapi tu la... mcm2 isu. 100 hari tu dah di extend kan...
tapi, saya lebih berminat dgn harga brg dan perkhidmatan.
tu melibatkan poket sendiri 😅😅😅.
pe pun, saya dah pun da hampir selesai preparation utk raya.
tinggal nak beli :
- baju melayu Izzat
- songkok Izzat
- kasut raya anak-anak bertiga (ni kalau tak jumpa pun takpe, saya tak terapkan kasut pun kena baru kat diorang)
duit baru utk angpow raya pun dah standby.
nak cari aneka kerepek la nanti. tu kat Melaka ni berlambak menjualnya. last minit beli, murah!
okeh. entri ni sampai di sini aje.
nak melipat baju sambil layan drama di astro.
baju-baju raya semua da selamat dicuci. slowly nak start menggosok pula.
babai 👋
10 Comments
Selamat berpuasa aida.. Mrs pip pula tahun ni tak beraya sgt, mcm mood raya tahun ni kurang la pula...
ReplyDeletealahai... kenapa pula tu?
Deletewow jimat kan
ReplyDeletememang mencari yg menjimatkan, anum.
Deletebila raya ni, nak beli byk kan. wajib yg murah!
Sedih bila ada peniaga yang terus naikkan harga barang...
ReplyDeletewhat can we do...
Deletehak diorang. kita cari alternatif lain lah...
boikot dia.
buat aduan. demi aduan. demi aduan.
kene betul2 bajet gaji kali ni.. hehe
ReplyDeleteha'ah betul lagi jimat dari kedai runcit sebab perjalanan ke supermarket lagi singkat tambah pulak supermarket beli borong sampai boleh manipulate harga dengan pengilang
ReplyDeleteHarga barang seperti biasa musim raya mesti naik sebab masa ni peniaga yang tak berhati perut tu cari untung besar. Moga kita sebagai pengguna menjadi mata untuk pihak berwajib...
ReplyDeleteTak nampak untungnya dekat mana lagi..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.