assalamualaikum 😃
apa khabar semua?
ada ke yg masih attend rumah terbuka Syawal terlajak weekend ni? 😄
sahabat saya di Bangi menjemput semlm. tapi tak dpt kami hadir.
mr.asben out station this weekend. tgh mlm ni in shaa Allah tiba rumah.
without him, memang jarang saya nak drive jejauh dgn anak-anak.
ptg ptg gini, 😴 mata mengantuk ya Allah. nak tido, dah nak asar dah ni kan...
kul 5 jap lagi nak amik Syuhada tuisyen. then terus nak anta Nurin balik ke asrama.
mari la update blog jap...
nak bercerita tentang gajet terbaru saya. duly received last weekend.
abg ipar yg beraya di Perth, Australia ari tu, bwk kan utk saya. hadiah dari kak ipar sulung yg dok sana. alhamdulillah. 😍 love it.
memang sgt sesuai la utk saya yg pada hakikatnya caffein lover.
mcm tahu tahu aje ari tu first time jejak Starbucks. after a week terus dpt Dolce Gusto 😀...
alhamdulillah.
dpt free capsules 3 perisa = cappuccino, espresso intenso dan latte macchiato.
then a plastic of perisa chocoletto. ni dpt la utk 7 cawan.
baru buat 4 kali chocoletto.
kebetulan, mr.asben tak boleh langsung minum caffein based drink. badannya akan tak sihat.
so, that chocoletto memang mcm minum kat kedai 😍😍😍. perisanya kena dgn tekak mr.asben.
baru kejap tadi buat latte macchiato. semata-mata nak tunjukkan Nurin camne dolce gusto ni berfungsi.
ready dah segelas latte macchiato. guna tupperware aje.
takde gelas yg lutsinar, tak dpt la tunjukkan layer yg terhasil ha ha ha ha 😃.
buih nyer tu... wow. very nice korang.
memandangkan nak perisa latte ni tepat, setelah gigih meng'google', saya guna apps aje.
korang yg ada dolce gusto ni, boleh la tgk kat playstore.
maklumlah, tak brape pandai kan nak bancuh air ni, saya guna apps la.
pilih aje air apa nak buat...
bila tekan start, akan ada timing utk both capsules.
once finished, ada alarm 😄 😉.
bak kata Nurin, "aik! buat air pun ada kiraan ke?". awak layan aje la ibu awak yg kuno ni kak oii 😄.
hmmmmm bila la dpt menjejakkan kaki di Perth ni.
nak menabung. holiday sambil visit kak ipar di sana in shaa Allah.
p/s : friends, suggest ye tempat murah nak beli capsules dolce gusto ni 😅. tq so much. now, beli online.
... bye for today.
nak rehatkan minda jap sementara tunggu azan asar karang.
12 Comments
Wah, macam menarik jea gajet nie.. jimatlah duit sikit sebab takyah pegi starbuck kan.. hihihi
ReplyDeletealahai best nya..terigin nak bli gak..:)
ReplyDeletesukanya tengok coffee maker tu
ReplyDeleteSaya punya dah ghosak! sebab tinggal lama tak pakai. Sedih betol..now nak minum nescafe bancuh manual. HAHAH! tapi okeylah juga, kurang sket intake caffein tuh. Anyway..nak cari capsule tu kan..cer try kat LAZADA. kot2 la ade murah2..hehe
ReplyDeletedulu pernah try masa dia promote dekat tempa kerja. Happy betul minum kopi free :P
ReplyDeleteRasanya beli online je Sha nampak.. Macam nak beli satu je gajet ini.. Sha pun suka kopi.. kikiki..
ReplyDeleteSedapnya. Teringin juga nak satu. Sape nak bagi kita hadiah ni. Hihi
ReplyDeleteWahhh bestnya ! Teringin nak ada juga
ReplyDeletealamak, macam best je ni
ReplyDeleteCantik bekas tu.. ;) tapi ai cukup addict dengan kopi O.. Dapat bau pun jadilah.. ;)
ReplyDeleteYang ni lah rabia cari..selalu minum cofee dekat servis kereta..
ReplyDeletemacam best je ni.. tapi dok breastfeed anak, jap gi mak dia rajin amek kopi anak tak tido malam naiya plak mak dia.. tapi mak dia suka kopi hahaha
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.