assalamualaikum 😃
plan spring cleaning pagi ni = sukses. alhamdulillah...
ari ni tak susah sgt nak masak lauk. ikan tenggiri masak asam semlm, masih ada baki.
so top up another lauk je.
my beloved mr.asben puasa hari ni. ptg skit baru masak with 💙 😊.
kisah semlm. first try buat kuah kacang sendiri tau.
previously, jeling-jeling aje Mami (mak mertua ku) buat. assist skit skit aje.
semlm, sendiri buat.
dari segi rasa, masih lom kick lagi. tapi, mr.asben punyer komen was positive. boleh ditingkatkan lagi.
👉 bahan-bahan :
- 2 cawan kacang tanah hancur
- 15 ulas bawang kecil (blend)
- 4 ulas bawang putih (blend)
- 2 btg serai (diketuk)
- 3 senduk ciliboh
- 1 cawan air asam jawa
- 70g gula melaka
- 4 sudu gula pasir
- 3-4 cawan air
- garam sesedap rasa
👉 cara-cara :
- tumis bawang dan serai. masukkan ciliboh. tunggu hingga terbit minyak.
- masukkan air asam jawa, gula melaka dan gula pasir. kacau rata sekejap hingga guna melaka larut sepenuhnya.
- masukkan kacang tanah hancur, air dan garam. kacau. rasa. kacau. rasa. 😆 sampai la siap. tambah la gula or garam secukup rasa 😍.
tips from my beloved mr.asben. tambahlah daging (potong kiub) dan belimbing buluh (pengganti air asam jawa).
tambah mantop kuah kacang nyer, in shaa Allah.
"lain kali ye darling. takde plak stok daging or belimbing buluh dlm fridge kali ni 😘"
utk resepi ni, saya beli kacang hancur siap di pasar 👌.
ketupat mini yg comel dan gebu...
senang yg amat --> rebus dlm pressure cooker 36 minit. perfect 👌.
orait. itu ajer sharing resepi AidilFitri utk kali ni.
budak baru belajar. excited ler nak share hu hu hu hu...
kalau kampung sebelah saya, memang jarang jumpa la kuah kacang ke, lodeh ke, di hari raya.
hanya rendang daging dan kari itik. my all time favourite.
tapi tu la, bila da kawin bangsa johor, menu hari raya berubah.
selamat mencuba ye resepi ni. kalau ok, share la.
tak ok??? sila komen beritahu saya tau 💛.
😀

15 Comments
nakkk..pos skit la skit..raya ni xjumpa lagi nasi impit kuah kacang..:)
ReplyDeletehu hu hu kalau dipos, tak ori dah cik nor :) hi hi hi hi basi!!!
Deleteanak dara akak tu ajak kengkawan dia datang beraya ahad ni..tgh pening fikir nak masak apa..hehehe..
ReplyDeletemudah kn ada pressure cooker...hah kuah kacang skarang pn ada yg segera..mudah juga...dh lama xmasak2 yg kuah kacang tu hehe
ReplyDeleteaida dah beli yg segera tu, amy.
Deletetapi tu la, yg dibeli rasa nyer tak brape nak kena tekak ni hah :(
woww..mudah dah sekarang ye. Ada jual rupanya kacang siap kisar. Bila ntah nak buatnya,nasi himpit dah beli raya pertama lagi..ehehehe.
ReplyDeletejumpa plak kali ni kat pasar :)
Deletemudah kan keje ler nak buat kuah kacang.
Mmg sedap dimakan dengan nasi himpit Aida kalau ketupat apatah lagi hihi...
ReplyDeleteSambal kacang ni kalau manis baru sedapkan Aida
sedapnyaa ini xkan penah jemu nak makan. tahun ni buat sikit je yang original yang lain rebus sudaaaaaah instant hahaha.
ReplyDeletecantik kacangnya...jimat masa beli macam ni
ReplyDeleteye bennnnnnnaarr :)
Deletewah sedap nampaknya tu, oh lagi sedap kalau letak belimbing buluh ya, kalau daging atau ayam tu biasalah dengar letak belimbing buluh tu tak pernah dengar lagi
ReplyDeleteSha tak pandai lagi buat kuah kacang.. Nanti nak kena cuba juga sebab anak dara sha memang suka makan kuah kacang dengan ketupat nasi..
ReplyDeleteMenarik tips tambah belimbing tuh. Nanti lain kali boleh cuba.
ReplyDeleteSaya tahun ni entah kenapa teringin nak makan kuah kacang yang berisikan ayam. Belum ada rezeki lagi 😊
Zumal guna kuah kacang segera keluaran agromas, tambah air jer...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.